facebook twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Learn Blogging
  • Documentation
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Download This Template

Mrejoy

Makan-makan di Mee Tarik Warisan Asli, Mydin Pulau Sebang Melaka

Makan-makan di Mee Tarik Warisan Asli, Mydin Pulau Sebang Melaka | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesempatan untuk menulis. Tinggal beberapa hari sahaja lagi, bulan Ramadhan 2017 akan meninggalkan kita. Sesungguhnya ianya adalah berita yang menyedihkan bagi ramai umat islam seluruh dunia. Baiklah, semalam aku berkesempatan untuk Makan-makan di Mee Tarik Warisan Asli, Mydin Pulau Sebang Melaka.

Ceritanya, wife aku ajak cari baju raya. Dah merata sebenarnya kami pergi. Bazaar Ramadhan dekat klebang Melaka, bazaar Ramadhan dekat Melaka mall, macam-macam. Tapi biasalah orang perempuan, ada je yang tak kena dekat mata mereka. Sudahnya di ajaknya ke Mydin Pulau Sebang Melaka. Yang sebenarnya, ini port lepak biasa untuk keluarga aku sebab ada sesuatu yang istimewa dekat sini.

Aku suka pergi Mydin Pulau Sebang ni sebab dekat sana ada sushi yang sangat sedap! Sungguh sedap! Wife aku kalau sekali beli, memang penuh plastik! Hehehe!

Oklah. Yang sebenarnya, ada tarikan lain juga dekat Mydin Pulau sebang ni. Antaranya adalah Mee tarik warisan asli. Kalau kita ke restorannya, dekat bahagian depan, kita boleh tengok secara live pekerja dia buat mee tarik. Di gulung-gulungnya tepung tu, kemudian tarik. Kemudian gulung lagi, dia tarik lagi sampailah jadi macam bentuk mee tu. hehehe.

Memang boleh jadi leka jugalah kita yang tengok ni. Tapi kalau dah banyak kali tengok, rasa biasa je. Cuma anak-anak lah akan jadi seronok bila tengok orang tu gulung, tarik, gulung tarik. Yang sebenarnya, dah lama jugalah aku nak merasa mee tarik ni. Cuma malam tadi baru aku sekeluarga berkesempatan untuk mencuba menu-menu yang ada.


Makan-makan di Mee Tarik Warisan Asli, Mydin Pulau Sebang Melaka

Oklah. Aku memang peminat tegar mee goreng! Pada aku, mee goreng lebih penting daripada nasi! Hahaha. Bila aku tengok je menu mee goreng daging ni, terus aku order! Nampak dalam gambar sedap weh! Serius! Wife dengan anak-anak aku, masing-masing order mee sup (kalau tak silap la) dengan nasi goreng telur.

Disebabkan waktu aku sampai tu tak ramai lagi dekat restoran tu, jadi makanan kami cepat siap. Atau mungkin, restoran ni memang cepat dalam menyediakan makanan yang diminta pelangan. Ahha! Kalau benar, ini memang terbaik sebabnya, tak siapa pun suka tunggu lama-lama kan? hehehe.


Makan-makan di Mee Tarik Warisan Asli, Mydin Pulau Sebang Melaka

Oklah. Lepas sampai je mee goreng daging aku ni, harapan aku cukup menggunung. Yelah, nampak sedapkan? Tapi selepas suapan pertama aku! aduh! Ikhlas cakap ya, sebagai peminat tegar mee goreng, rasa Mee Goreng Daging oleh Mee Tarik Warisan Asli ni tidak cukup sempurna pada tekak aku ni. aduh! Mungkin peminat Mee ini rasa sedap tetapi tidak pada aku.

Aku tak mampu nak habiskan sepinggan mee goreng daging tu. Nampak memang macam sedap. Tapi mungkin disebabkan mee yang pada aku sedikit keras tu menjadikan ianya kurang sedap pada aku. Dan mungkin juga cili yang digunakan untuk memasak tu tak sama macam cili yang digunakan kita untuk mengoreng mee yang membuatkan aku tak mampu nak habiskan sepinggan mee goreng daging. Aduh!

