Penampar sulung punya cerita. - MrEjoy

Post Top Ad

ad

May 18, 2017

Penampar sulung punya cerita.

video Mat over tampar David Teo

Penampar sulung punya cerita | Alkisahnya, aku tak tahu apa-apa pun pasal cerita tampar menampar ni. Cuma semalam aku terbaca status facebook seorang top blogger ni, bro framestone, pasal tampar menampar ni. Mulanya macam tak ambil kisah sangat, sebab yelah, mungkin dia bergurau. Tapi bila dah ramai sangat yang update pasal tampar menampar ni, aku kena ambil kisah! Ahha! Rupa-rupanya, seorang pelakon veteran ni (kira veteran la juga) dah tampar seorang pengarah filem terkenal!

Cerita sebenarnya aku pun tak pasti kenapa. Baru sekejap tadi, seorang kawan aku tunjuk video Mat over tampar David Teo tu. Aduh! Dah kenapa jadi sampai macam tu kan? Kalau tengok dalam video tu, nampak Datuk rosyam nor bercakap dengan David teo. Lepas tu dari jauh nu dia datang. Tak banyak cakap terus tampar David Teo! Aduhai. Kenapa apakah?

Yang sebenarnya, banyak juga blogger dah update pasal isu tampar menampar ni. Jadi, Mrejoy malas la nak kongsikan cerita sebenar David Teo Di tampar. Cumanya, yelah, dua-dua ada nama dalam industri seni. Bukan orang muda. Jadi, bila berlaku macam ni, dah pasti aib pada kedua-duanya. Mesti malu kan.

Yang sebelah pihak ni mengata pada David teo. Yang sebelah ini pula mengata Mat over. Aku? Malas lah nak mengata sapa-sapa. Lagipun, katanya isu dah selesai. Dah mintak maaf pun. Dan katanya, David Teo pun tidak akan mengambil tindakan. Itu yang aku baca daripada penulisan blogger lain.

Apa pun, semoga isu ini selesai dengan baiknya ya. Yelah, industri malaysia ni bukan besar mana pun. Pusing-pusing orang yang sama je. Jadi, berbaik-baiklah sesama kita ya. Janganlah ada isu tampar menampar lagi ya. peace. J

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here