Bersedekah sewaktu kita tiada apa-apa.

kelebihan bersedekah

Bersedekah sewaktu kita tiada apa-apa | Aku sebenarnya dah lupa dekat mana aku baca pasal benda ni. Yang kata, waktu terbaik untuk kita bersedekah adalah sewaktu kita tiada apa-apa. Contohnya dalam kocek waktu tu Cuma ada RM5. Dan kita jumpa orang yang minta sedekah. Ha, waktu itulah yang dikatakan waktu terbaik untuk kita bersedekah. Allah mungkin sedang menguji kita, apakah saat itu kita mahu memberikan wang tersebut dengan niat membantu/memudahkan orang lain atau tidak.

Aku pernah baca mengenai penulisan seorang blogger yang berkongsikan cerita yang mana dia ni biasa akan bersedekah kalau pergi pasar malam. Ala, biasa dekat pasar malam kan akan ada tabung samada untuk pusat tahfiz atau pembinaan masjid. Dia tak pernah miss untuk bersedekah. Entah macam mana, 1 hari tu, dia dia cukup2 je untuk beli makanan. Mungkin tengah bulan kut.

Tapi disebabkan dia dah biasa, dah rasa macam tak sempurna rasanya kalau tak isikan duit dalam tabung tu. Jadi dia buat keputusan untuk masukkan duit yang dia ada dalam tabung daripada gunakan untuk beli makanan. Dan tahu apa yang terjadi selepas itu?

Dia balik rumah dengan hati yang tenang walaupun tak beli apa-apa makanan. Dia ambil buku novel dan nak sambung baca (mungkin dia dah baca separuh) bila dia selak-selak novel tu, dekat dalam tu ada note 50! Mungkin dia ada selitkan dekat situ dan dia terlupa!

Yang sebenarnya, kadang-kadang tu Allah nak uji kita. Nak tengok kita ni ikhlas tak. Ha, nak juga aku beritahu, jangan sesekali bersedekah kerana mengharapkan balasan daripadanya. Kalau niat korang macam tu, ada baiknya jangan bersedekah. Kerana sudah pasti tak akan dapat apa-apa. Jadi, niat biar ikhlas. Itu penting.

Ini lagi satu aku nak kongsikan dengan semua. Mungkin ada yang dah tahu atau pernah baca atau mungkin ada yang baru pertama kali baca. Macam ni, pernah dengar dengan niat gandaan sedekah? Macam ni:

  • Kalau sedekahkan RM1, insyaAllah, mudah korang nak dapat RM10.
  • Kalau sedekahkan RM10, InsyaAllah, mudah korang nak dapatkan RM100.
  • Kalau sedekahkan RM100? InsyaAllah, Mudah korang nak dapatkan RM1000.
  • Kalau sedekahkan RM1000? Sudah pasti korang tahu jawapannya kan?


Sekali lagi jangan bersedekah kerana mengharapkan balasan daripadanya ya!


Aku pernah sekali buat dan alhamdulilah, mungkin rezeki dan mungkin juga kebetulan. Aku dapat bonus. Biasalah bonus mesti banyakkan? Aku ambil sedikit dan aku masukkan dalam tabung masjid. Lama jugalah, sampai aku lupa yang aku ada masukkan duit dalam tabung masjid. Sampai 1 masa, aku betul dah kurang duit. Tinggal berapa je dalam akaun bank.

Dan tahu apa yang terjadi?

Rezeki aku, tiba-tiba aku dapat duit yang banyak! Tersangat banyak! Mungkin itu rezeki aku, mungkin juga kerana gandaan bersedekah itu tadi. Siapa tahu kan? alhamdulilah.

Bersedekah ni, bukan kerana mengharapkan balasan je. Banyak lagi kelebihan bersedekah. Antaranya hati kita tenang. Betul. Kalau korang banyak duit, dan rasa kusut semacam je hidup korang tu, apa kata korang bersedekah. insyaAllah, ketenangan pasti datang. Ok? Jadinya, selepas ini rajin-rajinlah bersedekah ya. insyaAllah, Allah permudahkan rezeki kita semua. Amin. J

Tiada ulasan