Memang aku sangat kecewa semalam memandangkan aku memang tengah lapar. Dalam pukul 8 lebih macam tu. Berbuka pun makan ala kadar sebab wife memang dah plan nak makan dekat Mee Tarik Warisan Asli, Mydin Pulau Sebang Melaka ni. Sekali dapat rasa, aduh kecewanya. Wife aku, dia memang makan apa sahaja sebab dia memang suka masakan Chinese ni. hehehe.

Apa pun, aku pasti, Mee Tarik Warisan Asli ni pastinya ada peminatnya yang tersendiri memandangkan restoran ini sentiasa penuh dengan orang! Mungkin juga aku datang awal semalam itu yang buatkan tak ramai. Atau mungkin juga bulan puasa. Ramai orang ke masjid untuk terawih.  Ahha! Nampak dekat situ yang aku tak pergi terawih. Hehehe. J
9 langkah yang kalau kita ikut, confirm jadi jutawan

9 langkah yang kalau kita ikut, confirm jadi jutawan! | Lama juga tak menulis mengenai motivasi kewangan ini. Kalau sebelum ini, blog ini lebih banyak berkongsi tips-tips kewangan, tetapi sekarang lebih kepada cerita diri dan semasa. Ok lah, hari ini, aku nak kongsikan tips yang aku baca dari sebuah laman web mengenai 10 langkah untuk menjadi seorang jutawan! Tanya lah sesiapa pun, pasti semuanya nak jadi seorang jutawan kan?

Hingga ke saat ini, masih terngiang-ngiang di telinga aku ni kata-kata seorang rakan yang lebih kurang bunyinya macam ini:

Rugilah kalau duduk malaysia, tapi tak tahu buat duit! Orang luar datang malaysia sebab mereka nampak malaysia ni lubuk duit!

Memang sedikit pedas bahasa dia tu *tetiba teringatkan sambal hitam Pahang* tapi ada betulnya juga. Malaysia ni sebenarnya lubuk rezeki bagi mereka yang pandai melihat kelebihan yang ada. Orang berjaya akan cuba melihat apa yang ada disebalik pintu. Jadi, kalau kita nak berjaya, balik kang, cuba tengok pintu rumah kita dan fikir apa yang ada di sebalik pintu tu ya! hehehe.

Oklah, cukup setakat itu, jom kita tengok, baca & buat! 9 langkah yang kalau kita ikut, confirm jadi jutawan!

#1. Follow the money1

Dalam keadaan ekonomi sekarang ni, kita tidak boleh menyimpan duit kita mengikut cara kita. langkah pertama yang perlu kita buat adalah meningkatkan pendapatan kita. Kalau sekarang gaji kita RM3000 sebulan, 5 tahun daripada sekarang, pendapatan kita mungkin RM9000 sebulan. Mulakan daripada sekarang, dan kalau kita Follow the money, kita akan mula melihat banyak peluang!

#2. Don’t show off tetapi show up!

Kita semuanya dah tentu ada impian nak pakai jam mahal atau kereta mahal, betul tak? Bila ada duit lebih tu, semua benda kita nak beli. Cuba bawak bersabar! Apa kata kita simpan dulu minat kita tu dulu. Tidak ada salahnya jika kita memandu Honda civic turbo * walaupun kita dah mampu pakai mustang*. Orang ingin melihat kejayaan kita bukan perhiasan kita. J

#3. Save to invest, don’t save to save.

Faham kan? Menyimpan untuk melabur dan bukannya menyimpan untuk menyimpan. Konsepnya mudah. Macam ni, anda simpan wang dalam tabung. Nilainya tetap sama. Berbeza anda simpan emas. Harganya meningkat setiap tahun. Perkara mudah tapi tak semua faham. J

#4. Avoid debt that doesn’t pay you!

Jangan berhutang perkara yang tidak mampu memberikan kita wang! Orang kaya menggunakan hutang untuk memanfaatkan pelaburan dan mengembangkan lagi aliran tunai mereka. Orang miskin pulak buat hutang untuk membeli perkara-perkara yang membuat orang kaya lebih kaya. Mesti ada yang kurang faham lagi hutang yang menjadikan kita lebih kaya kan? Macam ni,

Katakan kita beli rumah, bayaran bulanan RM400. Kemudian kita sewakan rumah tersebut dengan RM600. Bayaran bulanan rumah kita sudah tentu di bayar oleh penyewa. Dan kita dapat lagi RM200 setiap bulan.

