facebook twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Learn Blogging
  • Documentation
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Download This Template

Mrejoy

Hukum Lelaki Ikat Rambut Panjang

Benarkah lelaki yang berambut panjang tidak boleh ikat rambut? | Assalamualaikum dan selamat petang. Kali ini nak sentuh topik lelaki berambut panjang pula. Sebab ada rakan yang beritahu, lelaki yang berambut panjang tak boleh ikat rambut dia. Persoalannya sekarang, Benarkah lelaki yang berambut panjang tidak boleh ikat rambut?  Dan apakah Hukum Lelaki Berambut Panjang Menurut Islam. Jom kita selidik dan fahami bersama-sama.

Bila bercerita mengenai lelaki yang berambut panjang, pasti ramai yang mengaitkan ia dengan lelaki paling agung di dunia, Nabi Muhammad S.A.W. Dikatakan rambut Nabi Muhammad S.AW panjang hingga ke bahu dan apabila pendek sampai ke cuping telinganya. Dan kalau dipanjangkan tidak apa-apa.

Dan bila masuk bab lelaki yang berambut panjang, ramai sebenarnya yang tidak suka. Katanya persis seperti wanita! Jadi adalah lebih elok lelaki berambut pendek supaya nampak lebih kemas. Persoalannya sekarang, apakah salah seorang lelaki itu berambut panjang? Jawapannya sudah tentu tidak kan?

Apabila seseorang lelaki itu berambut panjang, ramai yang menafsirnya sebagai salah seorang daripada pemain alat muzik, atau mungkin bekerja sendiri, atau mungkin kerja kilang, atau mungkin tak kerja! Menganggur! Sebabnya? Kalau kerja baik-baik, tiadanya yang berambut panjang, betul tak? Persoalan lagi, salah ke lelaki berambut panjang?

Kalau tengok fashion sekarang, lelaki dengan gaya rambut top knot dan manbun. Gaya ini memerlukan seorang lelaki tu berambut panjang. Dan mereka kena ikat rambut tu. Dan persoalan lagi, apakah Hukumnya Lelaki Ikat Rambut Panjang? Ini yang aku dan mungkin semua mesti faham. Kita belajar sama-sama dan betulkan jika ada salah silapnya pada diri kita ya.

Hukum Lelaki berambut panjang

Hukum Lelaki Ikat Rambut Panjang.


Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas r.a bahawasanya ia melihat 'Abdullah bin al-Harits sedang mengerjakan solat sementara rambutnya terikat kebelakang. Segera Ibnu Abbas bangkit dan menguraikan ikatan rambutnya. 

Lepas solat Abdullah pergi ke Ibnu Abbas dan berkata ; "ada apa dengan rambutku ?"

Ibnu Abbas berkata sesungguhnya aku mendengar Rasullulah bersabda, " Sesungguhnya perumpamaanya adalah seperti orang yang solat dengan tangan terikat".

Banyak sebenarnya cerita mengenai hukum lelaki yang mengikat rambut panjang. Dan setelah aku benar-benar faham, Rasullulah sendiri tidak mengemari mana-mana lelaki yang mengikat rambut panjang mereka.

Dalam Kitab Mukhtasar Shamail Tirmizi ada membincangkan tentang rambut Rasullullah S.A.W. Dalam kitab tersebut ada menyebutkan bahawa Rasullullah biasanya berambut panjang dan adalah haram bagi orang lelaki untuk membuat tocang (mengikat rambut) seperti orang perempuan.

Rasullullah telah melaknat orang lelaki yang melakukannya iaitu cuba menyerupai wanita. Jadi, tidak dibenarkan bagi orang lelaki untuk membuat tocang (mengikat rambut) seperti orang perempuan.

Hukum Lelaki Ikat Rambut Panjang

Hukum lelaki yang mengikat rambut mereka ketika bersolat.


Daripada Ibnu 'Abbas bahawasanya sabda Rasullulah S.A.W :

"Aku telah diperintahkan(oleh Allah) untuk sujud tujuh anggota tubuh yg utama termasuk dahi. dan beliau pada masa yg sama menunjukkan ke arah hidung, tapak tangan, kaki, dan jari jemari kaki. serta (diperintahkan) untuk tidak mengikat rambut serta tidak mengumpulkannya(menggulung/melipat) pakaian."

Kata ustaz Azhar idrus, sunat untuk melepaskan di dalam dan luar solat. Ini adalah kerana, sewaktu kita sujud, rambut tersebut akan turut sama bersujud. Dan sekali lagi dia ingatkat, rambut lelaki yang panjang hanya sekadar di paras bahu dan jangan sesekali menyerupai wanita.

Jadinya sekarang semuanya dah jelas kan dengan hukum lelaki yang berambut panjang serta hukum lelaki yang mengikat rambut mereka? Supaya dengan perkongsian ini, dapatlah kita faham. Jangan hanya kerana fashion, kita abaikan segala hukum hakam yang lain. J

Idea kreatif Dekorasi Pejabat Di Rumah

Idea kreatif Dekorasi Pejabat Di Rumah | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah baca cerita mengenai Mangsa ragut masuk lokap langgar peragut sampai mati? Kali ini kita ubah suasana pula. Aku nak kongsikan beberapa dekorasi pejabat di rumah. Yang sebenarnya, aku dah sediakan bilik khas dirumah aku tu. Cadangnya nak jadikan ruang untuk aku bekerja la. Tapi hingga ke saat ini, aku masih belum dapat idea yang best tentang bagaimana nak jadikan bilik tu sebagai ruang pejabat dan hebat! J
Aku suka apa sahaja berkaitan design atau dekorasi rumah!

Bila idea tu dah kekurangan, haruslah kita cari idea daripada blog-blog yang hebat kan? Aku suka jenis yang simple tapi menarik! Simple tapi mewah! Boleh macam tu? Hahaha. Idea atau Contoh Pejabat Di Rumah ni aku ambil daripada blog luar negara. Tidak ada salahnya jika kita pandai mengaplikasikan dekorasi ini dalam idea kita sendiri kan?

Jom kita tengok idea-idea kreatif Dekorasi Pejabat Di Rumah!

Idea kreatif Dekorasi Pejabat Di Rumah

Idea kreatif Dekorasi Pejabat Di Rumah

Idea kreatif Dekorasi Pejabat Di Rumah

Idea kreatif Dekorasi Pejabat Di Rumah

Idea kreatif Dekorasi Pejabat Di Rumah

Idea kreatif Dekorasi Pejabat Di Rumah

Idea kreatif Dekorasi Pejabat Di Rumah

Mangsa ragut masuk lokap langgar peragut sampai mati

Mangsa ragut masuk lokap langgar peragut sampai mati! | Assalamualaikum dan selamat pagi. Alhamdulilah, masih diberikan kesempatan untuk menulis hari ini. Dah baca tips untuk elakkan demam selepas cabut gigi geraham? Oklah, hari ini nak menulis mengenai Mangsa ragut yang masuk lokap selepas melanggar mati perangut yang meragutnya! Aduh! Yelah, siapa yang tak sakit hati kan, senang-senang je nak ambil duit orang. Dengan keadaan ekonomi kita yang semakin mencengkam ni.

Tapi bila masuk bab mati ni, memanglah bukan satu isu main-main walaupun yang mati itu adalah peragut! Kalau kita tengok Kes Ragut Di Malaysia ni semakin hari semakin menjadi-jadi. Mungkin juga si peragut ni “terkesan” dengan ekonomi ataupun mereka ini terlahir daripada manusia pemalas! Nak cara mudah je cari duit! Merompak! Kalau terlepas memang best sebab dapat duit! Kalau tertangkap, boleh jadi itu hari terakhir mereka.

Sama lah dengan Kes Ragut Terkini ni. Katanya peragut ni dah ambil beg mangsa. Kemudian mangsa kejar guna kereta. Di langgarnya motor peragut. Peragut terbabas kemudian cedera parah dikepala dan meninggal! Dalam kes ni, kalau kita baca dekat sosial media, hampir 90% netizen menyokong tindakan mangsa.

