Pengalaman melihat kemalangan depan mata! - MrEjoy

Post Top Ad

ad

May 3, 2017

Pengalaman melihat kemalangan depan mata!

doa naik kenderaan

Pengalaman melihat kemalangan depan mata! | Semalam, anak kedua Mrejoy tak sihat. Deman dan selsema. Jadi kenalah bawa ke klinik untuk pemeriksaan. Dalam perjalanan nak balik ke rumah tu, minyak kereta pulak habis! Aduh! Yang Sebenarnya, meter minyak kereta aku tu rosak! Isi lah berapa banyak pun minyak, dia tetap menyala dan berkelip! Huhu. Sabar jelah.

Alhamdulilah, seorang rakan aku bercuti semalam. Dialah yang datang bawa minyak. Dalam masa aku dan rakan aku ni nak isi minyak dalam kereta, aku terdengar bunyi brek kereta dan hon yang sangat panjang. Kalau dah macam tu confirmlah kemalangan kan?

Bila aku toleh belakang, aku nampak sebuah kereta (yang memang di pandu laju) dah langgar seorang kakak (rasanya baru balik kerja).  Lepas kena langgar tu, kakak tu terseret atas jalan dan terus diam! Aku yang nampak dengan kawan aku ni, memang terus lah nak pergi tolong, tapi lepas aku tengok kakak tu tak bergerak, aku berhenti sekejap sambil cakap dengan kawan aku:

Eh! Sekejap. Ni meninggal ni! Itu tanggapan pertama aku sebab kakak tu kuat kena langgar. Lepas tu dia diam, lama!

Dalam pada aku berdiri tegak tengok kakak tu, tiba-tiba tangan dia bergerak! Eh! Aku cakap dengan member aku, hidup lagi! Cepat2! Waktu tu memang semua kelam kabut. Kepala aku ni memang tak boleh fikir apa. Takut pun ada! Seram pun ada sebab aku nampak darah atas jalan!

Sekejap je, lokasi kemalangan tu penuh dengan orang! Semua membantu. Tapi ada 1 benda yang buat aku sakit hati! Yang langgar tu budak muda! Dia salahkan makcik tu sebab masuk jalan salah walhal dia bawak laju! Aku dengan kawan aku nampak memang dia laju dan seboleh-bolehnya dia cakap dia tak laju! Huhuhu.

Lagi satu, dia ni kerja bengkel. Dan kereta yang dia bawak tu kereta customer (ini cerita dari orang yang kenal mamat ni sebab dia kerja dekat area situ je). Dekat situ aku dah fikir bukan-bukan. Kalaulah kemalangan itu melibatkan kematian. Dan kereta yang langgar tu kereta aku (mungkin ada kerosakan yang memerlukan aku tinggalkan kereta dan kereta aku digunakan macam dalam cerita aku ni). Dan pemilik bengkel pula tak beritahu apa-apa, aku rasa memang tak tenteramlah aku bawak kereta aku tu.

Bila semua dah ok (maksudnya dah alihkan kakak tu ke tepi dan bawa motor dia ke tempat selamat) aku terpaksa gerak dulu sebab wife aku dah bising. Dia pun sama takut sebab kami bawa budak kecil, takut jadi apa-apa. Yang tinggal, kawan aku dengan beberapa orang yang lain. Tunggu ambulan sampai. Rasanya semuanya ok dan aku berharap kakak tu pun selamat.

Apa pun, berhati-hatilah ketika berada di atas jalan. Kadang kita ni cermat, orang lain pula cuai. Yang menyebabkan kita menanggung kesannya. Sentiasa baca doa naik kenderaan dan berharap perlindungan daripada yang maha esa. ok. L

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here