Line celcom bermasalah 13 June 2017!

Line celcom
bermasalah 13 June 2017! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah,
masih diberikan kesempatan untuk menulis lagi dalam blog mrejoy. Hari ini aku
nak cerita pasal line celcom yang sentiasa bermasalah ni. Rasanya, celcom
sebelum ni ok je memandangkan aku dah terlalu lama menggunakan celcom. Cuma sejak
dua menjak ni, line celcom semakin teruk! Entah di mana silapnya pun tak
tahulah. Kalau buka dalam laman web aduan celcom, kita boleh baca macam-macam
aduan mengenai perkhidmatan celcom sekarang.
Hari ini, 13 june 2017, line celcom bermasalah lagi! Langsung
tiada line! Nak call tak boleh. Apatah lagi nak mesej atau nak whatsapp. Internet?
Lagi la tak boleh kan. Kalau sebelum ni, line internet celcom agak lambat juga
*berpandukan kepada penulisan aduan di laman web* hari ini, langsung tiada
line! Cuba fikir la, kalau la apa-apa terjadi, macamana aku nak call wife aku
yang berada di rumah, sebaliknya kalau wife aku nak call aku memandangkan kami
berdua pakai celcom.
Zaman sekarang ni, penggunaan handphone memang sangat
penting. Apa-apa pun semua handphone. Aku yang sebenarnya pun tak faham juga,
kenapa celcom sampai langsung takda line. Tak ke menyusahkan semua pengguna
celcom?
Bagi mereka yang berniaga online seperti aku, dah tentulah
masalah celcom tiada line ni sedikit membebankan. Biasa kita pagi-pagi akan
post produk, kemudian follow customer, tapi hari ini semua tergendala! Semuanya
sebab celcom tiada line 13 june 2017 ni! aduh! Tension juga dibuatnya!
Aku mencari-cari di laman web jika ada information mengenai
masalah celcom tiada line ni. Dan berjumpa dengan 1 artikel yang menjawab kepada
persoalan yang sedang menaikkan kemarahan ramai pengguna celcom. Walaupun dah
diterangkan di dalamnya sebab musabab kenapa perkara seperti ini berlaku, kami
pengguna celcom tetap rasa tertekan! Ok, sekarang, cuba korang baca memo di
bawah ini.
Memang dah dinyatakan yang celcom akan mengalami gangguan sehingga
bulan june 2017 iaitu bulan ini! Dan ternyata hari ini memang line celcom
sangat bermasalah! Arghhh! Tension betul la.
1 Comments
CCL pun pengguna celcom .. patutlah buka fb hri ni penuh ha dekat wall update tentang line celcom ni . Mudahan lepas ni line celim akn btambah baik dri sedia kala
ReplyDelete