Rangkuman daripada komen-komen di sosial media adalah Buat apa nak simpan peragut? Menyusahkan orang! Kalau kita tak bunuh mereka, mereka akan bunuh kita! Sebabnya manusia macam ni, akan buat apa sahaja. Bukan tiada kes mangsa ragut meninggal dunia. Dan sebab itulah, mangsa ragut akan buat apa sahaja. Dibunuh atau membunuh!

Yang terbaru, melalui perkongsian di sosial media juga, Video Ragut Terbaru yang mana mangsa adalah penunggang motosikal. Yang ragutnya juga adalah penunggang motosikal. Mangsa ni pakai “pouch bag”. Datang di peragut ni daripada belakang, dia tekan klip pouch bag tu dan tarik beg lepas tu pecut! Mangsa ragut ni memang tak boleh buat apa la, tengok je beg dia orang bawak lari.

Kalaulah dia perasan si peragut ni datang daripada belakang dan sempat tendang motor peragut ni. Dah tentu si peragut ni akan terbabas dan mungkin terjatuh di tengah jalan dan mungkin juga akan di langgar oleh kereta lain! Kalau Tak cedera, meninggal!

Aku sempat tanya seorang rakan aku. Seorang anggota polis. Kata dia mudah,

Bila mana ianya melibatkan kematian, pihak polis akan ambil serius perkara itu walaupun si mati itu adalah seorang penjenayah! Kertas siasatan akan dibuka. Dan siasatan akan dijalankan!

Dia beri contoh mudah juga pada aku supaya aku lebih faham.

  • Katakan perompak masuk rumah. Kemudian tertangkap dengan pemilik rumah. Perompak ni tiada senjata. Kemudian kita ambil senjata dan bunuh dia, kita salah.
  • Perompak masuk rumah. Ada senjata. Kemudian tertangkap dengan tuan rumah. Perompak taknak menyerang dan akan keluar dari rumah (kira perompak baik la ni, hmm). Kita tak bagi muka, terus serang dan bunuh dia, kita salah.
  • Perompak masuk rumah dan ada senjata. Dia juga dengan niat menyerang kita! Kita lawan dengan senjata. Perompak mati! Bila buat pemeriksaan, ada 18 kesan tikaman pada badan mangsa! Kita salah! Sebabnya? Kata kawan aku, kalau terlalu banyak tikaman pada badan mangsa, itu datang niat nak membunuh bukan lagi mempertahankan diri.


Dan soalan terakhir aku mudah, perompak masuk rumah lagi nak bagi muka? Memang kita akan buat apa sahaja untuk melindungi diri dan keluarga kita. Tikam banyak kali sebab nak pastikan dia mati, hati tengah marah, memang akan buat apa sahaja! Betul tak?

Dan jawapan sahabat aku ini mudah, ya! Semua orang akan buat benda yang sama dan mereka tetap akan bukak kertas siasatan berdasarkan apa yang dia sebutkan tadi. Dalam kes ini, memang aku sedikit berbalah pendapat. Tapi fikirkan balik, apa-apa pun, kita akan berbalik semula pada pihak polis.

Dalam kes Mangsa ragut masuk lokap langgar peragut sampai mati ni, aku tak boleh nak cakap apa. Sebabnya, aku sendiri tak pasti kalau ianya berlaku pada aku, atau keluarga aku. Mungkin juga aku akan buat perkara yang sama. Mereka buat kerja gila, jadi kita pun sama-sama kena gila! Apa pun, aku doakan kita semua akan dilindungi daripada perkara yang tidak diingini dan dijauhkan daripada manusia-manusia yang bersifat jahat ni, insyaAllah, amin.

Tips Confirm Tak demam lepas cabut gigi geraham bongsu!

#6 Tips Confirm Tak demam lepas cabut gigi geraham bongsu! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesempatan untuk menulis. 2-3 hari lepas aku melalui pengalaman yang mungkin mengerikan buat sesetengah orang. Cabut gigi geraham bongsu!! Waa! Tak kiralah lelaki atau perempuan, bila masuk bab gigi geraham bongsu, tak semua orang boleh tahan sakitnya! Kan? Dan hari ini, aku nak kongsikan dengan semua, pengalaman cabut gigi geraham dan yang paling best! Aku nak kongsikan dengan korang #6 Tips Confirm Tak demam lepas cabut gigi geraham bongsu!

Sebelum tu, aku nak beritahu, Yang Gigi Geraham Bongsu aku tu dah Berlubang ataupun rosak! Dia dah pecah sebelah. Macamana boleh pecah? Kan gigi geraham ni berada dekat bahagian paling belakang sekali, jadi susah nak cuci. Jadi aku bersihkan pakai jari je waktu nak gosok gigi. Agaknya, sebab aku korek kan, dia berlubang dan 1 hari tu, pecah! Sungguh! Sebelah gigi tu aku keluarkan!

Gigi Geraham Bungsu Pecah!


Lepas gigi tu dah pecah, memang aku dah tak boleh makan guna gigi sebelah kanan! Aku lupa dah berapa lama aku tak guna gigi sebelah kanan untuk makan, tapi memang lama sangat la! Bukan aku taknak guna. Ada jugak sesekali tu aku guna gigi sebelah kanan, tapi macam tak boleh gigit benda-benda kuat, kalau aku gigit jugak tahu apa akan jadi? Gigi geraham bongsu aku tu rasa macam tergelincir! Macam terkeluar daripada landasan! Dan kesannya!

Sakit yang teramat yang boleh buat air mata keluar secara tiba-tiba!

Nak dijadikan cerita, hari selasa hari tu, berlaku sesuatu yang di luar dugaan! Tah macamana, gigi geraham bongsu atas sebelah kanan aku tu sakit secara tiba-tiba! Sakit yang memang dah tak boleh bendung! Sakit sangat-sangat! Sakit yang buatkan mata ni terkedip-kedip tak boleh control! Ha, boleh bayangkan sakit dia macamana?

Aku kena waktu malam, jadi memang tak dapat tidur nyenyaklah aku malam tu! Kejap-kejap terjaga!

Esok paginya, aku buat keputusan drastik! Aku nak Cabut Gigi Geraham Bongsu atas sebelah kanan aku ni! Nak jadi apa, jadilah! Kalau sebelum ni, doktor gigi dah beritahu awal-awal, suruh aku cabut gigi tu tapi aku taknak, tapi kali ni, kalau dia cakap tak payah cabut pun, aku akan suruh dia cabut jugak! Hahahha.

Bila dah sampai klinik gigi tu, waktu tengah nak tunggu giliran tu, tiba-tiba macam-macam benda masuk dalam kepala aku ni! Antara benda yang banyak kali keluar masuk dalam minda aku ni adalah, confirm Demam Lepas Cabut Gigi geraham ni! Sebabnya aku baca cerita orang, gigi geraham ni bukan sama macam gigi biasa. Dia ada tunjang! Benda tu yang buat sakit dia lain macam tu!

Bila nama aku kena panggil je, aduh! Tiba-tiba ada rasa macam menyesal pulak datang klinik gigi! Hahaha. Tapi fikir-fikir balik, sampai bila aku nak tahan sakit gigi ni kan? Baik cabut je! Sakit cabut tu sekejap je, sakit menahan sebab tak cabut tu yang lama! Kan?

Eh! Nak kasitau koranglah, waktu nak cabut gigi geraham bongsu tu, doktor akan bius gusi korang! 2 kali! Satu bahagian luar dan satu lagi dekat bahagian dalam. Dekat bahagian luar tu, aku tak rasa sangat, tapi bila Doktor tu inject dekat bahagian gusi dalam, aku dapat rasa jarum tu masuk! Tapi korang buat rilek je sebab sakit dia kejap je! Lepas tu terus rasa kebas!