Inilah yang dinamakan hutang yang menjadikan kita lebih kaya!

#5. Treat money like a jealous lover.

Ramai sebenarnya yang nak jadi jutawan, tapi hanya segelintir sahaja yang benar-benar menjadi jutawan Untuk menjadi kaya dan kekal mewah, kita perlu meletakkan ia sebagai satu keutamaan! Anggap sahaja wang itu sebagai seorang kekasih yang kuat cemburu! Jika kita mengabaikan ia, ia pasti akan mengabaikan kita. Oleh yang demikian, berusahalah untuk mendapatkannya!

#6. Money doesn’t sleep.

Wang tidak pernah tidur. Wang tidak tahu jam sekarang pukul berapa, atau waktu cuti sekolah. Wang suka orang yang mempunyai etika kerja yang besar!

#7. Poor makes no sense!

Hapuskan semua pemikiran miskin kita! Kita dah ditakdirkan hidup miskin lah, susah nak jadi jutawanlah, macam-macam lagi pemikiran negative. Benda-benda macam ini lah yang sebenarnya menjadi penghalang pada kita untuk berjaya! Simpan ayat ni dalam minda kita semua:

Kalau kita dah memang dilahirkan miskin, itu bukan kesilapan kita. Tapi kalau kita mati dalam keadaan miskin, itu baru kesilapan kita."

#8. Get a millionaire mentor.

Ini paling penting. Mana-mana orang pun akan cakap benda yang sama. Cari mentor jutawan kita dan ikut cara mereka dalam usaha bergelar jutawan. insyaAllah, semuanya akan jadi mudah. J

#9. Shoot for RM10 million, not RM1 million!

Ok, soalan ini akan di tanya jika korang nak jadi jutawan. Berapa target yang korang letakkan untuk bergelar sebagai jutawan? Ada yang akan jawab RM1j, ada yang akan jawab RM3j, macam-macam. Apa pun, jika korang letakkan target sebanyak RM1j, korang gandakan target korang pun pada RM5j *contoh*.

Ini adalah kerana, ianya akan menjadikan pemikiran kita lebih besar dan kreatif. Tapi kena tahu juga, target haruslah sesuai dengan usaha. Jangan hanya letak target tapi tiada usaha. Memang tak kemanalah kan?

Jangan takut untuk letak target yang besar dalam hidup kita. Kerana target kewangan yang kita letak tu dah semestinya cukup Cuma kita kekurangan orang yang boleh berfikir sampai ke tahap itu. J
Line celcom bermasalah 13 June 2017

Line celcom bermasalah 13 June 2017! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesempatan untuk menulis lagi dalam blog mrejoy. Hari ini aku nak cerita pasal line celcom yang sentiasa bermasalah ni. Rasanya, celcom sebelum ni ok je memandangkan aku dah terlalu lama menggunakan celcom. Cuma sejak dua menjak ni, line celcom semakin teruk! Entah di mana silapnya pun tak tahulah. Kalau buka dalam laman web aduan celcom, kita boleh baca macam-macam aduan mengenai perkhidmatan celcom sekarang.

Hari ini, 13 june 2017, line celcom bermasalah lagi! Langsung tiada line! Nak call tak boleh. Apatah lagi nak mesej atau nak whatsapp. Internet? Lagi la tak boleh kan. Kalau sebelum ni, line internet celcom agak lambat juga *berpandukan kepada penulisan aduan di laman web* hari ini, langsung tiada line! Cuba fikir la, kalau la apa-apa terjadi, macamana aku nak call wife aku yang berada di rumah, sebaliknya kalau wife aku nak call aku memandangkan kami berdua pakai celcom.

Zaman sekarang ni, penggunaan handphone memang sangat penting. Apa-apa pun semua handphone. Aku yang sebenarnya pun tak faham juga, kenapa celcom sampai langsung takda line. Tak ke menyusahkan semua pengguna celcom?

