Makan-makan di Mee Tarik Warisan Asli, Mydin Pulau Sebang Melaka.
Ceritanya, wife aku ajak cari baju raya. Dah merata
sebenarnya kami pergi. Bazaar Ramadhan dekat klebang Melaka, bazaar Ramadhan dekat
Melaka mall, macam-macam. Tapi biasalah orang perempuan, ada je yang tak kena
dekat mata mereka. Sudahnya di ajaknya ke Mydin Pulau Sebang Melaka. Yang sebenarnya,
ini port lepak biasa untuk keluarga aku sebab ada sesuatu yang istimewa dekat
sini.
Aku suka pergi Mydin Pulau Sebang ni sebab dekat sana ada sushi yang sangat sedap! Sungguh sedap! Wife aku kalau sekali beli, memang penuh plastik! Hehehe!
Oklah. Yang sebenarnya, ada tarikan lain juga dekat Mydin
Pulau sebang ni. Antaranya adalah Mee tarik warisan asli. Kalau kita ke
restorannya, dekat bahagian depan, kita boleh tengok secara live pekerja dia
buat mee tarik. Di gulung-gulungnya tepung tu, kemudian tarik. Kemudian gulung
lagi, dia tarik lagi sampailah jadi macam bentuk mee tu. hehehe.
Memang boleh jadi leka jugalah kita yang tengok ni. Tapi
kalau dah banyak kali tengok, rasa biasa je. Cuma anak-anak lah akan jadi
seronok bila tengok orang tu gulung, tarik, gulung tarik. Yang sebenarnya, dah
lama jugalah aku nak merasa mee tarik ni. Cuma malam tadi baru aku sekeluarga
berkesempatan untuk mencuba menu-menu yang ada.
Oklah. Aku memang peminat tegar mee goreng! Pada aku, mee
goreng lebih penting daripada nasi! Hahaha. Bila aku tengok je menu mee goreng
daging ni, terus aku order! Nampak dalam gambar sedap weh! Serius! Wife dengan
anak-anak aku, masing-masing order mee sup (kalau tak silap la) dengan nasi
goreng telur.
Disebabkan waktu aku sampai tu tak ramai lagi dekat restoran
tu, jadi makanan kami cepat siap. Atau mungkin, restoran ni memang cepat dalam
menyediakan makanan yang diminta pelangan. Ahha! Kalau benar, ini memang
terbaik sebabnya, tak siapa pun suka tunggu lama-lama kan? hehehe.
Oklah. Lepas sampai je mee goreng daging aku ni, harapan aku
cukup menggunung. Yelah, nampak sedapkan? Tapi selepas suapan pertama aku!
aduh! Ikhlas cakap ya, sebagai peminat tegar mee goreng, rasa Mee Goreng Daging
oleh Mee Tarik Warisan Asli ni tidak cukup sempurna pada tekak aku ni. aduh! Mungkin
peminat Mee ini rasa sedap tetapi tidak pada aku.
Aku tak mampu nak habiskan sepinggan mee goreng daging tu. Nampak
memang macam sedap. Tapi mungkin disebabkan mee yang pada aku sedikit keras tu
menjadikan ianya kurang sedap pada aku. Dan mungkin juga cili yang digunakan
untuk memasak tu tak sama macam cili yang digunakan kita untuk mengoreng mee
yang membuatkan aku tak mampu nak habiskan sepinggan mee goreng daging. Aduh!
Memang aku sangat kecewa semalam memandangkan aku memang
tengah lapar. Dalam pukul 8 lebih macam tu. Berbuka pun makan ala kadar sebab
wife memang dah plan nak makan dekat Mee
Tarik Warisan Asli, Mydin Pulau Sebang Melaka ni. Sekali dapat rasa, aduh
kecewanya. Wife aku, dia memang makan apa sahaja sebab dia memang suka masakan
Chinese ni. hehehe.
Apa pun, aku pasti, Mee
Tarik Warisan Asli ni pastinya ada peminatnya yang tersendiri memandangkan
restoran ini sentiasa penuh dengan orang! Mungkin juga aku datang awal semalam itu
yang buatkan tak ramai. Atau mungkin juga bulan puasa. Ramai orang ke masjid
untuk terawih. Ahha! Nampak dekat situ
yang aku tak pergi terawih. Hehehe. J
1 Comments
nampak macam sedap jer nih ,ccl belum sempat merasa mee tarik ni
ReplyDelete