9 langkah yang kalau kita ikut, confirm jadi jutawan!

9 langkah yang kalau kita ikut, confirm jadi jutawan! | Lama juga tak menulis mengenai motivasi kewangan ini. Kalau sebelum ini, blog ini lebih banyak berkongsi tips-tips kewangan, tetapi sekarang lebih kepada cerita diri dan semasa. Ok lah, hari ini, aku nak kongsikan tips yang aku baca dari sebuah laman web mengenai 10 langkah untuk menjadi seorang jutawan! Tanya lah sesiapa pun, pasti semuanya nak jadi seorang jutawan kan?
Hingga ke saat ini, masih terngiang-ngiang di telinga aku ni
kata-kata seorang rakan yang lebih kurang bunyinya macam ini:
Rugilah kalau duduk
malaysia, tapi tak tahu buat duit! Orang luar datang malaysia sebab mereka
nampak malaysia ni lubuk duit!
Memang sedikit pedas bahasa dia tu *tetiba teringatkan sambal hitam Pahang* tapi ada betulnya
juga. Malaysia ni sebenarnya lubuk rezeki bagi mereka yang pandai melihat
kelebihan yang ada. Orang berjaya akan cuba melihat apa yang ada disebalik
pintu. Jadi, kalau kita nak berjaya, balik kang, cuba tengok pintu rumah kita
dan fikir apa yang ada di sebalik pintu tu ya! hehehe.
Oklah, cukup setakat itu, jom kita tengok, baca & buat! 9 langkah yang kalau kita ikut, confirm
jadi jutawan!
#1. Follow the money1
Dalam keadaan ekonomi sekarang ni, kita tidak boleh menyimpan
duit kita mengikut cara kita. langkah pertama yang perlu kita buat adalah
meningkatkan pendapatan kita. Kalau sekarang gaji kita RM3000 sebulan, 5 tahun
daripada sekarang, pendapatan kita mungkin RM9000 sebulan. Mulakan daripada
sekarang, dan kalau kita Follow the money, kita akan mula melihat banyak
peluang!
#2. Don’t show off
tetapi show up!
Kita semuanya dah tentu ada impian nak pakai jam mahal atau
kereta mahal, betul tak? Bila ada duit lebih tu, semua benda kita nak beli.
Cuba bawak bersabar! Apa kata kita simpan dulu minat kita tu dulu. Tidak ada
salahnya jika kita memandu Honda civic turbo * walaupun kita dah mampu pakai
mustang*. Orang ingin melihat kejayaan kita bukan perhiasan kita. J
#3. Save to invest,
don’t save to save.
Faham kan? Menyimpan untuk melabur dan bukannya menyimpan
untuk menyimpan. Konsepnya mudah. Macam ni, anda simpan wang dalam tabung. Nilainya
tetap sama. Berbeza anda simpan emas. Harganya meningkat setiap tahun. Perkara mudah
tapi tak semua faham. J
#4. Avoid debt that
doesn’t pay you!
Jangan berhutang perkara yang tidak mampu memberikan kita
wang! Orang kaya menggunakan hutang untuk memanfaatkan pelaburan dan
mengembangkan lagi aliran tunai mereka. Orang miskin pulak buat hutang untuk
membeli perkara-perkara yang membuat orang kaya lebih kaya. Mesti ada yang
kurang faham lagi hutang yang menjadikan kita lebih kaya kan? Macam ni,
Katakan kita beli rumah, bayaran bulanan RM400. Kemudian kita
sewakan rumah tersebut dengan RM600. Bayaran bulanan rumah kita sudah tentu di
bayar oleh penyewa. Dan kita dapat lagi RM200 setiap bulan.
Inilah yang dinamakan hutang yang menjadikan kita lebih
kaya!
#5. Treat money like
a jealous lover.
Ramai sebenarnya yang nak jadi jutawan, tapi hanya
segelintir sahaja yang benar-benar menjadi jutawan Untuk menjadi kaya dan kekal
mewah, kita perlu meletakkan ia sebagai satu keutamaan! Anggap sahaja wang itu
sebagai seorang kekasih yang kuat cemburu! Jika kita mengabaikan ia, ia pasti
akan mengabaikan kita. Oleh yang demikian, berusahalah untuk mendapatkannya!
#6. Money doesn’t
sleep.
Wang tidak pernah tidur. Wang tidak tahu jam sekarang pukul
berapa, atau waktu cuti sekolah. Wang suka orang yang mempunyai etika kerja
yang besar!
#7. Poor makes no
sense!
Hapuskan semua pemikiran miskin kita! Kita dah ditakdirkan
hidup miskin lah, susah nak jadi jutawanlah, macam-macam lagi pemikiran negative.
Benda-benda macam ini lah yang sebenarnya menjadi penghalang pada kita untuk
berjaya! Simpan ayat ni dalam minda kita semua:
Kalau kita dah memang dilahirkan miskin, itu bukan kesilapan kita. Tapi kalau kita mati dalam keadaan miskin, itu baru kesilapan kita."
#8. Get a millionaire
mentor.
Ini paling penting. Mana-mana orang pun akan cakap benda
yang sama. Cari mentor jutawan kita dan ikut cara mereka dalam usaha bergelar
jutawan. insyaAllah, semuanya akan jadi mudah. J
#9. Shoot for RM10
million, not RM1 million!
Ok, soalan ini akan di tanya jika korang nak jadi jutawan. Berapa
target yang korang letakkan untuk bergelar sebagai jutawan? Ada yang akan jawab
RM1j, ada yang akan jawab RM3j, macam-macam. Apa pun, jika korang letakkan
target sebanyak RM1j, korang gandakan target korang pun pada RM5j *contoh*.
Ini adalah kerana, ianya akan menjadikan pemikiran kita
lebih besar dan kreatif. Tapi kena tahu juga, target haruslah sesuai dengan
usaha. Jangan hanya letak target tapi tiada usaha. Memang tak kemanalah kan?
Jangan takut untuk letak target yang besar dalam hidup kita.
Kerana target kewangan yang kita letak tu dah semestinya cukup Cuma kita
kekurangan orang yang boleh berfikir sampai ke tahap itu. J
1 Comments
bagus panduan ni.. tk terfikir pun benda ni sebenarnya .. :)
ReplyDelete