Line celcom bermasalah 13 June 2017

Bagi mereka yang berniaga online seperti aku, dah tentulah masalah celcom tiada line ni sedikit membebankan. Biasa kita pagi-pagi akan post produk, kemudian follow customer, tapi hari ini semua tergendala! Semuanya sebab celcom tiada line 13 june 2017 ni! aduh! Tension juga dibuatnya!

Aku mencari-cari di laman web jika ada information mengenai masalah celcom tiada line ni. Dan berjumpa dengan 1 artikel yang menjawab kepada persoalan yang sedang menaikkan kemarahan ramai pengguna celcom. Walaupun dah diterangkan di dalamnya sebab musabab kenapa perkara seperti ini berlaku, kami pengguna celcom tetap rasa tertekan! Ok, sekarang, cuba korang baca memo di bawah ini.

Line celcom bermasalah 13 June 2017

Memang dah dinyatakan yang celcom akan mengalami gangguan sehingga bulan june 2017 iaitu bulan ini! Dan ternyata hari ini memang line celcom sangat bermasalah! Arghhh! Tension betul la.

Cerita sebenar mengenai daging anjing yang dijual di bazaar Ramadhan

Cerita sebenar mengenai daging anjing yang dijual di bazaar Ramadhan | Viral juga cerita ni selepas viral sekeping gambar yang dikatakan anjing atau kucing yang di jual di bazaar Ramadhan.  Aku yang mulanya tengok pun rasa geli. Sungguh. Kalau aku ada dekat gerai tu, confirm aku rasa nak termuntah bila tengok hidangan tu. Tapi selepas ianya diberi penerangan oleh tuan empunya gerai, makanan eksotik itu adalah halal untuk dimakan oleh orang islam. Ini cerita sebenar daging anjing yang di jual di bazaar Ramadhan!

Sekarang aku nak tanya korang, terus terang ya! Kalau korang tengok gambar dekat atas tu, apa yang korang fikirkan? Rata-rata jawapan akan cakap kucing atau anjing kan? Kalau kucing, aku pun percaya sebab tak pernah nampak lagi hidangan macam ni. Dan memang nampak macam kucing pun! Dengan warna dia yang macam tu, geli-gelaman tekak ni!

Tapi fikir juga secara logic. Peniaga ni jual dekat bazaar Ramadhan. Dah tentulah orang islam kan? Tambahan pulak meniaga di dalam malaysia, dah tentu makanan yang dijual itu adalah halal. Jika haram (seperti yang dikhabarkan daging anjing atau kucing tu) terang-terang pihak berwajib dah tahan peniaga ni. Jadi persoalan sekarang, daging apa tu?

Ahha! Cuba tengok pada bahagian kaki belakang dia. Nampak tak perbezaan dengan kaki depan? Yes! Kaki belakang lebih besar dari kaki depan. Kalau kucing atau anjing, kaki depan dengan belakang sama kan? Jadi, ini bukanlah seperti yang dimaksud oleh cerita viral tu.

Kalau korang nak tahu, ini adalah hidangan eksotik di negeri terenganu. Ianya adalah daging arnab! Tapi kalau aku, terus terang aku cakap, aku tak makan! Sungguh! Sebabnya mudah, aku geli! Hahaha. Tapi, daging arnab memang halal di makan ya! Cumanya dekat malaysia ni, daging arnab agak sukar diterima. Sebabnya kita lebih banyak makan daging lembu dan juga kambing.

daging dhab halal di makan

Cerita ni sama juga dengan daging dhab di negara arab sana. Mereka dah biasa makan, jadi ianya perkara biasa buat mereka, cuba kita pergi sana dan tengok dhab tu, kemudian makan! Confirm tak semua orang akan makan daging tu! Samalah halnya dengan daging arnab. Tak semua pun biasa makan daging arnab kan?

