Menu paling diminati ketika berbuka puasa.

Menu paling diminati ketika berbuka puasa | Alhamdulilah, Syukur kita masih lagi dipertemukan dengan bulan Ramadhan. 1 bulan yang sudah semestinya di tunggu-tunggu oleh semua kaum muslimin. Minggu ini sudah pasti, laman sosial akan penuh dengan pelbagai gambar menu berbuka puasa kan? Namun, di dalam keterujaan kita nak tunjuk menu buka puasa kita tu, kenalah ingat rakan-rakan lain yang mungkin berbuka puasa dengan menu yang ala kadar sahaja. ok?
Orait. Kali ini aku nak kongsikan di antara menu-menu yang
menjadi pilihan aku ketika berbuka puasa. Aku pasti, setiap daripada kita pun
mesti akan ada menu special. Tapi menu ni takdalah special mana pun, cumanya
setiap kali masuk bulan puasa, aku mesti akan cari menu-menu ni.
Oklah, di antara menu-menu kegemaran aku adalah:
#1. Ayam golek.
Aduh. Rasa macam nikmat je kalau buka puasa ada ayam percik.
Kalau tak dapat beli seekor, dapat beli sebelah pun jadilah. Yang sebenarnya,
waktu bukan bulan puasa pun boleh je nak beli ayam golek ni. Tapi rasa dia tak
sama bila kita berbuka puasa dengan ayam golek. Jadi, menu ini mesti ada bila
aku berbuka puasa! J
#2. Murtabak daging.
Yang keduanya adalah murtabak daging. Hahahaha. Hari-hari
biasa pun banyak kan? Tapi entah kenapa, bila masuk bulan Ramadhan, kedai-kedai
yang menjual murtabak daging mesti penuh! Siap buat barisan panjang lagi! Selamat
takda arahan, angkat tangan, turun tangan macam dekat sekolah tu. Adeh!
#3. Nasi lemak ayam.
Kalau dekat bazaar Melaka ni, aku suka dengan 1 kedai nasi
lemak ayam ni. Memang tiap-tiap tahun dia akan meniaga nasi lemak ayam. Gerai dia
memang sentiasa penuh sampaikan takda nasi lemak ayam yang dah siap bungkus
letak atas meja! Orang beratur, dia tanya berapa nak beli, terus dia isi dalam
bekas.
Istimewanya nasi lemak ayam ini adalah, selain daripada
nasinya di kukus dengan rempah istimewa, tapi sambal dia! Sambal dia yang buat
sedap tu! Aku kalau beli, memang aku akan mintak sambal lebih la! Hehe.
#4. Popia basah.
Aku memang pengemar tegar popia basah! Memang tiap minggu
aku akan beli popia basah dekat pasar tani telok mas Melaka! Dan bila masuk
bulan puasa, hidangan ini pasti ada! Tapi bukanlah kata setiap hari ada menu ni
ya! Cuma keraplah aku makan. Hehehe.
#5. Coklat kurma.
Dulu, ada sekali tu, jiran aku belikan 1 coklat kurma dari
mekah. Lepas makan je terus jatuh cinta! Nak dapat yang macam tu agak susah la
di sini, tapi dekat kedai-kedai banyak juga yang jual coklat kurma ni, Cuma rasanya
tak sama la dengan yang kat mekah tu. Tapi boleh la lepaskan rasa jatuh cinta
tu. Hehehe.
#6. Air katira.
Ini kiranya macam air wajib dalam bulan puasa la. Famous kut
menu ni dekat bazaar. Mana-mana pergi pun pasti ada. Dan dari tahun ke tahun,
variasinya semakin berbeza! Macam-macam jenis ada. apa pun, rasanya tetap
sedap.
Oklah, rasanya ini sahajalah menu-menu yang aku suka ketika
berbuka puasa. Menunya sudah pasti biasa sahaja Cuma bila berada di dalam bulan
Ramadhan, ianya jadi menu yang istimewa buat aku. Dan pastinya, korang pun ada
menu-menu wajib ketika berbuka puasa kan? Apa pun, aku doakan semoga Ramadhan kali
ini memberikan kita semua 1001 makna! insyaAllah, amin. J
0 Comments