Siapa pemenang Mentor Milenia 2017?

Siapa pemenang Mentor
Milenia 2017? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih
lagi diberi kesempatan untuk terus berbuat kebajikan di atas muka bumi Allah
ini. ok! Semalam! Final mentor milenia 2017! Mulanya aku ada la sikit-sikit
rasa bersemangat nak tengok, sebab aku nak tahu siapa yang menang. Terus terang
aku cakap, aku tak rasa usop akan menang semalam disebabkan aku rasa beberapa
minggu lepas, dia ni macam dah mula kurang dari segi vocal dia. Itu pendapat
aku. Jadi, kalau bukan usop, Siapa pemenang Mentor Milenia 2017?
Macam yang aku ada beritahu tadi, aku ada rasa sikit
bersemangat nak tengok mentor milenia
2017 final ni tapi tahu apa yang terjadi?? Aku tertido! Hahaha. Bila aku
bukak mata, aku tengok rancangan mentor dah berubah jadi rancangan si mulut
kecoh tu, sarimah Ibrahim! Hahahahha. Eh! Apa da? Jadi siapa yang menang mentor
milenia 2017 ni? Siapa? Siapa?
Aku terjaga lagi jam 0400. Disebabkan rasa ingin tahu tu
ada, aku bukak handphone sekejap. Niatnya gigih nak cari Siapa pemenang Mentor Milenia 2017 ni. Eh! Kenapa takda orang yang
up status pasal rancangan ni? Semua rakan-rakan aku kat FB tak tengok mentor
ke? Hahaha. Punya la gigih cari, tapi tak jumpa, aku sambung balik tidur, lagi
best!
Sudahnya, pagi tadi, waktu tengah sarapan, rancangan sembang
pagi beritahu. Hahaha. Seperti ramalan, usop tak menang. Hahaha. Bukanlah aku
cakap aku ni tak sokong dia, bukan. Tapi macam yang aku ada cakap tadi,
prestasi dia macam makin menurun, itu yang aku rasa dia tak boleh jadi juara mentor milenia 2017 tu.
Jadi Siapa pemenang Mentor Milenia 2017?
Ahha! Pemenangnya ialah, Elica! Hahaha. Dia adalah mentee
kepada Akim. Jangan tanya aku lagu apa dia bawak semalam sebab aku tak tengok! Aku
tertido. Hahahaha. Pagi ni barulah gigih cari. Hahaha. Dan pagi ini jugalah
baru tahu hadiah yang diaorang menang. Wah, bukan biasa-biasa tu. Nak tahu
hadiahnya? Tengok bawah ni:
- Juara (Troffi & wang tunai RM100,00 pakej percutian ke london) – Elica.
- Tempat kedua (Troffi & wang tunai RM50,000) – Usop
- Tempat ke tiga (Troffi & wang tunai RM20,000) – Along
- Tempat ke empat (Troffi & wang tunai RM10,000) – Syeera
- Pemenang Protege pilihan neffos (hadiah wang tunai RM10,000 ) – Elica
Wahh. Percutian ke London dengan wang tunai tu! Rezeki awak
la Elica. Usop pun boleh kalau nak pergi London. Cukup tu RM50K. Oklah,
sekarang aku dah pun tahu Siapa pemenang
Mentor Milenia 2017 ni. tahniah kepada semua. Perjalanan anda semua dalam
dunia seni baru sahaja bermula. Semoga dunia seni tanah air semakin bersinar
dengan kehadiran mereka, ok? J
0 Comments