Masalah gangguan bekalan air di alor gajah, Melaka - MrEjoy

Post Top Ad

ad

May 5, 2017

Masalah gangguan bekalan air di alor gajah, Melaka

Masalah gangguan bekalan air di alor gajah, Melaka

Masalah gangguan bekalan air di alor gajah, Melaka | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Rasa-rasanya kerap juga alor gajah ni mengalami masalah bekalan air yang tiba-tiba tiada! Tahu-tahu, bukak paip takda air. Waktu balik kerja semalam, aku guna air paip dekat luar rumah untuk cuci laman. Ok je air nya. Waktu anak sulung aku nak basuh tangan ( Sebab baru lepas makan ), dia bukak air paip dekat dapur, air takda! Eh?

Bila check paip-paip yang lain, memang air takda! Aduh! Kerap juga sebenarnya air takda dekat alor gajah ni. Tanpa notis apa-apa, tahu-tahu air takda! Ada 1 ketika tu, masalah gangguan bekalan air ni agak lama. Kemudian, aku post dalam facebok, jika-jika ada info mengenai masalah ini. Ada seorang rakan ni, bising-bising, katanya dah keluar memo. Tapi bila aku periksa, memang tak dapat apa-apa info pun.

Cuba tanya rakan-rakan lain dalam 1 kawasan perumahan, semua pun tak dapat apa-apa info. Kesudahannya, memang dekat area rumah aku tu, takda sorang pun dapat memo. Rupanya, kawasan tertentu sahaja yang dapat. aduh! Dan kali ini, melalui perkongsian di media sosial, kabarnya alor gajah Melaka memang sedang mengalami masalah gangguan bekalan air.

Katanya simpanan air yang ada terlalu keruh dan mungkin tidak selamat digunakan. Jadi pihak berwajib terpaksa membersihkan dahulu air yang ada. Bila dah selesai, katanya ada pula paip pecah. Dekat area mana tu aku dah lupa. Dan atas sebab itu, hampir kebanyakkan kawasan di alor gajah ini mengalami masalah bekalan air bersih.

Bila dah jadi macam ni, barulah semua pakat-pakat nak menyimpan air kan? Termasuklah aku. Tapi selamatlah rumah mertua dalam Melaka juga, jadi bolehlah kami ambil air bersih dari sana. Tapi melihat kepada masalah yang berlaku sekarang, rasanya tak lama masalah air ni. Mungkin hari ini dah selesai. Tapi takut juga kalau-kalau jadi macam sebelum ni.

Apa pun, kita memang patut ada simpanan air sendiri dekat rumah kan? Orang cakap sediakan payung sebelum hujan. Kalau jadi apa-apa, senang kita nanti. Apa pun, harapan aku, masalah gangguan bekalan air dekat alor gajah Melaka ni akan selesai secepat mungkin. InsyaAllah. J


No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here