Resepi minuman untuk kekal bertenaga dan tidak lapar ketika berpuasa! - MrEjoy

Post Top Ad

ad

May 17, 2017

Resepi minuman untuk kekal bertenaga dan tidak lapar ketika berpuasa!

Resepi minuman untuk kekal bertenaga dan tidak lapar ketika berpuasa

Resepi minuman untuk kekal bertenaga dan tidak lapar ketika berpuasa! | Alhamdulilah, tinggal lebih kurang 9 hari sahaja lagi untuk semua umat islam memasuki ke dalam bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan. Alhamdulilah juga, masih diberikan kesempatan untuk bernafas hari ini. Hari ini aku nak kongsikan dengan semua pembaca blog mrejoy. Petua atau cara-cara yang boleh kita semua gunakan untuk terus kekal bertenaga di dalam bulan Ramadhan ini. 

Petua ini di kongsikan oleh seorang wanita yang sedang mengandung dah hebatnya! Beliau masih mampu kekal bertenaga selama 19 jam!

Baiklah. Apa yang ingin aku kongsikan adalah, minuman yang boleh kita sediakan dan amalkan sepanjang bulan puasa ini. Dengan minuman ini, kita akan terus kekal bertenaga sepanjang hari, insyaAllah.

Ok. Apa yang kita perlukan untuk menyediakan minuman ini adalah:

  • Kurma (5 biji)
  • Air masak (setengah cawan)
  • Susu segar (1 cawan)

Ok. Senangkan nak cari bahan-bahan ini? Yang sebenarnya, ada yang suka letak lebih banyak kurma, Cuma kalau boleh, letaklah dalam bilangan yang ganjil ya. Kerana kita mengikut Sunnah nabi.

Baik. Selepas semua bahan telah tersedia, buang kesemua biji kurma dan carik-carikan isi kurma tersebut. Kemudian rendamkan ke dalam air masak. Rendam sehingga kurma tersebut kembang ya! (Biasanya, rendam pada waktu malam dan minum pada waktu sahur)

Seterusnya, bila kurma dah betul-betul kembang, blendkan dengan secawan susu segar. Selepas itu boleh minum. Masa minum tu, mohonlah doa pada Allah supaya dipermudahkan puasa kita dan kekal bertenaga sepanjang hari. Ha.

Ok lah. Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga puasa kita tahun ini lebih bermakna dan diberkati oleh yang maha esa. amin. J

3 comments:

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here