Bagaimana doktor gigi cabut gigi geraham bongsu?


Ahha! Dalam kepala aku ni, kan gigi tu dekat bahagian belakang! Jadi aku fikir doktor tu mesti pakai besi yang bukak mulut kita tu. Rupanya tak pun! Dia suruh kita bukak mulut macam tu je! Lepas doktor dah bius, dia akan pesan beberapa perkara pada kita, antaranya adalah:


  • Jangan keraskan badan dalam erti kata lainnya, kita melawan balik apa yang doktor buat kat kita.
  • Segala perlakuan doktor kita boleh rasa macam dia masukkan alat untuk cabut. Dia tekan gigi tu (untuk keluarkan gigi) dan macam-macam lagi, tu semua boleh rasa Cuma 1 je kita tak boleh rasa, iaitu sakit! Kalau kita rasa sakit, kena cepat-cepat beritahu doktor.
  • Kalau ada bunyi, prakk!! Itu juga adalah perkara biasa dan memang aku dengar bunyi prakkk! Yang kuat! Dan doktor tu cepat-cepat beritahu aku, ini perkara biasa, jadi aku terus buat rilek! Hahaha.

Ok. Lepas dah beritahu semua, dia akan mulakan proses mencabut gigi geraham kita tu. Eh! Nak cabut gigi tu tak sampai 5 minit lah! Ha! Sungguh aku cakap ni, sekejap sangat! Lepas semuanya selesai, doktor akan berikan ubat dan kita boleh pulang ke rumah! hehehe. Tapi! Ahha! Aku nak kongsikan dengan korang #6 Tips Confirm Tak demam lepas cabut gigi geraham bongsu!

Ada orang cakap, lepas cabut gigi geraham bongsu ni confirm akan demam! Tapi alhamdulilah, lepas aku cabut tu, takda demam langsung! Syukur! Dan aku juga berjaya hilangkan terus rasa sakit cabut gigi tu dalam erti kata lainnya, korang tak rasa sakit langsung! Ahha! Jom baca.

#1. Gigit kapas tu kuat-kuat.

Lepas cabut gigi geraham bongsu je, doktor akan letak kapas dekat bekas gigi tu. Ala, dia bukan kapas tapi macam jaring-jaring tu, ha. Tujuannya adalah untuk hentikan darah yang keluar. Selang 3-5 minit, korang tukar kapas baru dan yang paling penting, korang gigit kapas tu kuat-kuat! Tujuannya adalah, bila korang buat macam tu, darah akan berhenti dengan lebih cepat, tak caya, cuba buat! Ha.

#2. Jangan berkumur!

Jangan sesekali korang berkumur dalam masa 1 hari tu! Ada orang, dia berkumur sebab nak bersihkan darah. Tapi mereka tak tahu yang berkumur itu akan buatkan darah korang akan susah nak berhenti! Jadi, jangan berkumur!

#3. Makan ubat sakit lepas 1 jam!

Ahha! ini yang paling penting. Lepas 1 jam korang cabut gigi, korang terus makan ubat tahan sakit! Jangan tunggu sakit baru nak makan! Makan dulu ubat tu sebelum sakit tu sampai! Kiranya, kalau ubat bius tu habis, dia akan cover dengan ubat tahan sakit. Jadi secara automatiknya korang tak akan rasa sakit, ha!

#4. Banyakkan minum air sejuk.

Tujuannya adalah untuk hentikan darah. Korang jangan sesekali ambil minuman panas. Sebab benda ni akan buatkan darah korang mengalir lagi laju! Jadi, banyakkan minum air sejuk! Lagi banyak ais, lagi bagus. Confirm darah akan cepat je berhenti.

#5. Jangan cuba-cuba nak usik guna jari atau lidah.

Ini benda memang orang suka buat. Kononnya nak rasa ruang yang takda gigi tu la. Dalam sedar tak sedar, benda ni akan buatkan korang lebih menderita!! Sebabnya adalah, bila korang usik pakai lidah, ianya akan buatkan darah mengalir semula. Dan yang lebih teruk lagi, kalau korang usik guna jari!
Eh! Tah mana-mana korang pegang, lepas tu usik dekat situ. Mana tahu ada kuman ke, kan? Dah jadi lebih teruk!

#6. Rehat secukupnya.

Dan akhir sekali, lepas cabut gigi tu, rehatlah dengan secukupnya. Ini memang penting. Macam aku, aku cabut gigi petang, malam tu aku baring je. Doktor gigi akan keluarkan surat MC kalau korang cabut gigi waktu bekerja, jadi jangan risau ya! Ambil je MC dan berehat di rumah, ok?

Oklah! Rasanya cukup cerita pasal pengalaman cabut gigi geraham dan tips untuk elakkan demam lepas cabut gigi ni. Aku dah buat semua ni dan alhamdulilah, memang sangat berkesan. Dan apa yang lebih penting adalah, jangan makan makanan yang keras ya! Ambil soft food dalam masa beberapa hari ni. Bila korang rasa semuanya dah ok, korang makanlah apa yang korang nak makan. Hehehe.

KFC ZINGER DOUBLE DOWN REVIEW

HANYA UNTUK MEREKA YANG BERANI! KFC ZINGER DOUBLE DOWN! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesempatan untuk menulis. Semalam aku berkesempatan untuk mencuba menu terbaru daripada KFC Malaysia, KFC DOUBLE DOWN! Sebagai seorang peminat “tegar” KFC daripada aku kecik, bila aku tengok je ada iklan menu terbaru, haruslah aku mencubanya kan? J

Kalau tengok pada iklan KFC DOUBLE DOWN ni, ada seorang lelaki, bercakap dengan penuh yakin, hanya untuk mereka yang berani! Hanya ayam tanpa roti! Sudahnya pada akhirnya, bila wife dia call, takut juga dia! hahaha. Apa la, muka ganas, cakap garang tapi takut bini, ehh!

Oklah, selepas “termakan” dengan iklan tu, aku ajak wife pergi restoran KFC. Haruslah kita cuba rasa kan, katanya untuk mereka yang berani sahaja, kalau tak rasa menu baru ni, terasa macam penakut pula, eh! Ada macam tu? Takdalah, gurau je! Hehehe.

Penuh rasa teruja nak makan menu terbaru KFC : DOUBLE DOWN!


KFC ZINGER DOUBLE DOWN REVIEW

Memang aku rasa sangat teruja nak rasa menu baru ni, memandangkan aku memang peminat fanatic KFC! Beli double down pun guna drive thru sebab malas nak beratur dekat restoran. Ahha! Bila dah dapat, beginilah rupa dia KFC :  DOUBLE DOWN!

Bila dah dapat, aku selak-selak juga daging ayam tu, nak tengok apa yang ada dekat dalam. Daging ayam di lapis dengan cheese dan kepingan ayam! Wahh! Nampak sedap kan? Maka teruslah aku dengan gigitan pertama! Ohh!!

Ini yang mampu aku katakan selepas mencuba KFC ZINGER DOUBLE DOWN!

Biasa sahaja! Aduh! Aku rasa biasa je menu terbaru ni, dan maaf juga aku katakan, aku tak habis makan! Aku makan separuh dan aku bagi dekat wife aku makan lagi separuh! Keterujaan aku habis macam tu je. Expectation aku, menu ini akan jadi menu ulangan aku sama seperti aku cuba New KFC Wrap Hot & zesty dulu. Kalau boleh hari-hari aku nak makan.


KFC ZINGER DOUBLE DOWN REVIEW

Kecewa memang kecewa, tapi bak kata wife aku, mungkin tak sedap dekat tekak aku tapi sedap dekat tekak orang lain, kan? Jadinya, apa yang aku mampu katakan, daripada pendapat aku sendiri, KFC ZINGER DOUBLE DOWN ni biasa-biasa sahaja, tiada yang menariknya.

