Fattah amin : Bintang Paling Popular ABPBH 3.0

Fattah amin : Bintang Paling Popular ABPBH 3.0! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah masih lagi diberikan kesempatan untuk menulis. Dah baca penulisan Mrejoy sebelum ini mengenai Income sehari RM100 hanya dengan promote bisnes di handphone ? Ok lah, hari ini, aku nak bercerita pula mengenai Anugerah Bintang Popular Berita Harian 3.0 atau abpbh 3.0 yang berlangsung semalam. Memang banyak kejutan demi kejutan.
Terus terang aku cakap, aku tak fokus sangat pada anugerah
ini. Kerana apa? Kerana terlalu banyak “promosi” demi promosi daripada semua
yang terlibat! Jadi aku macam tak faham kenapa jadi macam ini. Macam ada
terlalu banyak isu disebalik anugerah ini yang mana kami sebagai penonton tak
tahu. Tapi tak mahu lah aku fokus sangat pada benda tu.
Tapi yang menarik perhatian aku mengenai Anugerah bintang
popular berita harian 3.0 atau ABPBH 3.0 ini adalah kemenangan Sweet qismina
dan sudah tentu Bintang paling popular berita harian 3.0, Fattah amin!
Kemenangan sweet qismina dalam anugerah artis baharu wanita
popular memang tidak disangka-sangka! Jangan kata kita, dia sendiri pun tak
percaya yang dia boleh menang. Tengok pada raut wajah dia semalam pun, memang
nampak yang dia tak percaya dia boleh menang. Mungkin juga “aura” misteri wan
peah yang membuat pelakon dan pengacara cantik ini memang kut. Hahaha.
Dan seperti yang aku beritahu di awal tadi, aku tidak berapa
fokus pada anugerah ABPBH 3.0 ini
sehinggalah sampai ke acara kemuncak. Pengumuman bintang paling popular berita harian 3.0! Mungkin ramai yang boleh
teka dan mungkin juga ramai yang tertanya-tanya siapa bintang popular ini
hinggalah Fattah amin di umumkan sebagai bintang popular.
Nampak wajah keceriaan pada wajah Fattah amin. Yelah, diumumkan
sebagai Bintang popular kut. Kalau tengok pada industri hiburan malaysia
sekarang ini pun, memang nama Fattah amin sedang melonjak naik! Memang rezeki dia
lah kan. Kita ni yang nak pertikai buat apa kan? hahaha. Tapi korang nak tahu tak
apa respon aku bila dengar nama Fattah amin di umumkan?
Eh! Fattah amin memang? Apa cer?
Dan wife aku pun sambung.
Eh! Dah rezeki dia. Allah dah tetapkan. Berkat doa keluarga dia. Kita nak pertikai buat apa?
Hahahhaha. Betul juga tu. Ha. Nak juga beritahu, aku
bukanlah peminat Fattah amin. Dan juga bukanlah hatters dia. Cuma terperanjat
bila nama dia diumumkan. Betul lah kan, dah memang Allah nak bagi rezeki tu kat
dia, kita nak bising buat apa? hahaha.
Apa pun, tahniah sekali lagi buat Fattah amin kerana menjadi bintang paling popular berita harian 3.0
(ABPBH 3.0).
0 Comments