#6 Tips Confirm Tak demam lepas cabut gigi geraham bongsu!

Tips Confirm Tak demam lepas cabut gigi geraham bongsu!

#6 Tips Confirm Tak demam lepas cabut gigi geraham bongsu! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesempatan untuk menulis. 2-3 hari lepas aku melalui pengalaman yang mungkin mengerikan buat sesetengah orang. Cabut gigi geraham bongsu!! Waa! Tak kiralah lelaki atau perempuan, bila masuk bab gigi geraham bongsu, tak semua orang boleh tahan sakitnya! Kan? Dan hari ini, aku nak kongsikan dengan semua, pengalaman cabut gigi geraham dan yang paling best! Aku nak kongsikan dengan korang #6 Tips Confirm Tak demam lepas cabut gigi geraham bongsu!

Sebelum tu, aku nak beritahu, Yang Gigi Geraham Bongsu aku tu dah Berlubang ataupun rosak! Dia dah pecah sebelah. Macamana boleh pecah? Kan gigi geraham ni berada dekat bahagian paling belakang sekali, jadi susah nak cuci. Jadi aku bersihkan pakai jari je waktu nak gosok gigi. Agaknya, sebab aku korek kan, dia berlubang dan 1 hari tu, pecah! Sungguh! Sebelah gigi tu aku keluarkan!

Gigi Geraham Bungsu Pecah!


Lepas gigi tu dah pecah, memang aku dah tak boleh makan guna gigi sebelah kanan! Aku lupa dah berapa lama aku tak guna gigi sebelah kanan untuk makan, tapi memang lama sangat la! Bukan aku taknak guna. Ada jugak sesekali tu aku guna gigi sebelah kanan, tapi macam tak boleh gigit benda-benda kuat, kalau aku gigit jugak tahu apa akan jadi? Gigi geraham bongsu aku tu rasa macam tergelincir! Macam terkeluar daripada landasan! Dan kesannya!

Sakit yang teramat yang boleh buat air mata keluar secara tiba-tiba!

Nak dijadikan cerita, hari selasa hari tu, berlaku sesuatu yang di luar dugaan! Tah macamana, gigi geraham bongsu atas sebelah kanan aku tu sakit secara tiba-tiba! Sakit yang memang dah tak boleh bendung! Sakit sangat-sangat! Sakit yang buatkan mata ni terkedip-kedip tak boleh control! Ha, boleh bayangkan sakit dia macamana?

Aku kena waktu malam, jadi memang tak dapat tidur nyenyaklah aku malam tu! Kejap-kejap terjaga!

Esok paginya, aku buat keputusan drastik! Aku nak Cabut Gigi Geraham Bongsu atas sebelah kanan aku ni! Nak jadi apa, jadilah! Kalau sebelum ni, doktor gigi dah beritahu awal-awal, suruh aku cabut gigi tu tapi aku taknak, tapi kali ni, kalau dia cakap tak payah cabut pun, aku akan suruh dia cabut jugak! Hahahha.

Bila dah sampai klinik gigi tu, waktu tengah nak tunggu giliran tu, tiba-tiba macam-macam benda masuk dalam kepala aku ni! Antara benda yang banyak kali keluar masuk dalam minda aku ni adalah, confirm Demam Lepas Cabut Gigi geraham ni! Sebabnya aku baca cerita orang, gigi geraham ni bukan sama macam gigi biasa. Dia ada tunjang! Benda tu yang buat sakit dia lain macam tu!

Bila nama aku kena panggil je, aduh! Tiba-tiba ada rasa macam menyesal pulak datang klinik gigi! Hahaha. Tapi fikir-fikir balik, sampai bila aku nak tahan sakit gigi ni kan? Baik cabut je! Sakit cabut tu sekejap je, sakit menahan sebab tak cabut tu yang lama! Kan?

Eh! Nak kasitau koranglah, waktu nak cabut gigi geraham bongsu tu, doktor akan bius gusi korang! 2 kali! Satu bahagian luar dan satu lagi dekat bahagian dalam. Dekat bahagian luar tu, aku tak rasa sangat, tapi bila Doktor tu inject dekat bahagian gusi dalam, aku dapat rasa jarum tu masuk! Tapi korang buat rilek je sebab sakit dia kejap je! Lepas tu terus rasa kebas!

Bagaimana doktor gigi cabut gigi geraham bongsu?