Apa pun, ini adalah pendapat aku semata-mata. Mungkin berbeza dengan korang, dan kalau korang nak tahu macamana rasanya menu terbaru daripada KFC ni, korang kenalah mencubanya dahulu ya! orait, jumpa lagi dalam review akan datang. J

Main buih sabun di Pantai klebang, Melaka

Main buih sabun di Pantai klebang, Melaka | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah masih diberikan kesempatan untuk menulis lagi. Dah baca ke cerita mengenai cincin dalam drama Seramedi terbaru TV3, Jangan Ikut Aku? Baiklah, hari ini aku nak cerita sedikit mengenai aktiviti hujung minggu aku bersama keluarga. Yang sebenarnya hari tu, tak terfikir pun nak Main buih sabun dekat pantai klebang Melaka ni, tapi disebabkan aktiviti tu je yang aku rasa sesuai, jadi aku layankan jelah anak-anak aku main.

Memang nampak cantik je kan kalau banyak buih sabun dekat pantai. Lagi pulak kalau yang besar-besar. Kalau buat background gambar perkahwinan ke atau gambar album ke, memang cantik. Mulanya aku Cuma melayan anak aku je. Jenis mereka, kalau si abang dapat 1, si adik pun nak 1, tak mahunya diarang berkongsi! Bab itu aku tension!

Jadinya, kenalah aku bagi kedua-duanya. Si abang dan si adik main buih sabun yang kecil. Harganya RM5. Dapatlah 1 mangkuk sabun yang pada aku boleh main banyak kali dan puas pada mereka. Mulanya agak susah sikit nak jadi sabun tu sebab yelah, budak-budak, bukan dia tahu sangat. Puas jugaklah aku nak mengajarnya.

Main buih sabun di Pantai klebang, Melaka

Main buih sabun di Pantai klebang, Melaka

Kemudian dalam pada mengajar tu, jadi seronok pulak! Bila dah seronok apa lagi, terpaksalah aku beli untuk orang dewasa pulak! Yang sebenarnya ada 3 jenis bentuk buih sabun yang kita beli (lupa pulak aku nak ambil gambar).

  • Bentuk kecil, sesuai untuk budak-budak. (Harga RM5)
  • Boleh keluar sabun banyak-banyak. Kiranya sekali korang angkat je tali tu, boleh keluar sampai 5 atau lebih buih sabun! Jadi memang cantik sebab banyak kan? (Harga RM7)
  • Bentuk besar! Kiranya besar dia tu, korang boleh masuk dalam dia lah! Ha, besarkan? Aku ambil yang inilah! Memang best. Hehehe. (Harga RM10)

Main buih sabun di Pantai klebang, Melaka

Main buih sabun di Pantai klebang, Melaka

Bila mula main buih sabun dekat pantai klebang ni, memang tak jadi. Puas jugak adik yang jual ni ajar aku buat buih sabun yang besar, tapi bila dah banyak kali buat, baru menjadi! Hahahaha! Lepas jadi je, aku pulak yang melebih daripada anak-anak aku, sampaikan aku ambil air sabun diarang! Wahahahaha!

Mulanya nak bagi anak-anak seronok, sudahnya semuanya seronok termasuklah wife aku yang tengah dukung anak bongsu aku tu. Adeh! Penuh sabun dekat kepala dia sebab kejarkan buih sabun yang besar tu pastu pecahkan, hahaha. Terus teringatkan waktu kecik-kecik dulu, yang kita beli buih sabun dalam botol kecil pastu tiup-tiup tu, ha, korang mesti ingatkan? Hehehe.

Bila semua air sabun dah habis, aku pun apa lagi, cepat-cepat kemas dan ajak anak aku balik. Sebabnya, benda-benda macam ni memang leka dibuatnya. Kalau dilayan, mahu sampai ke malam jadinya kang (tapi ada ke orang main sabun buih waktu malam?). Apa pun, kalau korang datang ke Melaka, apa kata singgah ke pantai klebang kemudian layan main buih sabun, memang best! Hehehe.

Cerita mengenai cincin dalam Drama Jangan Ikut Aku

Cerita mengenai cincin dalam Drama Jangan Ikut Aku | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesempatan untuk menulis. Dah baca cerita mengenai Apa itu rabies dan kesannya kepada manusia? Semoga kita semua akan dijauhkan dari segala perkara yang tidak kita semua ingini. Baik! Dah tengok Drama Tv3 yang bertajuk Jangan ikut aku? Aku baru berkesempatan tengok semalam. Jadi hari ini, kita ulas ya! hehehe.

Drama Slot Seramedi TV3, Jangan Ikut Aku!


Ok. Aku bagi ringkasan jelah mengenai drama ini ya. Cerita Jangan Ikut Aku ni tentang seorang lelaki yang kena ikut dengan 4 jin. Cerita dia bermula selepas Akil (Pelakon utama kena gatal-gatal sebab buang air kecil dalam hutan). Lepas tu dia balik kampung nak berubat. Dia ada jumpa dengan seorang dukun ni, dan dukun ni pun katalah dia nak ubatkan Akil sebab katanya dan kena ganggu.

Esoknya dia datang, dia jumpa air dengan cincin dekat rumah dukun ni. Dia ingat untuk dia la benda tu, jadi dia ambil dan pakai. Dalam dia sedar tak sedar, rupanya ada 4 jin dah ikut dia. Maka bermulalah cerita si akil ni dengan jin-jin tu, ahha!

Aku tengok cerita ni dengan family aku semalam. Anak sulung aku memang sukalah dengan cerita-cerita macam ni. Ada 1 babak tu, cerita pasal si jendul nak mintak tolong dengan akil untuk ambik semula loceng yang dukun tu dah tanam. Si jendul ni, watak jin kecik tu. Dia ceritalah, dia mula berkawan (menganggu) ada seorang budak ni.

Budak ni main waktu maghrib, lepas tu dia jumpa loceng, terus dia ambik bawak balik rumah. Itulah orang tua-tua ada pesan, jangan main waktu maghrib sebab waktu inilah banyak benda tak elok kan? Lepas pada itu, terus dia kena ganggu dengan jin ni.

Aku pun cakaplah dengan anak sulung aku (baru berumur 4 tahun),

“ha, nampak tak kenapa ayah dengan ibu tak suka anak-anak ayah main waktu maghrib, sebab benda-benda macam ni la. Itu bukan kawan, itu lawan. Dia benda tak baik! Jangan sesekali berkawan dengan benda macam ni, tengok muka dia, bukan elok”

Anak aku,

“aaa.. aaa”

Bila aku tengok Drama ni, dia cerita yang jin-jin ni semua “tinggal” dalam 1 “rumah”. Orang melayu kita, yelah, orang-orang lama *termasuklah orang-orang baru* banyak yang pakai cincin, betul tak? Ada yang pakai sekadar suka-suka dan ada yang pakai bersebab. Orang kata “ada isi”. Kadang bila kita tengok orang yang pakai cincin ni, kita boleh jadi suka/selesa dengan orang ni. Kadang tu, kita boleh rasa takut pulak.

Kenapa?

Mungkin Drama Jangan Ikut aku ni ada penjelasannya. Jawapannya adalah kerana ada yang menghuninya! Pasti ada yang marah aku bila aku cakap macam ni, kerana kata mereka, drama ni tak betul. Yang tinggal di dalam cincin tu bukan berwajah macam tu. Bentuk mereka juga lain. Tu Cuma drama je.

Benar tu abang-abang semua. Cuma aku hanya memberi penjelasan yang mana bila orang kata mereka pakai cincin yang ada isi, inilah perumpaannya. Cuma yang membezakannya adalah “Khadam-khadamnya”. J

Eh! Aku pernah tengok 1 video dekat Youtube. Lama dulu. Rasanya benda tu berlaku dekat negara jiran. Lelaki ni kena tembak, tapi tak lut! Bukan sekali, tapi banyak kali! Bayangkan, manusia kena tembak, tapi tak mati, kan pelik bunyinya? Kemudian datang seorang lelaki, dia buat apa tah, lelaki ni tercedera. Lepas tu orang tangkap dia dan cabut apa tah dekat jari lelaki ni (rasa aku cincin) lepas tu video tu habis.

