Masih adakah aktiviti sihir menyihir di dalam bulan puasa?

by - May 30, 2017

sihir menyihir di dalam bulan puasa

Masih adakah aktiviti sihir menyihir di dalam bulan puasa? | Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Alhamdulilah, dah 4 hari kita berada di dalam bulan yang mulia, bulan Ramadhan. Alhamdulilah sekali lagi. Hari ini aku nak kongsikan rasa yang dah lama aku rasa dan hampir setiap tahun aku memikirkan persoalan ini. Soalannya adalah, masih adakah aktiviti sihir menyihir di dalam bulan puasa?

Hati manusia yang bersetongkol dengan syaitan sememangnya tidak akan pernah aman, walaupun berada didalam bulan Ramadhan! Biasa orang akan cakap, bila masuk bulan puasa je, semua syaitan akan di gari. Biasanya kerja-kerja jahat ni kan kerja syaitan. Cumanya yang menjadi persoalan aku adalah, bagaimana pula dengan jin?

Adakah jin juga di gari ketika masuknya bulan Ramadhan?

Jawapannya sudah tentu tidak kan? Sebabnya kehidupan jin juga sama seperti kehidupan manusia kan? Dalam masyarakat jin, ada yang baik dan sudah pasti ada yang nakal. Yang baik sudah tentu tidak henti-henti beribadah kepada Allah. Mengenai yang nakal itu, apakah mereka ini, yang dipinta pertolongan daripada manusia untuk berlaku kejam ke atas manusia lain?

Aku bukan seorang alim ulama, bukan juga ustaz, dan bukan juga pengamal perubatan traditional. Cumanya aku melihat kepada setiap perkara yang berlaku di sekeliling aku. Aku percaya, walaupun kita berada di dalam bulan yang penuh barakah ini, aktiviti hitam ini tetap juga berlaku, kerana hati manusia yang keji sudah pasti akan terus-terusan keji!

Aku memohon doa dan berdoa agar kita semua dijauhkan daripada segala perkara yang tidak kita semua ingini. Dijauhkan daripada kejahatan-kejahatan manusia, daripada sihir, dan hasad dengki manusia. Sesungguhnya kepada Allah sahajalah kita memohon pertolongan. Dan diharapkan manusia-manusia keji ini diberikan hukuman dan balasan yang setimpal agar mereka sedar akan kesilapan mereka.

Dan sesungguhnya, benarlah kata orang, yang kita semua sudah semakin hampir ke penghujung zaman. Bila manusia-manusia macam ni dah tak takut dengan hukum Allah dan secara terang-terangan memperlihatkan diri mereka. Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua. Amin. J



You May Also Like

0 Comments