Apa pun, pada aku, kalau peniaga ni potong-potong kepada ketulan yang kecil, dan letak tulisan daging arnab dekat situ, mungkin lebih ramai yang ingin mencuba berbanding dia letak macam ni. Sebab mungkin ada yang geli lepas tengok. Apa pun, rezeki Allah dekat muka bumi ni luas. Bak kata seorang senior aku ni:

Belajar untuk makan apa yang kau tak biasa makan. Sebabnya bila kau berada di dalam keadaan darurat, kau tahu macamana cara nak hidup!
Kenapa aku Menyesal beli Oppo A37

Kenapa aku Menyesal beli Oppo A37? | Assalamualaikum dan selamat pagi. Alhamdulilah, hari ini ada kesempatan untuk aku menulis lagi dalam blog Mrejoy. Sejak beralih tugas ni, sememangnya masa aku menjadi sangat terhad untuk menulis. Idea tu ada, Cuma bila aku terlalu banyak memikirkan benda lain, aku terus jadi malas untuk menulis. Hari ini, hati aku membuak-buak nak berkongsikan pengalaman aku menggunakan Oppo A37 ni.

Yang sebenarnya, kenapa aku beli Handphone Oppo A37 ni, adalah kerana waktu itu, rakan-rakan di office semuanya pakai handphone ni. Bayangkan, diarang boleh pakai ramai-ramai kemudian menghasut aku untuk beli, aku pun termakan hasutan mereka dan terus beli. Sebenarnya waktu itu aku terpikat bila tengok diarang ambil gambar menggunakan handphone ni. Memang nampak cantik.

Tapi kalau nak dibandingkan dengan Huawei P9, rasanya handphone tu lagi best kan? Cumanya, yelah, modal tak banyak waktu tu. Tambahan pulak, aku ni ada banyak tangungan. Jadi kita ambil yang biasa dulu. Ceritanya, aku dah lama beli Oppo A37 ni, Rasanya hujung tahun lepas kut. Maknanya dah 6 bulan aku guna handphone ni.

Jenis aku, aku tak suka nak tukar-tukar apa sahaja benda yang aku beli melainkan benda tu dah rosak! Handphone aku yang sebelum ni, aku pakai sampai handphone tu dah tak boleh pakai, barulah aku beli Oppo A37 ni. Jenis aku memang macam tu, guna selagi boleh! Tapi bila aku guna handphone ni, aku rasa macam nak cepat-cepat tukar handphone lain.

#1. Kenapa aku menyesal beli Oppo A37?

Dah tentulah aku ada sebab tersendiri kenapa aku menyesal beli Oppo A37 ni kan? Kalau ok, dah tentulah aku akan pakai sampai handphone ni dah tak boleh pakai. Ok, aku senaraikan sebab-sebabnya, ianya mungkin berbeza dengan pengalaman pengguna yang lain ya.

#2. Cepat panas.

Aku ni bukanlah kaki game, Cuma ada masanya sahaja aku suka main game. Ala, game yang aku main pun game candy crush. Game biasa je kan? Tapi, percaya atau tidak, bila aku main game ni je, handphone Oppo A37 ni panas gila! Ha, nampak tak? Siap tambah gila dekat belakang untuk menunjukkan yang ianya betul-betul panas.

Kadang tu aku sampai jadi takut nak pegang. Takut dia meletup! Eh! Banyak je kan kes handphone meletup ni, jadi ada baiknya aku berhari-hati.

#3. Bateri cepat habis.

Ini memang buat aku tension terus. Bayangkan, awal pagi bateri ada 98%. Bukak FB, whatsapp, main game (itupun sekejap sangat) pukul 10-11, batri dah tinggal 40%! Nak masuk ke jam 1200, bateri dah nak habis! Eh? Dah kenapa? Bab ini memang kadang-kadang tu buat aku jadi stress! Kena pulak kalau aku lupa nak bawak powerbank, memang rasa nak marah je kejenya!

Letak la apa-apa fungsi yang menarik pada Handphone, kalau bateri cepat habis macam Oppo A37 aku ni, memang tiada gunanya lah kan?

Tak boleh bukak Play store.

Aku memang kerap berhadapan dengan masalah tak boleh bukak play store ni. Kena pulak kalau kena update whatsapp. Dah la whatsapp tu sangat penting pada aku! Yelah, aku ni meniaga online, jadi apa-apa pun, semuanya pada whatsapp. Kadang tu jadi stress bila nak update tak boleh. Delete macam-macam kemudian install balik. Adoi.

