Resepi nasi goreng kampung sedap dan yang penting, mudah!

Sumber : myresepi.net

Resepi nasi goreng kampung sedap dan yang penting, mudah! | Ahah. Hari ini terasa nak kongsikan resepi atau cara paling mudah nak masak nasi goreng kampung dan yang penting sedap. Kadang, bila masak sendiri kat rumah, rasa dia tak macam yang dekat kedai, hari ini, bila lepas dah tahu resepi nasi goreng kampung yang sedap ni, insyaAllah tak makan dekat luar lagi, eh! Hahaha.

Resepi nasi goreng kampung sedap dan yang penting, mudah!


Orait! Apa yang diperlukan sebelum mula memasak nasi goreng kampung ni. Kenalah sediakan bahan-bahan untuk memasak dulu ya. Bahan-bahannya adalah:


  • 2 sudu besar ikan bilis
  • 6 biji cili padi
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • Dada ayam
  • ½ ikat kangkung
  • 1 sudu garam
  • Nasi
  • 3 sudu besar ikan bilis goreng

Ok. Bila semua bahan dah tersedia, barulah kita memasak. Cara-caranya untuk memasak nasi goreng kampung sedap ini adalah:


  • Blendkan ikan bilis, cili padi, bawang putih dan bawang besar.
  • Kemudian tumis sehingga naik bau wangi.
  • Langkah seterusnya adalah dengan memasukkan dada ayam dan kacau sehingga ayam tu masak.
  • Seterusnya, masukkan kangkung.
  • Masukkan pula garam dan kacau.
  • Lepas tu, masukkan nasi dan gaul sehingga sebati dengan bahan-bahan tadi.
  • Terakhir, masukkan pula ikan bilis goreng dan gaulkan.
  • Bila dah rasa semua bahan-bahan sebati, tutup api dan hidangkan. Dah siap.


Ahha! Amacam? Mudah kan resepi nasi goreng kampung sedap ni? Lepas ni memang hari-harilah kita makan nasi goreng kampung dekat rumah. Kalau aku, aku lebih suka kalau ikan bilis tu banyak dengan timun hiris! Wah! Tiba-tiba rasa lapar! Hehehe. Selamat mencuba ya!

1 ulasan:

  1. Mai kalau buat nasik goreng wajib pakai perencah adabi, hehehe.

    BalasPadam