Resepi air soda herbs mudah & sedap.

Sumber : asapdapur.com
Resepi air soda herbs
mudah & sedap! | Sedar tak sedar, kita dah nak puasa kan? Hujung bulan
ni je, dah tak lama je lagi. Dan sudah pastinya, pelbagai resepi minuman dan
makanan yang akan muncul. Macam-macam nama. Dan kali ini, aku nak kongsikan
dengan korang semua, Resepi air soda herbs yang mudah dan tentunya sedap! Bukan
kata hidangan untuk bulan puasa sahaja, bila-bila masa pun boleh sebenarnya. Hehehe.
Resepi air soda herbs mudah & sedap!
Apa yang menariknya mengenai air soda herbs ini adalah, di dalamnya ada serai! Hahaha. Pada aku
ianya ada rasa tersendiri sebab biasa serai guna untuk memasak je kan? Oklah,
apakah bahan yang diperlukan untuk buat air herbs ini.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat Air soda Herbs.
- Daun pudina
- Serai
- Lemon
- Asam boi
- Laici
- Ais krim soda
- Ais
Ok. Dah siapkan semua bahan-bahan ni, jom kita tengok pula
cara nak buat air soda herbs ni.
- Ketuk-ketuk serai (jangan sampai hancur pula ya) dan masukkan ke dalam cawan.
- Potong lemon dan masukkan juga ke dalam bekas minuman.
- Kemudian Masukkan pula daun pudina.
- Seterusnya, Masukkan asam boi, laici, ais, dan ais krim soda. Gaulkan supaya semuanya rasa sebati.
- Dan , tadaa.. dah Siap!
Ahha. Amacam? Mudah tak?
senang kan? ok lah, selamat mencuba ya Resepi
air soda herbs mudah & sedap ni. J
4 Comments
Boleh cuba ni . mesti sedap kan.
ReplyDelete:)
http://www.kataubaid.com/2017/05/harga-tiket-top-komtar-pulau-pinang.html
Kenapa air ni orang tak jual dalam balang ye?
ReplyDeletemesti sedap during hot days! :D
ReplyDelete#YourFinanceDoctor
#I Blog My Way
Menggoda habis ...panas2 ni..
ReplyDelete