Kenapa aku Menyesal beli Oppo A37?

Kenapa aku Menyesal beli Oppo A37

Kenapa aku Menyesal beli Oppo A37? | Assalamualaikum dan selamat pagi. Alhamdulilah, hari ini ada kesempatan untuk aku menulis lagi dalam blog Mrejoy. Sejak beralih tugas ni, sememangnya masa aku menjadi sangat terhad untuk menulis. Idea tu ada, Cuma bila aku terlalu banyak memikirkan benda lain, aku terus jadi malas untuk menulis. Hari ini, hati aku membuak-buak nak berkongsikan pengalaman aku menggunakan Oppo A37 ni.

Yang sebenarnya, kenapa aku beli Handphone Oppo A37 ni, adalah kerana waktu itu, rakan-rakan di office semuanya pakai handphone ni. Bayangkan, diarang boleh pakai ramai-ramai kemudian menghasut aku untuk beli, aku pun termakan hasutan mereka dan terus beli. Sebenarnya waktu itu aku terpikat bila tengok diarang ambil gambar menggunakan handphone ni. Memang nampak cantik.

Tapi kalau nak dibandingkan dengan Huawei P9, rasanya handphone tu lagi best kan? Cumanya, yelah, modal tak banyak waktu tu. Tambahan pulak, aku ni ada banyak tangungan. Jadi kita ambil yang biasa dulu. Ceritanya, aku dah lama beli Oppo A37 ni, Rasanya hujung tahun lepas kut. Maknanya dah 6 bulan aku guna handphone ni.

Jenis aku, aku tak suka nak tukar-tukar apa sahaja benda yang aku beli melainkan benda tu dah rosak! Handphone aku yang sebelum ni, aku pakai sampai handphone tu dah tak boleh pakai, barulah aku beli Oppo A37 ni. Jenis aku memang macam tu, guna selagi boleh! Tapi bila aku guna handphone ni, aku rasa macam nak cepat-cepat tukar handphone lain.

#1. Kenapa aku menyesal beli Oppo A37?

Dah tentulah aku ada sebab tersendiri kenapa aku menyesal beli Oppo A37 ni kan? Kalau ok, dah tentulah aku akan pakai sampai handphone ni dah tak boleh pakai. Ok, aku senaraikan sebab-sebabnya, ianya mungkin berbeza dengan pengalaman pengguna yang lain ya.

#2. Cepat panas.

Aku ni bukanlah kaki game, Cuma ada masanya sahaja aku suka main game. Ala, game yang aku main pun game candy crush. Game biasa je kan? Tapi, percaya atau tidak, bila aku main game ni je, handphone Oppo A37 ni panas gila! Ha, nampak tak? Siap tambah gila dekat belakang untuk menunjukkan yang ianya betul-betul panas.

Kadang tu aku sampai jadi takut nak pegang. Takut dia meletup! Eh! Banyak je kan kes handphone meletup ni, jadi ada baiknya aku berhari-hati.

#3. Bateri cepat habis.

Ini memang buat aku tension terus. Bayangkan, awal pagi bateri ada 98%. Bukak FB, whatsapp, main game (itupun sekejap sangat) pukul 10-11, batri dah tinggal 40%! Nak masuk ke jam 1200, bateri dah nak habis! Eh? Dah kenapa? Bab ini memang kadang-kadang tu buat aku jadi stress! Kena pulak kalau aku lupa nak bawak powerbank, memang rasa nak marah je kejenya!

Letak la apa-apa fungsi yang menarik pada Handphone, kalau bateri cepat habis macam Oppo A37 aku ni, memang tiada gunanya lah kan?

Tak boleh bukak Play store.

Aku memang kerap berhadapan dengan masalah tak boleh bukak play store ni. Kena pulak kalau kena update whatsapp. Dah la whatsapp tu sangat penting pada aku! Yelah, aku ni meniaga online, jadi apa-apa pun, semuanya pada whatsapp. Kadang tu jadi stress bila nak update tak boleh. Delete macam-macam kemudian install balik. Adoi.

Oklah, Rasanya aku senaraikan 3 item ni sahaja sebab pada aku, ini dah cukup besar masalahnya pada aku. Mungkin juga pada rakan-rakan lain. Bila jadi macam ni, aku nak kasi Oppo A37 ni pada wife aku pun dia taknak, sebab takut. Hmm, rasanya macam Huawei P10 memanggil-manggil je ni.

2 ulasan:

  1. Tu la Oppo cepat panas la... sy pun kadang2 takut nak pegang phone sendiri, baru buka data berapa minit dan macam boleh masak telur.

    BalasPadam
  2. lahh , saya pakai hp nih jugak . tapi alhamdulillah tak ada problem lagi buat masa sekarang . dah guna dalam 7 - 8 bulan jugak rasanya . caj penuh selalunya saya lepas lahh main dalm 4 - 5 jam gitu

    BalasPadam