“Aku baca komen dekat bawah video tu, ada orang kata lelaki ni mati. Ada pula yang komen, lelaki ni kebal sebab cincin dia”

Aku jugak pernah dengar orang dulu-dulu cerita pasal cincin yang ada isi ni. Ada orang yang dapat kuasa luar biasa bila dia hadap ramai orang (bergaduh). Ceritanya, dia sorang, bergaduh dengan ramai orang tapi tak ada apa-apa. Kiranya macam ada kuasa luarbiasa.

Memang kalau kita bercerita pasal benda-benda macam ni, ada yang cakap benda mengarut, tapi itulah hakikatnya. Rasanya, kalau zaman 90an atau kebawah, benda macam ni bukan sesuatu yang pelik. Tapi sekarang, kalau kita bercerita, mesti orang akan gelak kita balik, sebab mengarut katanya. Hehehe.

Apa pun, Cuma nak beritahu, benda-benda macam ni ada je dekat negara kita ni. Cumanya susah nak jumpa dah la. Dan ada benda yang “betul” dalam drama Jangan Ikut aku ni. Bagi mereka yang faham, fahamlah kan. Bagi mereka yang tak faham dan tak percaya, aku Cuma mampu cakap, selamat menonton. Hehehehe.

Apa itu rabies dan kesannya kepada manusia.

Apa itu rabies dan kesannya kepada manusia | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesempatan untuk aku menulis. Dah baca cerita sebelum ini mengenai Jangan jadikan income Lynk.my sebagai income bulanan? Baiklah, hari ini aku nak kongsikan mengenai 1 wabak/situasi yang setakat ini telah meragut 4 nyawa. Ianya adalah mengenai rabies atau penyakit anjing gila dan juga kesannya kepada manusia.

Apa itu penyakit anjing gila dan kesannya kepada manusia?


Rabies adalah sejenis penyakit zoonotic yang disebabkan oleh jangkitan virus dari genus lyssavirus yang boleh menjangkiti semua jenis mamalia. Maknanya, jika seekor anjing terkena penyakit ini, lepas tu dia gigit manusia, penyakit ini boleh berjangkit pula kepada manusia. Dan symptom yang kerap dikesan adalah melibatkan perubahan kelakuan, kerosakan saraf, lumpuh dan yang lebih teruk lagi, akan menyebabkan kematian!

Penyakit ini boleh berjangkit melalui luka gigitan, luka yang terbuka pada kulit, cairan atau tisu tubuh yang terjangkit. Dan daripada bacaan singkat aku, tempoh inkubasi boleh cecah sampai 6 bulan dan ianya akan berakhir bilamana haiwan/manusia yang terjangkit itu mati. Seram kan?

Lepas tu, anjing yang kena rabies ni ada tahap dia pulak. Kena yang tahap kritikal/agresif, dia akan gigit semua haiwan lain (mungkin dia rasa tertekan sebab dia kena rabies & nak semua haiwan lain juga terjangkit! Mungkin J), manusia dan juga benda bergerak yang ada dekat sekeliling dia. Lepas tu dia akan lumpuh dan akhirnya mati.

Terfikir juga aku, kalau dia nampak kereta yang sedang bergerak, mungkin dia akan kejar dan gigit juga! mungkin. J

Yang sebenarnya, wabak ini boleh dikawal dengan kerjasama dari semua pihak. Bagi mereka yang ada membela anjin, pemiliknya perlu membawa haiwan mereka ke klinik veterinar dan dapatkan suntikan vaksin rabies untuk haiwan peliharaan mereka.

Apa itu rabies dan kesannya kepada manusia.

Selain itu, pemilik juga harus mengurung atau mengawal haiwan peliharaan mereka. Jangan dibiarkan bercampur dengan anjing liar yang mungkin ada daripadanya telah terjangkiti rabies. Kalau dia kena gigit kemudian dia balik rumah, dia gigit pulak tuan dia, dah jadi lagi teruk, kan?

Dan bagi orang awam pula, boleh melaporkan kepada pihak berwajib jika terdapat banyak anjing liar berdekatan rumah atau kawasan anda. Aku pun rasa macam nak buat aduan bila secara tiba-tiba aku nampak banyak anjing dekat area taman perumahan aku. Serius weh! Tetiba banyak anjing. Sungguh aku pelik!

Kena faham ya, walaupun penyakit rabies/anjing gila ni boleh dicegah 100% melalui kaedah perubatan yang betul, tapi lebih daripada 55,000 orang terutamanya daripada Africa dan asia maut setiap tahun dengan purata kematian adalah 10minit seorang. Dan kanak-kanak adalah mereka yang berisiko tinggi dijangkiti penyakit ini.

Dan apa yang lebih penting sekarang ni adalah, kita kena sama-sama menjaga. Kalau nampak ada anjing yang macam tak betul je, terus buat aduan. Jangan sampai dah tergantuk baru nak tergandah. Sebabnya, penyakit rabies ini boleh dikatakan sama bahaya dengan penyakit kencing tikus! Semoga kita semua dijauhkan dari segala macam perkara yang tidak kita semua ingini ya! amin.

buat duit dengan lynk.my

Jangan jadikan income Lynk.my Sebagai income bulanan | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah baca ke cerita mengenai #7 Tips berhenti kerja dan memulakan perniagaan sendiri?  Kali ini aku nak kongsikan pula cerita mengenai salah satu cara buat duit online menggunakan Lynk.my. Mungkin ramai yang dah tahu cara ini dan mungkin juga ada yang belum tahu mengenai perkara ini, aku akan cuba jelaskan dengan cara yang mudah agar semua senang faham, ok.

Aku bermula buat duit dengan lynk.my pada bulan Feb 2017. Kira-kira 5 bulan yang lalu. Masih terlalu baru jika dibandingkan dengan orang lain. Dan kenapa aku join buat duit dengan lynk ni sebabnya mudah. Ya! tersangatlah mudah buat duit online cara ini!

Korang Cuma perlu copy URL daripada cerita-cerita viral kemudian tukarkan kepada link yang ringkas di lynk.my dan kongsikan dalam laman sosial korang. Dan korang akan di bayar bagi setiap klik yang terhasil! Mudah kan?

Ok. Kalau korang berminat nak buat duit dengan lynk.my, korang boleh je register dekat SINI dan register secara percuma!

Ok, cukup setakat itu. Sekarang aku nak kongsikan pula cerita mengenai Jangan jadikan income Lynk.my Sebagai income bulanan. Kalau kita tengok dekat laman web lynk, kita mesti akan perasan mengenai kaedah pembayaran yang mana pembayaran akan dilakukan selepas 14 hari kita cashout. Dan atas alasan inilah, ada dari kalangan pemain lynk ingin menjadikan income daripada lynk ini sebagai income bulanan.

Nasihat aku, jangan sesekali berfikiran seperti itu!

Ini adalah kerana, selepas pemantauan aku, aku akan memperolehi bayaran pada setiap 28hb. Cashout 28hb dan dapat duit pada 28hb juga. Maknanya bukan 14 hari la kan? Ini adalah berdasarkan pengalaman aku, ianya mungkin berbeza dengan pengalaman rakan-rakan yang lain.

Kalau kita tengok dekat page lynk.my, ada pemain-pemain lynk yang meluahkan rasa mereka. Mungkin mereka terpaksa menunggu terlalu lama bagi mendapatkan wang mereka. Mungkin juga ada yang meletakkan pendapatan daripada lynk ini sebagai pendapatan bulanan mereka.

