Resepi Air Soya mudah dan sedap!

Resepi Air Soya mudah dan sedap

Resepi Air Soya mudah dan sedap! | Air soya! Dapat minum waktu berbuka puasa, memang umpph! Kalau hari-hari dapat minum soya sejuk pun takpa. Cumanya, kalau hari-hari beli, boleh habis juga duit kita kan? hehehe. Hari ini aku nak kongsikan dengan semua, ada cara yang boleh buat korang dapat minum air soya setiap kali berbuka puasa! Ahha! Ini dia, Resepi Air Soya mudah dan sedap!

Mungkin ada yang terfikir, mesti susah nak buat air soya ni kan? Atau mungkin leceh lah nak buat sendiri, baik beli je, tak perlu penat-penat nak buat, kan? Tapi kan, kalau pada aku, aku lebih suka buat sendiri, atau mungkin, wife aku yang buat, rasa macam lagi sedap sebab dari hasil tangan isteri kita kan? Tambahan pulak, kita boleh buat banyak-banyak dan simpan dalam peti ais, boleh minum bila-bila masa sahaja. J

Ok. Jom kita tengok apakah bahan-bahan yang diperlukan untuk buat Air soya Sedap ni.

  • 1 KG Kacang soya
  • 9 Liter Air
  • 1 Liter Air gula
  • 3 Helai daun pandan
  • 1 Sudu Teh garam.

Orait. Semua bahan-bahan ini tersangatlah mudah untuk kita dapatkan, betul tak? Bila semua dah tersedia, ayuh kita buat air soya homemade!

  1. Langkah pertama yang korang perlu lakukan adalah membersihkan kacang soya dan rendam di dalam bekas selama lebih kurang 4 hingga 5 jam.
  2. Kemudian toskan kacang soya menggunakan penapis plastic.
  3. Langkah seterusnya adalah, Masukkan air dan kisarkan kacang soya tersebut hingga hancur. Guna hanya 6 liter air sahaja ya!
  4. Kemudian tapis air soya tu. Kali ini korang kena guna penapis kain. Ala, Yang biasa dekat kedai, yang mereka gunakan untuk buat teh tarik tu. Kain warna putih. Biasanya proses menapis air ni akan lambat sedikit. Jadi korang boleh perah je penapis kain tu guna tangan kalau malas nak tunggu. Hehehe.
  5. Ok. Hampas tadi tu korang asingkan dalam bekas lain ya!
  6. Langkah seterusnya untuk buat air soya homemade ini adalah, campur 3 liter air dan blendkan sekali lagi.
  7. Kemudian tapis lagi air soya tu.
  8. Bila dah siap, korang masukkan air soya tu ke dalam periuk dengan api yang sederhana ya. Tapi jangan main tuang je yer, kena tapis juga. Guna penapis plastic pun boleh.
  9. Masak air soya tu dengan api yang perlahan.
  10. Kemudian, masukkan daun pandan dan satu sudu teh garam. Dan kacau air soya tu.
  11. Bila dah rasa semuanya ok, tutup api dan biarkan ianya sejuk. Dan last sekali, masukkan ketulan ais dan minum! Ahha! Mudahkan resepi air soya homemade ni?

Lepas ni, mesti ramai yang akan buat sendiri memandangkan bahan dan caranya tersangatlah mudah. Selamat mencuba pada semua dan selamat berbuka puasa ya! J


Tiada ulasan