Tema hari guru 2017 : Guru Pembina Negara Bangsa

Tema hari guru 2017 :
Guru Pembina Negara Bangsa | Ok. Walaupun aku dah lama tinggalkan sekolah,
tapi perasaan ketika menyambut hari guru tu tetap ada dalam memori aku. Tak
pernah hilang. Sebab waktu inilah kita nak tengok semua guru menyanyi. Hehehe. Dan
dah pasti akan ada macam-macam aktiviti pada hari tersebut. Ok lah, perayaan
hari guru di sambut setiap 16 Mei setiap tahun.
Baik. Tema sambutan
hari guru 2017 masih sama dengan tema tahun 2016 iaitu Guru Pembina Negara
Bangsa. Melihat kepada keadaan guru sekarang, pelbagai cabaran yang mereka
terima di dalam mendidik anak bangsa. Seiring dengan pembangunan ekonomi dan
kemajuan teknologi, sudah pasti guru sekarang tidak sama lagi seperti guru
sewaktu aku sekolah dulu.
Aku sempat berbual dengan bekas guru yang pernah mengajar
aku sewaktu aku sekolah dulu. Perkara pertama yang aku tanya adalah, macamana dengan
masalah displin pelajar sekarang. Dan seperti yang aku jangka, terlalu berbeza
dengan masalah displin sewaktu aku dulu. Inilah yang aku maksudkan dengan
cabaran yang perlu ditempohi guru sekarang.
Aku sendiri masih membayangkan bagaimana keadaan anak-anak
aku apabila mereka mula menjejakkan kaki mereka kealam persekolahan nanti. Namun
aku sangat percaya dengan kebolehan yang ada pada guru-guru di malaysia di
dalam mendidik setiap anak bangsa menjadi manusia yang berguna dan berjaya.
Di dalam kesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat hari
guru kepada semua guru-guru di malaysia terutamanya guru-guru di Sekolah Rendah
Kem Terendak dan Sekolah Menengah Kem Terendak. Tanpa ajaran daripada kalian
semua, sudah tentu aku tidak berjaya seperti sekarang. Terima kasih sekali
lagi.
Aku juga ingin berterima kasih kepada Arwah Ibu aku
(Al-fatihah. Semoga rohnya di tempatkan bersama orang-orang yang disayangi
Allah) kerana tidak pernah bosan menjadi guru kepada aku di dalam mengajar aku
erti kehidupan yang sebenar. Terima kasih untuk semuanya.
Oklah. Macam biasa, hari guru mesti kena menyanyi kan? jom
kita nyanyi sama-sama lagu Guru Malaysia.
Lirik Lagu Guru Malaysia.
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Dibidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Lagu & Lirik : Hashim Ahmad
0 Comments