Jadi, bila duit lambat masuk, dah tentulah kita akan rasa tertekan kan? Bohonglah kalau aku cakap aku tak tertekan kan? Duit kut! Tapi macam yang aku ada beritahu tadi, jangan letakkan income dari lynk ni sebagai income bulanan. Macam seorang kawan aku ni cakap la,

Buat duit dengan lynk.my ni ibarat macam suka-suka je buat duit. Tapi kalau dah income dekat 1.5k, itu bukan suka-suka lagi kan?

Apa pun, lynk.my ni memang salah satu daripada cabang buat duit online yang mudah. Dan jangan tak percaya ya, ada pemain-pemain lynk yang boleh hasilkan income 4 angka sebulan dengan cara ini. Dengar memang seronok kan? Nak buat yang susah tu! Eh! Tak susah mana la, senang je. Aku boleh tolong tunjukkan caranya, yang penting register dulu  dekat sini : lynk.my/register. Kemudian boleh email aku, aku akan cuba ajarkan mana yang termampu ya! hehehe. J

Tips Berhenti Bekerja Dan Berniaga

#7 Tips berhenti kerja dan memulakan perniagaan sendiri. #3 Sangat penting! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesempatan untuk menulis. Hari ini, aku nak menulis pula mengenai Tips Berhenti Bekerja Dan Berniaga. Sudah pasti mereka yang sudah lama makan gaji samada bekerja dengan swasta mahupun kerajaan, pasti akan memasuki zon di mana, rasa hati tu membuak-buak je nak berhenti. Ianya mungkin kerana mereka sudah terlalu bosan dengan kerja mereka ataupun bosan dengan tangga gaji yang langsung tidak menampakkan kesan yang positif.

Kenapa aku cakap tangga gaji yang tidak menampakkan kesan yang positif?

Cuba bayangkan, kalau korang dah memberikan perkhidmatan bertahun lamanya. Ambil contoh, 15 tahun!  Tapi tangga gaji korang lebih kurang sama dengan mereka yang bekerja 10 tahun atau lebih rendah daripada itu. Apa perasaan korang? Sudah tentu rasa tertekan bukan? Dan pastinya jalan yang terbaik adalah dengan cari kerja lain ataupun memulakan perniagaan.

Tapi antara sedar atau tidak, hampir kebanyakkan mereka yang berhenti kerja dengan alasan ini (yang pada mulanya ingin memulakan perniagaan) akan mencari kerja makan gaji semula. Kenapa? Sebabnya mereka tak buat perancangan yang teliti terlebih dahulu sebelum berhenti kerja. Bila dah tersilap langkah, jalan terbaik adalah dengan kerja makan gaji semula.

Dan hari ini, ahha! Aku nak kongsikan panduan dan #7 Tips berhenti kerja dan memulakan perniagaan sendiri. #3 Sangat penting! yang mungkin akan membantu kita semua termasuklah aku kalau-kalau ada rancangan nak berhenti kerja makan gaji ya.

#1. Selesaikan hutang terlebih dahulu.

Benda pertama yang kita kena buat adalah, selesaikan hutang terlebih dahulu. Korang percaya tak, antara sebab kenapa ramai yang berfikir banyak kali sebelum berhenti kerja adalah kerana hutang-hutang yang mereka ada. Contohnya hutang kereta. Bila nak berhenti kerja je, mesti fikir,

Kalau berhenti kerja makan gaji nanti, nak bayar hutang macamana? Hutang rumah, kereta, macam-macam lagi.

Jadi adalah dinasihatkan untuk kita selesaikan hutang terlebih dahulu sebelum buat keputusan berhenti kerja. Bukanlah kata kena selesaikan semua hutang yang ada. Contohnya hutang rumah. Bukan sikit-sikit kan? Jadi selesaikan hutang yang termampu dahulu contohnya hutang kereta dan lain-lain.

Bila hutang kurang, kita nak berhenti kerja pun mudah sebab tak perlu fikir apa-apa. kan? Bukanlah kata semua hutang tu tak bagus. Ada hutang yang boleh jadikan kita jadi lebih kaya tau! Untuk tajuk itu, di lain hari aku tulis ya! hehehe.

#2. Rendahkan komitmen kewangan bulanan.

Kalau sewaktu makan gaji, komitmen kewangan bulanan kita lebih kurang RM3k, ianya mungkin kerana belanja-belanja yang ada. Mungkin selepas berhenti kerja, kita boleh kurangkan belanja bulanan kepada RM2k atau lebih rendah daripada itu. Mungkin kena kurangkan makan luar atau jalan-jalan di bandar sambil shopping.

Bila kos sara hidup rendah, kita tak adalah tertekan sangat nak cari duit ketika berniaga kan? Hidup di bawah kemampuan kata orang. Bila semuanya cukup stabil, dunia umpama milik anda! J

#3. Perlu ada simpanan kewangan setahun.

Ini paling penting. Kalau nak berhenti kerja, kena ada simpanan kewangan setahun. Paling kurang pun 6 bulan, kenapa? Ini jawapannya.

Kalau korang ada simpanan kewangan selama setahun. Ini bermakna korang boleh hidup tanpa bekerja selama setahun! Kalau 6 bulan, maka korang akan bertahan tanpa sebarang kerja selama 6 bulan.

Bukanlah kata, tak perlu kerja. Dah niat nak berhenti sebab nak berniaga, jadi perlulah berniaga kan? Cumanya, bila ada simpanan setahun, korang ada masa, juga selama setahun untuk kukuhkan perniagaan korang tanpa rasa sakit kepala nak hadap itu ini. Ha, korang faham tak apa yang aku cuba sampaikan ni? hehehe.

#4. Mulakan perniagaan terlebih dahulu.

Jangan berhenti kerja dan baru berfikir nak berniaga. Kebanyakkan orang tersilap langkah dekat sini. Nak berhenti kerja makan gaji dan berniaga, tapi tak tahu nak meniaga apa. Jadi bila dah berhenti kerja, tak tahu nak buat apa. Akhirnya kerja makan gaji semula.

Jadi, pastikan korang jalankan perniagaan terlebih dahulu dan pastikan juga, pendapatan perniagaan korang lebih tinggi daripada pendapatan kerja makan gaji korang. Ini sangat penting!

#5. Kena ada perancangan/ hala tuju bisnes yang teliti.

Sebelum berhenti kerja dan memulakan perniagaan sendiri, korang kena tahu, apakah hala tuju korang dalam bisnes. Kena tahu step-step yang diperlukan untuk berjaya dalam perniagaan. Dan apa yang lebih penting adalah, kena tahu matlamat korang dengan lebih jelas! Bila ada matlamat yang jelas, insyaAllah, korang pasti berjaya (Termasuklah aku) J

#6. Sediakan backup plan.

Orang cakap, sediakan payung sebelum hujan. Kalau korang dah merancang untuk melakukan plan A, jika ianya suatu masa nanti mengalami masalah, korang boleh teruskan pula dengan Plan B. Pendek kata, kena persiapkan diri dengan pelbagai ilmu. Nak bagi korang faham dengan konsep ini cukup mudah.

Kalau sebelum ni, jenama nokia cukup gah! Semua pakai nokia. Tapi sekarang ni dah cukup susah nak jumpa orang pakai nokia. Banyak pakai Oppo. Dan tak mustahil suatu hari nanti, orang dah tak pakai Oppo, orang akan pakai jenama lain. Jadi, kena persiapkan diri dengan pelbagai ilmu.

#7. Bina networking yang luas.

Bila kita buat keputusan untuk berhenti kerja, ini bukanlah bermakna hubungan kita dengan rakan-rakan sekerja juga putus. Hubungan yang baik itu perlu di teruskan. Sebabnya, sewaktu bekerja makan gaji dulu, kita ada masa berbual dengan rakan-rakan, ada masa bersukan dengan rakan-rakan tapi lepas berhenti kerja, masa kita akan banyak di rumah.

Nak bersukan kurang, apa semua pun kurang. Jadi dalam sedar tak sedar, hidup kita akan terasing. Dan dalam sedar tak sedar juga, akan sampai masanya, motivasi kita akan menurun. Lagi pulak, jika kita berniaga offline. Bila kawan hilang, kita terpaksa cari kawan-kawan baru dan terpaksa buat networking baru.