Oklah, Rasanya aku senaraikan 3 item ni sahaja sebab pada aku, ini dah cukup besar masalahnya pada aku. Mungkin juga pada rakan-rakan lain. Bila jadi macam ni, aku nak kasi Oppo A37 ni pada wife aku pun dia taknak, sebab takut. Hmm, rasanya macam Huawei P10 memanggil-manggil je ni.


pembaziran di bulan puasa

Bazaar Ramadhan : 1 lokasi pembaziran | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, dah masuk hari ke 6 semua umat islam berpuasa. Walaupun baru 6 hari, tapi dah banyak iklan raya dan jualan mercun tersebar di laman sosial. Dan aku, hari ini, bukanlah nak menyentuh mengenai hal itu, tetapi nak bercerita sedikit mengenai diri aku yang mungkin sama dengan rakan-rakan yang lain. Bazaar. 1 lokasi pembaziran paling ketara!

Bila kita dah seharian berpuasa, nafsu makan tu dah pastilah membuak-buak kan?. Menu yang sebelum ni tak menarik hati pun boleh jadi mengiurkan bila lalu dekat fikiran kita ni. Tambahan pulak ada bazaar Ramadhan, maka meluap-luaplah nafsu makan tu. Dekat situ ada 1001 macam jenis menu! Yang tak pernah jumpa sebelum ni pun, kita boleh jumpa dekat bazaar Ramadhan.

Macam biasalah, sebelum sampai ke bazaar, niat dalam hati nak beli nasi lemak kukus ayam berempah! Ok set! Tapi bila sampai je ke bazaar Ramadhan je, semua tu hilang serta merta! Tiba-tiba tak nampak gerai yang menjual nasi lemak kukus tu! Tiba-tiba nampak macam-macam menu! Kesilapan yang biasa aku buat adalah, aku bawa duit lebih!

Tips untuk ke bazaar Ramadhan : Jangan bawa duit yang terlalu banyak.

Dekat rumah aku, yang sedang menunggu ada 3 orang. Wife, anak sulung dan kedua *yang no 3 masih menyusu*. Jadi, nak juga belikan mereka makanan yang sedap. Anak-anak aku suka makan kuih lembut, jadi, carikan lah mereka kuih. Anak sulung aku suka sangat makan nasi lemak, jadi belikanlah dia nasi lemak. Anak kedua suka jenis sup, kenalah belikan dia juga. Wife aku apa pun dia makan, tapi dia paling suka nasi kerabu, jadi belikanlah dia nasi kerabu.

Jenis aku, aku suka lepas makan berat, rehat kejap, makan pulak yang ringan. Pada aku, roti john atau Pizza itu makanan ringan. Biasanya kalau menonton tv jam 2200 ke atas, aku suka kena teh o dengan apa-apa makanan. Jadi bila dah sampai bazaar, semua tu ada jual, beli la 1 roti john. Bayangkan, niat nak beli nasi lemak kukus ayam berempah tu dah terkubur dek kerana banyaknya makanan dekat bazaar!

Kalau hari-hari pergi bazaar, memang boleh kosonglah akaun bank aku!

Bila masuk je bulan Ramadhan ni, memang mana-mana orang pun akan hadiahkan diri mereka dengan makanan yang sedap-sedap termasuklah aku. Tapi bila masuk bab pembaziran, ianya sudah pasti sesuatu yang merugikan. Tiba-tiba teringat iklan dekat tv, yang pasangan suami isteri balik kerja dan tergesa-gesa nak berbuka tu. Tengok jelah hidangan atas meja makan dia tu, kemudian ada lelaki cakap, jangan membazir. Hahaha.

Yang sebenarnya, boleh je kalau taknak membazir ni. Bawa duit yang cukup-cukup je pergi bazaar Ramadhan atau yang paling berkesan adalah, jangan pergi langsung! Ha, confirm jimat duit kita. Tapi macam tak best pulak kan kalau tak dapat makanan yang sedap-sedap tu. Jadi, aku terpaksalah jarakkan kehadiran aku ke bazaar lepas ni. hehe.

