Cara lafaz niat puasa sebulan dan esok hari dalam bahasa rumi.

Cara lafaz niat puasa
sebulan dan esok hari dalam bahasa rumi | InsyaAllah, 2 hari sahaja lagi
kita bakal memasuki bulan Ramadhan 2017! 1 bulan yang istimewa yang sudah
pastinya di tunggu-tunggu oleh semua umat islam. InsyaAllah. Ahha! Bila masuk
bulan Ramadhan ni, mulalah ramai yang tercari-cari niat puasa sebulan dan esok hari. Specialnya hari ini adalah, aku
kongsikan juga niat puasa di dalam bahasa rumi. Semoga dengan itu, mereka-mereka
yang tak tahu baca niat puasa dalam bahasa Arab, bolehlah baca dengan bantuan
bahasa rumi ni ya!
Sebelum aku kongsikan niat puasa dalam bahasa rumi ni, nak
juga beritahu, di antara rukun puasa adalah niat ya! Jadi, kenalah baca niat. Jangan
ada yang puasa tapi tak baca niat. Bukan susah pun nak baca niat puasa ni kan? Biasanya,
niat di baca pada malam hari iaitu selepas sahaja selesai solat tarawih. Tapi,
boleh juga baca awal pagi waktu lepas sahur tu. Yang penting sebelum subuh atau
sebelum masuk waktu fajar dan/atau sebelum imsak.
Berpuasa di dalam bulan ramadhan adalah wajib bagi setiap muslim, baik lelaki ataupun perempuan yang sudah baligh dan berakal. Kewajipan untuk berpuasa telah diabadikan di dalam Al-Qur'an Surah Al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud "Hai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu sekalian untuk berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa".
Cara lafaz niat puasa sebulan dan esok hari dalam bahasa rumi

Mungkin ada yang kurang jelas kenapa ada bacaan niat puasa
selama sebulan dan sehari. Bukankah lebih baik baca niat sebulan sahaja, dan
tak perlulah nak baca hari-hari niat puasa tu, kan?
Memang benar, lebih baik baca niat sebulan sahaja, lebih
mudah. Tapi niat sehari tu gunanya bila kita berniat sebulan, tetapi ada
hari-harinya kita tidak berpuasa. Maka, bacaan niat sehari itulah yang kita
perlu baca disebabkan telah terputus niat kita untuk berpuasa sebulan tu.
Ahha! Sekarang jelaskan? Semoga perkongsian Cara lafaz niat puasa sebulan dan esok hari
dalam bahasa rumi ini membantu semua dan semoga bulan Ramadhan tahun ini
menjadi lebih bermakna dari tahun-tahun sebelumnya. Amin. J
0 Comments