Dan akhir sekali Tips Berhenti Bekerja Dan Berniaga yang aku boleh kongsikan adalah, rapatkan diri dengan yang maha Esa. Apa pun yang kita usahakan di dalam dunia ini, haruslah kita sentiasa kembali kepada sang pencipta. Bertawakal. Kita mahukan 1 kehidupan yang diredhai Allah. Kita pasti mahukan kehidupan yang aman. Jadi sentiasa ingat Allah dalam apa jua keadaan. Ok? Baiklah, rasanya, ini sahaja tips yang aku boleh kongsikan untuk semua. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua ya!

Jana income USD dengan media sosial

Jana income USD dengan media sosial | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesempatan untuk menulis di sini. Dah baca ke cerita mengenai seorang rakan blogger yang kekurangan dana untuk kes beliau? Semoga Alllah membantu beliau dalam semua hal yang diperlukan ya. Baiklah, hari ini aku ingin bercerita pula bagaimana kita boleh jana income USD hanya dengan menggunakan medium media sosial.

Baiklah, kalau dalam cerita aku ni, aku menggunakan medium blog. Tapi bukan sekadar blog sahaja yang boleh jana income dengan USD ni, tapi dengan media sosial yang lain pun boleh, contohnya facebook dan Instagram.

Yang sebenarnya, benda ni dah lama dah orang buat, cumanya masih belum meluas dan ramai yang tak percaya. Mungkin mereka cakap benda ni tipu je. Tapi bila sekali mereka dah dapat income USD, barulah mereka akan percaya yang jana income USD dengan media sosial ni tersangatlah mudah! Ya! Sangat mudah!

Ok! Aku nak bercerita mengenai cara buat duit dengan blog. Di lain hari, mungkin aku akan kongsikan pula cara buat duit dengan facebook dan Instagram pula ya. baiklah! Ayuh lanjutkan bacaan korang! J

Aku pernah dapat income USD hanya dengan menulis di blog. Walaupun jumlahnya tidak mencecah 4 angka, tapi memang berbaloi. Rasa seronok sangat waktu tu. Ha, sebelum tu, kalau korang nak main duit USD ni, korang kenalah ada paypal. Nak buat account paypal ni senang je, tak susah mana pun. J

Di antara cara untuk buat duit dengan blog adalah dengan menggunakan adsense. Rasanya, kalau sebut adsense dengan mana-mana blogger, semua akan tahu benda ni. Nak buat duit dengan adsense memang best tapi nak apply account adsense yang susah tu.

Ada yang 3 hari dah lulus, ada yang 3 bulan pun tak lulus-lulus, jadi bersabarlah ye. Bak kata kawan aku, Allah belum nak bagi rezeki lagi tu. Hehehe.

Ada yang tanya, buat duit dengan adsense tu macamana? Nak kena promote ke? Eh! Tak perlu, korang apply dan letak je dalam blog. Biarkan iklan tu bergerak dengan sendirinya. Kemudian, jika ada pembaca yang klik iklan adsense korang, korang akan dapat duit dari situ. Lagi banyak orang klik, lagi banyaklah korang dapat, macam tu.

Trik buat duit dengan adsense.


Ahha! Bercakap memang mudah, letak iklan kemudian dapat duit, tapi kalau orang tak klik, dah letak iklan berbulan lamanya, tapi income USD dengan adsense takda juga, macamana? Mesti rasa kecewa kan? Sebenarnya, ada trik nak buat duit dengan adsense ni.

Trik yang banyak dikongsikan para pemain adsense seluruh dunia. Dan apakah trik tersebut?

Mudah sahaja, kenal pasti apakah High Paying Keyword For adsense.


Jana income USD dengan media sosial

Bila kita dah kenal pasti apakah High CPC for adsense tu, kita tulis la pasal benda tu. Ambil contoh, insurance. Keyword ini antara keyword termahal adsense. Buat 1 blog pasal insurance. Dan letak iklan adsense. 1 klik iklan tu boleh sampai 0.80USD. Itu kira sikitlah, kalau korang tengok dalam carta, ada yang dapat lebih daripada tu! Bayangkan 1 klik sahaja, korang dah dibayar dengan jumlah macam tu.

Kalau 10 klik sehari? Kalau 50 klik sehari? Bayangkan pula sebulan, dah berapa?

Bila kita tahu dan fokus pada bagaimana nak jana income USD dengan adsense ni, barulah kita faham betapa mudahnya nak dapat duit USD ni. Ada rakan-rakan blogger yang mengeluh, kata mereka tersangatlah susah nak buat duit dengan adsense ni sebab duit tak naik-naik. Kena tahu juga, nak cashout adsense, minimum kena ada USD100. Bukan sikit kan?

Nasihat aku, nak jana income dengan Adsense, blog kena ada niche. Dan niche tu mestilah daripada High CPC adsense. Bila korang menulis menggunakan keyword yang “MAHAL” sudah pastilah korang juga akan dibayar dengan mahal. Sekarang dah jelas kan? Aku doakan semua akan berjaya jana income USD  dengan media sosial dan berjaya dapat akaun adsense termasuklah aku. hehehhe. Amin. J

Hanya kerana dia kekurangan dana

Hanya kerana dia kekurangan dana.. | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah baca ke perkongsian cerita aku sewaktu kecil dulu, jika belum, boleh baca cerita mengenai Dapat upah lipat sejadah di masjid. Di waktu ini, aku nak kongsikan sedikit cerita mengenai seorang rakan blogger, yang telah di saman oleh 1 jenama produk kecantikan kerana 1 perkongsian dalam blog dia lama dulu.

Dekat sini, apa yang aku nampak kenapa kita semua perlu jadi kaya.

Ya! Bercakap sahaja memang mudah. Tapi jika dengan usaha yang gigih dan dengan cara yang betul, pasti berhasil. Pada aku, tiada salahnya dengan penulisan rakan blogger ni. Dia pun ambil daripada sumber lain dan dikongsikan dalam blog beliau. Yang menghairankan kami adalah, kenapa tidak syarikat kecantikan ini menyaman sahaja akhbar yang menulis cerita tu? Kenapa saman blogger pula?

Dekat sini dah boleh nampak pengaruh blogger dalam bidang penulisan di malaysia.

Jadi apa kaitan kena jadi kaya dengan cerita blogger ni? Kaitannya adalah bila kau ada duit, kau boleh lawan orang yang ada duit. Dalam kes ini, rakan blogger ini kekurangan dana. Dan jumlah saman yang dikenakan kepada beliau bukan sedikit, makan juta jugak!

Itulah siapa suruh tulis benda-benda macam ni lagi.

Dia menulis bukan sebab dia mereka-reka cerita, tapi ada kebenarannya. KKM sendiri dah keluarkan kenyataan, jika rasa semua ini salah, saman sahajalah KKM kan? Kenapa perlu saman rakan blogger ni, betul tak? Sampai ke sekarang ini sebenarnya aku berfikir, kenapa perlu saman blogger yang kongsikan cerita daripada sumber yang lain?

Kalau korang follow fb rakan blogger ni, korang pasti perasan dengan luahan rasa daripada blogger ni. Yelah, kena datang mahkamah yang jauh daripada rumah, kemudian dengan anak dia lagi, dengan belanja lain lagi, macam-macam. Dan macam biasa orang akan cakap,

Siapa suruh tulis lagi, sekarang rasakan!

Sekali lagi aku nak ulang, dia tulis berdasarkan sumber yang ditulis di akhbar dan juga kenyataan yang dikeluarkan oleh KKM. Jadi, jika rasa kenyataan itu salah, boleh kemukakan saman pada pihak ini. Apa pun, benda dah jadi kan, rakan blogger ni sedang mencari pelbagai bentuk bantuan untuk membantu beliau berhadapan dengan kes saman ni.

