Bazaar Ramadhan : 1 lokasi pembaziran.
Bazaar Ramadhan : 1 lokasi pembaziran | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, dah masuk hari ke 6 semua umat islam berpuasa. Walaupun baru 6 hari, tapi dah banyak iklan raya dan jualan mercun tersebar di laman sosial. Dan aku, hari ini, bukanlah nak menyentuh mengenai hal itu, tetapi nak bercerita sedikit mengenai diri aku yang mungkin sama dengan rakan-rakan yang lain. Bazaar. 1 lokasi pembaziran paling ketara!
Bila kita dah seharian berpuasa, nafsu makan tu dah pastilah
membuak-buak kan?. Menu yang sebelum ni tak menarik hati pun boleh jadi
mengiurkan bila lalu dekat fikiran kita ni. Tambahan pulak ada bazaar Ramadhan,
maka meluap-luaplah nafsu makan tu. Dekat situ ada 1001 macam jenis menu! Yang tak
pernah jumpa sebelum ni pun, kita boleh jumpa dekat bazaar Ramadhan.
Macam biasalah, sebelum sampai ke bazaar, niat dalam hati
nak beli nasi lemak kukus ayam berempah! Ok set! Tapi bila sampai je ke bazaar Ramadhan
je, semua tu hilang serta merta! Tiba-tiba tak nampak gerai yang menjual nasi
lemak kukus tu! Tiba-tiba nampak macam-macam menu! Kesilapan yang biasa aku
buat adalah, aku bawa duit lebih!
Tips untuk ke bazaar Ramadhan : Jangan bawa duit yang terlalu banyak.
Dekat rumah aku, yang sedang menunggu ada 3 orang. Wife,
anak sulung dan kedua *yang no 3 masih menyusu*. Jadi, nak juga belikan mereka
makanan yang sedap. Anak-anak aku suka makan kuih lembut, jadi, carikan lah
mereka kuih. Anak sulung aku suka sangat makan nasi lemak, jadi belikanlah dia
nasi lemak. Anak kedua suka jenis sup, kenalah belikan dia juga. Wife aku apa
pun dia makan, tapi dia paling suka nasi kerabu, jadi belikanlah dia nasi
kerabu.
Jenis aku, aku suka lepas makan berat, rehat kejap, makan
pulak yang ringan. Pada aku, roti john atau Pizza itu makanan ringan. Biasanya kalau
menonton tv jam 2200 ke atas, aku suka kena teh o dengan apa-apa makanan. Jadi bila
dah sampai bazaar, semua tu ada jual, beli la 1 roti john. Bayangkan, niat nak
beli nasi lemak kukus ayam berempah tu dah terkubur dek kerana banyaknya
makanan dekat bazaar!
Kalau hari-hari pergi bazaar, memang boleh kosonglah akaun bank aku!
Bila masuk je bulan Ramadhan ni, memang mana-mana orang pun
akan hadiahkan diri mereka dengan makanan yang sedap-sedap termasuklah aku.
Tapi bila masuk bab pembaziran, ianya sudah pasti sesuatu yang merugikan. Tiba-tiba
teringat iklan dekat tv, yang pasangan suami isteri balik kerja dan
tergesa-gesa nak berbuka tu. Tengok jelah hidangan atas meja makan dia tu,
kemudian ada lelaki cakap, jangan membazir. Hahaha.
Yang sebenarnya, boleh je kalau taknak membazir ni. Bawa
duit yang cukup-cukup je pergi bazaar Ramadhan atau yang paling berkesan
adalah, jangan pergi langsung! Ha, confirm jimat duit kita. Tapi macam tak best
pulak kan kalau tak dapat makanan yang sedap-sedap tu. Jadi, aku terpaksalah
jarakkan kehadiran aku ke bazaar lepas ni. hehe.
Kalau melihat setakat hari ini, setiap hari aku pergi
bazaar, tapi mungkin lepas ni, 2 atau 3 hari sekali baru pergi. Selebihnya,
kita beli barang basah, kita masak sendiri jelah dekat rumah. hehehe. Oklah. Semoga
Ramadhan kali ini memberi sesuatu yang amat bermakna buat kita semua. Amin. J
0 Comments