Ahha! Dalam kepala aku ni, kan gigi tu dekat bahagian belakang! Jadi aku fikir doktor tu mesti pakai besi yang bukak mulut kita tu. Rupanya tak pun! Dia suruh kita bukak mulut macam tu je! Lepas doktor dah bius, dia akan pesan beberapa perkara pada kita, antaranya adalah:


  • Jangan keraskan badan dalam erti kata lainnya, kita melawan balik apa yang doktor buat kat kita.
  • Segala perlakuan doktor kita boleh rasa macam dia masukkan alat untuk cabut. Dia tekan gigi tu (untuk keluarkan gigi) dan macam-macam lagi, tu semua boleh rasa Cuma 1 je kita tak boleh rasa, iaitu sakit! Kalau kita rasa sakit, kena cepat-cepat beritahu doktor.
  • Kalau ada bunyi, prakk!! Itu juga adalah perkara biasa dan memang aku dengar bunyi prakkk! Yang kuat! Dan doktor tu cepat-cepat beritahu aku, ini perkara biasa, jadi aku terus buat rilek! Hahaha.

Ok. Lepas dah beritahu semua, dia akan mulakan proses mencabut gigi geraham kita tu. Eh! Nak cabut gigi tu tak sampai 5 minit lah! Ha! Sungguh aku cakap ni, sekejap sangat! Lepas semuanya selesai, doktor akan berikan ubat dan kita boleh pulang ke rumah! hehehe. Tapi! Ahha! Aku nak kongsikan dengan korang #6 Tips Confirm Tak demam lepas cabut gigi geraham bongsu!

Ada orang cakap, lepas cabut gigi geraham bongsu ni confirm akan demam! Tapi alhamdulilah, lepas aku cabut tu, takda demam langsung! Syukur! Dan aku juga berjaya hilangkan terus rasa sakit cabut gigi tu dalam erti kata lainnya, korang tak rasa sakit langsung! Ahha! Jom baca.

#1. Gigit kapas tu kuat-kuat.

Lepas cabut gigi geraham bongsu je, doktor akan letak kapas dekat bekas gigi tu. Ala, dia bukan kapas tapi macam jaring-jaring tu, ha. Tujuannya adalah untuk hentikan darah yang keluar. Selang 3-5 minit, korang tukar kapas baru dan yang paling penting, korang gigit kapas tu kuat-kuat! Tujuannya adalah, bila korang buat macam tu, darah akan berhenti dengan lebih cepat, tak caya, cuba buat! Ha.

#2. Jangan berkumur!

Jangan sesekali korang berkumur dalam masa 1 hari tu! Ada orang, dia berkumur sebab nak bersihkan darah. Tapi mereka tak tahu yang berkumur itu akan buatkan darah korang akan susah nak berhenti! Jadi, jangan berkumur!

#3. Makan ubat sakit lepas 1 jam!

Ahha! ini yang paling penting. Lepas 1 jam korang cabut gigi, korang terus makan ubat tahan sakit! Jangan tunggu sakit baru nak makan! Makan dulu ubat tu sebelum sakit tu sampai! Kiranya, kalau ubat bius tu habis, dia akan cover dengan ubat tahan sakit. Jadi secara automatiknya korang tak akan rasa sakit, ha!

#4. Banyakkan minum air sejuk.

Tujuannya adalah untuk hentikan darah. Korang jangan sesekali ambil minuman panas. Sebab benda ni akan buatkan darah korang mengalir lagi laju! Jadi, banyakkan minum air sejuk! Lagi banyak ais, lagi bagus. Confirm darah akan cepat je berhenti.

#5. Jangan cuba-cuba nak usik guna jari atau lidah.

Ini benda memang orang suka buat. Kononnya nak rasa ruang yang takda gigi tu la. Dalam sedar tak sedar, benda ni akan buatkan korang lebih menderita!! Sebabnya adalah, bila korang usik pakai lidah, ianya akan buatkan darah mengalir semula. Dan yang lebih teruk lagi, kalau korang usik guna jari!
Eh! Tah mana-mana korang pegang, lepas tu usik dekat situ. Mana tahu ada kuman ke, kan? Dah jadi lebih teruk!

#6. Rehat secukupnya.

Dan akhir sekali, lepas cabut gigi tu, rehatlah dengan secukupnya. Ini memang penting. Macam aku, aku cabut gigi petang, malam tu aku baring je. Doktor gigi akan keluarkan surat MC kalau korang cabut gigi waktu bekerja, jadi jangan risau ya! Ambil je MC dan berehat di rumah, ok?

Oklah! Rasanya cukup cerita pasal pengalaman cabut gigi geraham dan tips untuk elakkan demam lepas cabut gigi ni. Aku dah buat semua ni dan alhamdulilah, memang sangat berkesan. Dan apa yang lebih penting adalah, jangan makan makanan yang keras ya! Ambil soft food dalam masa beberapa hari ni. Bila korang rasa semuanya dah ok, korang makanlah apa yang korang nak makan. Hehehe.

2 ulasan:

  1. Haha, sakit waktu bius je kan..pstu kebas je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup. dia bius 2 kali kan? tapi sekejap je sakit tu..hehehe

      Padam