Bila melibatkan kes duit yang banyak, sudah pastilah lawannya juga duit. Tiada masalah sebenarnya kalau rakan blogger ni ada banyak duit. Dia di pihak yang benar, jadi boleh je lawan. Lantik mana-mana peguam terbaik untuk mewakili dia, kemudian lawan. Tapi, dia kekurangan dana. Jadi agak susah jugak dia dalam kes ini.

Apa pun, Kami rakan-rakan blogger sudah pasti menyokong beliau. Dan sudah pasti doa kami mengiringi dia. Jangan risau sis! Anda berada di pihak yang benar. Allah pasti membantu anda! insyaAllah. Amin.

Dapat upah lipat sejadah di masjid

Dapat upah lipat sejadah di masjid | Assalamualaikum dan selamat pagi. Alhamdulilah masih di berikan kesempatan untuk menulis. Kali ini aku nak ceritakan pengalaman aku sewaktu sekolah dulu. Waktu itu, memang tak rasa nak cari duit pun, Cuma suka-suka je. Tapi dapat RM3 waktu itu pun dah cukup seronok dah. Yelah, tahun 1998-1999, nilai RM3 pada budak-budak waktu itu dah cukup banyak dah.

Cerita dia, setiap kali selepas solat jumaat, akan ada banyak sejadah di luar masjid. Aku dengan beberapa orang, akan tunggu lepas semua orang selesai solat. Bila dah kosong, aku dengan beberapa rakan akan memulakan kerja. Kami akan gulung semua tikar dan sejadah yang ada. Al-maklumlah, solat jumaat kan ramai orang, jadi banyaklah sejadah dan tikar yang digunakan.

Jadi aku dengan beberapa rakan lain akan lipat dan susun semua tikar yang dah digunakan tu dan letak dengan baik dekat tempat dia. Tikar jenis gulung tu bukan kecil, sebab bila kita dah gulung dia, dia akan jadi besar. Jadi teringatlah aku waktu tu, badan aku waktu tu kecil je, ada hati nak angkat tikar besar, confirmlah tak terangkat kan? hahaha.

Jadi semuanya kena buat secara berpasukan, macam tu. Hahahha.

Bila dah siap kumpulkan semua tikar dan sejadah, kami akan berkumpul dalam ruangan masjid. Beratur panjang-panjang. Kalau ramai, ramailah kan. kalau sedikit, tak payah beratur pun. Cumanya, kalau ramai, dapatlah sedikit sorang, kalau sedikit, dapatlah kami lebih sikit.

Biasanya, kalau tak ramai orang, kami akan dapat dalam RM3 sorang. Dapat duit syiling emas tu, yang nilai RM1 tu. Ingat tak? Siapa ada simpan lagi duit tu? Hehehe. Kalau ramai orang, dapatlah dalam RM2 macam tu.

Bila dah dapat duit tu, apa lagi, ke kedailah kami. Budak-budak, mana ada rasa nak menyimpan duit kan. eh! RM3 waktu itu, macam-macam boleh beli. memang kenyang perut makan. Tapi, yelah, budak-budak kan, apa je yang terfikir nak beli waktu tu, cuba budak-budak sekarang kita tanya, kalau mereka ada duit mereka nak beli apa, dah tentulah jawapan mereka kadang-kadang buat kita tergelak, kadang-kadang buat kita rasa malas nak dengar, hahahha.

Apa pun, kenangan macam inilah yang kadang-kadang memang susah kita nak lupakan. Dan pastinya setiap daripada kita mesti ada kenangan yang menarik waktu kecil kan? Dan sekarang, bila kita dah ada anak-anak kecil, mesti kita akan tergelak bila tengok anak-anak kita membesar dengan macam-macam perkara, kan? Indahnya waktu kecil dulu. Hmmm.

Newer Posts
Older Posts

Find Here

Translate

Terima Kasih!

Powered by Blogger.

Cerita Lama

  • ►  2022 (23)
    • ►  October (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (10)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2021 (108)
    • ►  December (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (14)
    • ►  May (8)
    • ►  April (17)
    • ►  March (19)
    • ►  February (19)
    • ►  January (21)
  • ►  2020 (82)
    • ►  December (4)
    • ►  November (7)
    • ►  October (1)
    • ►  September (7)
    • ►  August (6)
    • ►  July (4)
    • ►  May (7)
    • ►  April (6)
    • ►  March (12)
    • ►  February (17)
    • ►  January (11)
  • ►  2019 (50)
    • ►  December (5)
    • ►  November (6)
    • ►  October (13)
    • ►  September (4)
    • ►  August (2)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (10)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2018 (44)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (9)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (12)
    • ►  January (13)
  • ▼  2017 (182)
    • ►  December (7)
    • ►  November (9)
    • ►  October (24)
    • ►  September (15)
    • ►  August (26)
    • ▼  July (17)
      • Benarkah lelaki yang berambut panjang tidak boleh ...
      • Idea kreatif Dekorasi Pejabat Di Rumah
      • Mangsa ragut masuk lokap langgar peragut sampai mati!
      • #6 Tips Confirm Tak demam lepas cabut gigi geraham...
      • HANYA UNTUK MEREKA YANG BERANI! KFC ZINGER DOUBLE ...
      • Main buih sabun di Pantai klebang, Melaka
      • Cerita mengenai cincin dalam Drama Jangan Ikut Aku.
      • Apa itu rabies dan kesannya kepada manusia.
      • Jangan jadikan income Lynk.my Sebagai income bulanan.
      • #7 Tips berhenti kerja dan memulakan perniagaan se...
      • Jana income USD dengan media sosial
      • Hanya kerana dia kekurangan dana..
      • Dapat upah lipat sejadah di masjid
      • Kalau dulu 70jam sebulan, sekarang nak dapat 1 jam...
      • Selepas viral gambar gadis shell ini dicabul, akhi...
      • Indahnya beraya di desa.
      • Kembali menulis di blog Mrejoy.com.
    • ►  June (6)
    • ►  May (25)
    • ►  April (28)
    • ►  March (24)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
  • ►  2015 (19)
    • ►  October (19)

My Blog List

  • VOCKET
    SKMM Arahkan Syarikat Telekomunikasi Halang Pautan URL Dalam SMS
  • Denaihati – Blog Tips Kehidupan
    Maksud Doa qunut subuh
  • Aliff Channel
    Pengemis Warga Asing Raih Pendapatan RM500 Sehari?
  • Blog Lifestyle Otai Blogger Malaysia
    Kos Yuran Masuk ke MRSM Tingkatan 1
  • Bro Framestone
    Selebriti Hadir Memeriahkan Nostalgia Retro Raya & MAHA BUFFET di Maeps, Serdang
  • The Patriots
    Genting Bidai: Laluan Lama Selangor-Pahang
  • It's Poobritney!
    Special Announcement for All of You!
  • sayidahnapisahdotcom
    Senarai Penuh Kabinet Baru Menteri Malaysia PM Anwar 2022
  • MrEjoy
    Baru ada peluang untuk menulis..
  • Syok Makan
    5 kelebihan air rendaman kurma yang ramai tidak tahu
  • ahmadfaizal.com
    Hari Anugerah Cemerlang Budak Sekolah
  • Cik Epal
    Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
  • Maria Yusoff
    Kerabu ulam Sempoi
  • SukaShares
    Anda pasti tak percaya dengan hadiah wang tunai yang dimenangi Juara Piala Dunia 2018 ini!
  • Jutawanbitcoin
    Harga bitcoin terus naik dan menaik!
  • Makan jer Kerja! | Your Blog Description
Show 5 Show All

Trending!

  • Cara mudah tukarkan Sijil SSP BSN kepada wang tunai.
  • 3 Idea buat duit online 2017
  • Cara paling mudah tukar template blog.
  • Apakah maksud mimpi kutip duit syiling menurut islam
Blogged.my

Rakan Mrejoy

@INSTAGRAM
Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates