Cerita sebenar mengenai daging anjing yang dijual di bazaar Ramadhan.
Cerita sebenar mengenai daging anjing yang dijual di bazaar Ramadhan
| Viral juga cerita ni selepas viral sekeping gambar yang dikatakan anjing atau
kucing yang di jual di bazaar Ramadhan. Aku
yang mulanya tengok pun rasa geli. Sungguh. Kalau aku ada dekat gerai tu,
confirm aku rasa nak termuntah bila tengok hidangan tu. Tapi selepas ianya
diberi penerangan oleh tuan empunya gerai, makanan eksotik itu adalah halal
untuk dimakan oleh orang islam. Ini cerita sebenar daging anjing yang di jual
di bazaar Ramadhan!
Sekarang aku nak tanya korang, terus terang ya! Kalau korang
tengok gambar dekat atas tu, apa yang korang fikirkan? Rata-rata jawapan akan
cakap kucing atau anjing kan? Kalau kucing, aku pun percaya sebab tak pernah
nampak lagi hidangan macam ni. Dan memang nampak macam kucing pun! Dengan warna
dia yang macam tu, geli-gelaman tekak ni!
Tapi fikir juga secara logic. Peniaga ni jual dekat bazaar Ramadhan.
Dah tentulah orang islam kan? Tambahan pulak meniaga di dalam malaysia, dah
tentu makanan yang dijual itu adalah halal. Jika haram (seperti yang
dikhabarkan daging anjing atau kucing tu) terang-terang pihak berwajib dah
tahan peniaga ni. Jadi persoalan sekarang, daging apa tu?
Ahha! Cuba tengok pada bahagian kaki belakang dia. Nampak
tak perbezaan dengan kaki depan? Yes! Kaki belakang lebih besar dari kaki
depan. Kalau kucing atau anjing, kaki depan dengan belakang sama kan? Jadi, ini
bukanlah seperti yang dimaksud oleh cerita viral tu.
Kalau korang nak tahu, ini adalah hidangan eksotik di negeri
terenganu. Ianya adalah daging arnab! Tapi kalau aku, terus terang aku cakap,
aku tak makan! Sungguh! Sebabnya mudah, aku geli! Hahaha. Tapi, daging arnab memang
halal di makan ya! Cumanya dekat malaysia ni, daging arnab agak sukar diterima.
Sebabnya kita lebih banyak makan daging lembu dan juga kambing.

Cerita ni sama juga dengan daging dhab di negara arab sana. Mereka
dah biasa makan, jadi ianya perkara biasa buat mereka, cuba kita pergi sana dan
tengok dhab tu, kemudian makan! Confirm tak semua orang akan makan daging tu! Samalah
halnya dengan daging arnab. Tak semua pun biasa makan daging arnab kan?
Apa pun, pada aku, kalau peniaga ni potong-potong kepada
ketulan yang kecil, dan letak tulisan daging arnab dekat situ, mungkin lebih
ramai yang ingin mencuba berbanding dia letak macam ni. Sebab mungkin ada yang
geli lepas tengok. Apa pun, rezeki Allah dekat muka bumi ni luas. Bak kata
seorang senior aku ni:
Belajar untuk makan apa yang kau tak biasa makan. Sebabnya bila kau berada di dalam keadaan darurat, kau tahu macamana cara nak hidup!
1 Comments
Kalau arnab tu murah...hantam saja la. Kalau mahal aku buka kat masjid saja la
ReplyDelete