Kena marah dengan penghuni sarang semut api

Kena marah dengan penghuni sarang semut api | Kadang-kadang, boleh jadi tak percaya dengan perkara-perkara mistik ni, tapi kita kenalah terima hakikat bahawa, kita berkongsi kehidupan di dunia ini dengan makhluk yang lain. Cerita mrejoy kali ini macam ni, rumah yang aku duduk sekarang, ada tanah sikit kat parking kereta tu. Tak besar pun, nak tanam pokok pun tak muat.
Bila dibiarkan, rumput-rumput tumbuh segar lah dekat situ
kan. Wife aku pula rajin mencangkul. Tapi bab mengemas dia ada malas sikit. Di
longgoknya tanah dekat situ. Di tambah pula dengan kemalasan aku untuk angkut
tanah tu dan buang dekat tempat lain maka semut api melihat peluang ini untuk
membina istana mereka di situ.
Semut kalau dah buat sarang, mereka tak ambil masa yang lama
pun untuk berkembang, maka dalam masa yang tidak lama, maka beristana lah
mereka di sana. Nak dijadikan cerita, 1 malam ni, waktu tu aku nak buang
sampah. Bila aku bukak pintu, aku tengok dekat parking kereta aku penuh dengan
semut api! Penuh tau! Punyalah banyak! Tak terhingga!
Hati dah mula geram! Sebabnya anak aku pernah kena gigit
semut api. Faham-fahamlah kalau semut api dah gigit, bisa kaki kita ni kan! aku
ambil ridsect terus aku ridsect dekat semut-semut tu. Dan aku tahu sarang
mereka dekat mana, terus aku sembur dekat sana tanpa ada rasa segan silunya. Bila
aku dah puas hati, aku terus masuk rumah.
Tak lama kemudian, nak tahu apa yang terjadi? Anak bongsu
aku (yang baru beberapa bulan) tak boleh tidur! Menangis tak henti-henti! Dah
cuba macam-macam cara tapi tak berkesan! Ah, sudah! Mesti ada yang tak kena
kan? alhamdulilah, seorang kawan aku ni berkebolehan dalam melihat apa yang
tidak mampu dilihat oleh orang lain. Tahu apa yang dia cakap pada aku?
Aku nak tanya kau, kau ada buat apa-apa tak tadi? Aku jawablah, ada. Aku sembur semut. Sebab aku geram dia gigit anak aku. ha! Kawan aku cakap, yang kau sembur dekat tanah tu, ada penghuni! Dia duduk atas tu waktu kau sembur tanah tu. Dia pandang je kau waktu kau sembur tu. Dia marah! Sebab itu dia kacau anak kau.
Eh? Aku Cuma cakap, boleh pulak macam tu ek? Tahu apa lagi
yang dia cakap? Dia cakap:
Benda tu lelaki. Pakai baju putih. Dia buat macam pagar besi, bentuk segi empat tepat. Kiranya macam rumah dia la. Dia duduk atas pagar tu waktu kau tengah sembur.
Ha? Lepas tu korang tahu apa yang dia buat? Dia macam
berinteraksi dengan makhluk tu la. Dia cakap aku tak tahu yang dia duduk dekat
situ. Kemudian aku tak tahu dia cakap. Ada lah beberapa surah yang dia baca.
Dan alhamdulilah. Syukur, semuanya kembali seperti biasa. Itulah,
kadang ada orang tak percaya dengan benda ni. Yelah, mata kita bukan boleh
nampak semua tu. Tapi ada perkara yang kita perlu percaya kerana seperti yang
ada aku beritahu pada awal tadi, bukan manusia sahaja yang menghuni bumi ini
tetapi kita berkongsi dengan makhluk lain juga. ok semua? Hmm, penghuni sarang
semut api.
1 Comments
Orang tua2 selalu pesan sebelum nak buat apa2 kene beringat dulu kan. Ada penghuni yang kite tak nampak dengan mata kasar.
ReplyDelete