Menu berniaga di bazar Ramadhan : Kek batik oreo.

resepi mudah Kek batik oreo

Menu berniaga di bazar Ramadhan : Kek batik oreo | Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulilah. Masih di berikan kesempatan untuk terus menulis. Blog mrejoy nampaknya sedikit terbiar dek kerana kesibukan kepada tugas hakiki serta perniagaan sampingan yang memerlukan aku lebih fokus kepadanya. Baik! Tak lama lagi kita bakal menyambut bulan yang mulia, yang di dalamnya terdapat 1 malam yang lebih baik daripada seribu malam yakni Bulan Ramadhan al Mubarak 2017!

Selain daripada semua umat islam perlu berpuasa, bulan ini juga di anggap sebagai pembuka rezeki kepada semua orang. Bazar Ramadhan tumbuh bak cendawan di merata tempat. Sememangnya bulan puasa di anggap sebagai “bulan buat duit”. Namun janganlah di salah faham maknanya ya! Ianya pasti sebagai sampingan sahaja kerana kita semua digalakkan untuk perbanyakkan berbuat kebaikan.

Menu berniaga di bazar Ramadhan : Kek batik oreo.

Ok! Buat mereka yang ingin berniaga dan buntu tak tahu nak meniaga apa di bazar Ramadhan nanti, aku ada idea dan resepi khas untuk korang. Apa kata korang meniaga Kek batik Oreo? Ahha! Dah pasti, bila orang tengok je, mesti terliur dan terus nak beli. Tapi kan, janganlah sampai terliur ya! Takut batal pulak nanti puasa korang tu. Hehehehe.

Oklah, apa yang korang perlukan untuk buat kek batik oreo ni? Bahan-bahannya adalah:

  • 2 cawan Milo
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 250g mentega
  • ½ tin susu pekat
  • 30 keping biskut Marie (dihancur-hancurkan)
  • 2 paket biskut Oreo (setiap biskut dipotong empat)


Orait. Bila semua dah ada, sekarang masanya untuk buat kek batik oreo.

  • Buka api kecil dan cairkan mentega.
  • Kemudian, Tambahkan susu pekat dan gaul sehingga sebati
  • Tambah Milo dan serbuk koko, dan gaul sehingga tiada ketulan ( gaul rata)
  • Kemudian Tutup api. Lepas tu masukkan biskut Marie yang dihancur-hancurkan tadi dan gaul
  • Lepas tu Masukkan separuh adunan ke dalam baking tin
  • Kemudian masukkan kepingan Oreo ke atas adunan
  • Lepas tu, Masukkan separuh lagi adunan dan ratakan
  • Hias lagi dengan kepingan Oreo
  • Dah siap tu, masukkan  ke dalam peti sejuk dan biarkan semalaman
  • Keesokan harinya, korang potong je untuk keluarkan kek tu. 

Ahha! Amacam? Mudah tak resepi kek batik oreo ni? Mudah kan? Selamat mencuba dan semoga mendapat rezeki yang besar dalam bulan Ramadhan ini ya! insyaAllah. amin. J

Tiada ulasan