Income sehari RM100 hanya dengan promote bisnes di handphone!

Income sehari RM100 hanya dengan promote bisnes di handphone! | Assalamualaikum dan selamat pagi. Alhamdulilah sekali lagi kerana masih diberikan kesempatan untuk menulis. Hari ini aku nak kongsikan beberapa cara mudah untuk buat duit online. Baik. Zaman sekarang ni, boleh dikatakan hampir kesemua orang memiliki handphone. Daripada sekecil-kecilnya anak, hinggalah sebesar-besar bapak. Hahaha. Paling kurang pun mesti ada 1 handphone, betul tak?
Ok. Apa yang korang boleh buat dengan handphone tu
sebenarnya? Selain daripada digunakan untuk call orang, untuk mesej orang,
untuk sebarkan berita, ianya juga boleh digunakan untuk hasilkan income! Samada
income sampingan ataupun income tetap! Kiranya korang duduk rumah, main
handphone, income masuk! Lebih hebatnya lagi, lagi besar daripada mereka yang
kerja 8-5. Ahha!
Ok. Rasanya itu belum cukup hebat lagi kut. Pada aku ini
lagi hebat. Tak perlu modal! Ha! Korang Cuma perlu ada handphone dan internet
sahaja! Dah boleh jana income RM250 sehari! Atau RM300 sehari! Atau berapa
sahaja yang korang inginkan! Aku bukan nak promote bisnes MLM. Bukan nak
menipu. Aku Cuma nak beritahu, korang rajin, korang dapatlah hasilnya!
Ok, apa bisnes yang aku nak cerita dengan korang ni? Pasti
korang pernah dengar pasal dropship. Ha. Itulah yang sedang aku lakukan
sekarang. Buat permulaan sekarang, aku Cuma jadikan ianya sebagai income tepi. Belum
rasa nak fokus 100% dengan bisnes ini sebabnya ada banyak lagi yang aku perlu
belajar dan sediakan sebelum buat keputusan untuk fokus 100% pada bisnes online
ni.
Apa yang membuatkan aku suka dengan bisnes ini adalah, tak
perlu modal! Dan aku boleh buat dekat mana-mana yang aku suka. Tengah makan. Tengah
baring sebelum nak tidur. Tengah tengok TV. Tengah buang air besar! Eh! Serius!
Waktu membuang itulah, aku pernah dapat income RM100! Serius aku tak tipu! Sebabnya
macam yang aku cakap tadi, modal korang Cuma handphone dan internet.
Bisnes macam ini, Cuma memerlukan kerajinan daripada korang.
eh! Bolehlah tu kalau dapat RM100 sehari. Dapat RM70 sehari pun dah rasa
bersyukur sangat. Kalau dapat lebih daripada itu, rezeki daripada yang maha
esa. Yang penting kena rajin! Jangan harap rezeki tu datang bergolek je. Dan jangan
sesekali putus semangat. insyaAllah, kita usaha, Allah pasti beri ganjaran. Ok?
Dan apa yang lebih penting pada aku adalah, bukak kotak
fikiran kita ini. Berfikiran luas! Melihat semua perkara dengan cara yang
positif. Jangan malu! Dalam bisnes ni biasa, kena kutuk, kena hina, itu benda
biasa. Nak berjaya bukan mudah. Eh! Dah ada kat puncak kejayaan pun ada yang
jatuh balik, jadi sentiasa berfikiran positif, ok!
Oklah. Penat pula bercerita hari ini. Apa pun selamat maju
jaya kepada semua. Jangan sesekali rasa susah sangat nak cari duit sebabnya
bumi Allah ini luas. Rezeki Allah ni luas. Kita yang perlu berusaha dan kena
kreatif di dalam menghasilkan income. Ok? Assalamualaikum dan selamat
sejahtera. J
2 Comments
PM...
ReplyDeleteNak tahu juga abg?
Tahniah!! Anda terpilih untuk bloglist Mya.. https://lovelysunshine93.blogspot.my/2017/05/senarai-pemenang-segmen-mencari.html
ReplyDelete