Jenis pahala dan Fadhilat solat terawih pada setiap malam Ramadhan.

Jenis pahala dan Fadhilat
solat terawih pada setiap malam Ramadhan | Alhamdulilah, dah 3 hari kita
berada di dalam bulan Ramadhan. Syukur sekali lagi kerana dipertemukan lagi
dengan bulan yang di dalamnya ada hari yang lebih baik daripada 1000 bulan.
Alhamdulilah. Ahha! Bila masuk je dalam bulan Ramadhan ni, sudah pastilah ramai
yang berpusu-pusu ke masjid atau surau untuk mengerjakan solat terawih kan?
Hari ini Mrejoy nak kongsikan dengan korang semua, Jenis-jenis pahala dan Fadhilat solat terawih pada setiap malam
Ramadhan!
Jenis pahala dan Fadhilat solat terawih pada setiap malam Ramadhan.
Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah
S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang
fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :
Pahala Solat terawih Malam 1 – Keluar dosa-dosa orang mukmin
pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari
Allah.
Pahala Solat terawih Malam 2 – Diampunkan dosa-dosa orang
mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang
beriman).
Pahala Solat terawih Malam 3 – Berseru Malaikat di bawah
‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah
mengampunkan dosa engkau.
Pahala Solat terawih Malam 4 – Memperolehi pahala ia
sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil
dan Al-Quran.
Pahala Solat terawih Malam 5 – Allah kurniakan baginya
pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid
Nabawi) dan Masjidil Aqsa.
Pahala Solat terawih Malam 6 – Allah kurniakan pahala
kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Mamur (70 ribu Malaikat
sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah
mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam
ini.
Pahala Solat terawih Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu
dengan Nabi Musa serta menolong Nabi Alaihissalam menentang musuh ketatnya
Firaun dan Hamman.
Pahala Solat terawih Malam 8 – Allah mengurniakan pahala
orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah
Ibrahim Alaihissalam.
Pahala Solat terawih Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan
dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Pahala Solat terawih Malam 10 – Allah Subhanahuwataala
mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Pahala Solat terawih Malam 11 – Keluar ia daripada dunia
(mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Pahala Solat terawih Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat
dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Pahala Solat terawih Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat
dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Pahala Solat terawih Malam 14 – datang Malaikat menyaksikan
ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Pahala Solat terawih Malam 15 – Semua Malaikat yang
menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah
mengampunkannya.
Pahala Solat terawih Malam 16 – Allah subhanahuwataala
tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Pahala Solat terawih Malam 17 – Allah kurniakan orang yang
berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Pahala Solat terawih Malam 18 – Seru Malaikat : Hai hamba
Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang
masih hidup atau mati).
Pahala Solat terawih Malam 19 – Allah Subhanahuwataala
tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Pahala Solat terawih Malam 20 – Allah kurniakan kepadanya
pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Pahala Solat terawih Malam 21 – Allah binakan sebuah istana
dalam Syurga daripada nur.
Pahala Solat terawih Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat
aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruhara
di Padang Masyar).
Pahala Solat terawih Malam 23 – Allah Subhanahuwataala
binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Pahala Solat terawih Malam 24 – Allah buka peluang 24 doa
yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam
sujud).
Pahala Solat terawih Malam 25 – Allah Taala angkatkan
daripada siksa kubur.
Pahala Solat terawih Malam 26 – Allah kurniakan kepada orang
berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Pahala Solat terawih Malam 27 – Allah kurniakan orang
berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim
seperti kilat menyambar.
Pahala Solat terawih Malam 28 – Allah Subhanahuwataala
kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Pahala Solat terawih Malam 29 – Allah Subhanahuwataala
kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Pahala Solat terawih Malam 30 – Allah Subhanahuwataala beri
penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa
sekali, lalu berfirman:
“Hai hambaku : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau
ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga
yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan
kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar.”
2 Comments
banyak manfaat solat terawih ni
ReplyDeletenice info. banyak kelebihan solat terawih..rugi tak pergi, puasa setahun sekali.
ReplyDelete