Kalau melihat setakat hari ini, setiap hari aku pergi bazaar, tapi mungkin lepas ni, 2 atau 3 hari sekali baru pergi. Selebihnya, kita beli barang basah, kita masak sendiri jelah dekat rumah. hehehe. Oklah. Semoga Ramadhan kali ini memberi sesuatu yang amat bermakna buat kita semua. Amin. J

Newer Posts
Older Posts

Find Here

Translate

Terima Kasih!

Powered by Blogger.

Cerita Lama

  • ►  2022 (22)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (10)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2021 (108)
    • ►  December (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (14)
    • ►  May (8)
    • ►  April (17)
    • ►  March (19)
    • ►  February (19)
    • ►  January (21)
  • ►  2020 (82)
    • ►  December (4)
    • ►  November (7)
    • ►  October (1)
    • ►  September (7)
    • ►  August (6)
    • ►  July (4)
    • ►  May (7)
    • ►  April (6)
    • ►  March (12)
    • ►  February (17)
    • ►  January (11)
  • ►  2019 (50)
    • ►  December (5)
    • ►  November (6)
    • ►  October (13)
    • ►  September (4)
    • ►  August (2)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (10)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2018 (44)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (9)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (12)
    • ►  January (13)
  • ▼  2017 (182)
    • ►  December (7)
    • ►  November (9)
    • ►  October (24)
    • ►  September (15)
    • ►  August (26)
    • ►  July (17)
    • ▼  June (6)
      • Makan-makan di Mee Tarik Warisan Asli, Mydin Pulau...
      • 9 langkah yang kalau kita ikut, confirm jadi jutawan!
      • Line celcom bermasalah 13 June 2017!
      • Cerita sebenar mengenai daging anjing yang dijual ...
      • Kenapa aku Menyesal beli Oppo A37?
      • Bazaar Ramadhan : 1 lokasi pembaziran.
    • ►  May (25)
    • ►  April (28)
    • ►  March (24)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
  • ►  2015 (19)
    • ►  October (19)

My Blog List

  • The Patriots
    Kesilapan Yang Membunuh Amelia Earhart?
  • VOCKET
    ‘Mujur Tak Digilis’ – Situasi Bayi Tercicir Atas Jalan Raya Undang Kerisauan Netizen
  • Aliff Channel
    15 Tempat Menarik Di Lumut Untuk Melancong
  • Denaihati – Blog Tips Kehidupan
    Penetapan harga siling ayam elak tekanan lebih besar kepada inflasi makanan
  • Blog Lifestyle Otai Blogger Malaysia
    Top 7 Reasons Why Wordpress Is Perfect for Bloggers In 2022
  • Bro Framestone
    Antabax dan R.E.A.L Kids Berganding Benteras Penyebaran Penyakit Tangan, Kaki, dan Mulut (HFMD)
  • MrEjoy
    Susahnya nak cari kerja sekarang ni
  • sayidahnapisahdotcom
    30++ background ucapan kad raya digital 2022 | edit letak gambar je nanti!
  • Syok Makan
    5 kelebihan air rendaman kurma yang ramai tidak tahu
  • It's Poobritney!
    Apa Yang Menarik di Bird Park Kuala Lumpur?
  • ahmadfaizal.com
    Hari Anugerah Cemerlang Budak Sekolah
  • Cik Epal
    Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
  • Maria Yusoff
    Kerabu ulam Sempoi
  • SukaShares
    Anda pasti tak percaya dengan hadiah wang tunai yang dimenangi Juara Piala Dunia 2018 ini!
  • Jutawanbitcoin
    Harga bitcoin terus naik dan menaik!
  • Makan jer Kerja! | Your Blog Description
Show 5 Show All

Trending!

  • Cara mudah tukarkan Sijil SSP BSN kepada wang tunai.
  • 3 Idea buat duit online 2017
  • Cara paling mudah tukar template blog.
  • Apakah maksud mimpi kutip duit syiling menurut islam
Blogged.my

Rakan Mrejoy

@INSTAGRAM
Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates