Apa itu rabies dan kesannya kepada manusia.

Apa itu rabies dan
kesannya kepada manusia | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah,
masih diberikan kesempatan untuk aku menulis. Dah baca cerita sebelum ini
mengenai Jangan jadikan income Lynk.my sebagai income bulanan? Baiklah, hari ini aku nak kongsikan mengenai 1
wabak/situasi yang setakat ini telah meragut 4 nyawa. Ianya adalah mengenai
rabies atau penyakit anjing gila dan juga kesannya kepada manusia.
Apa itu penyakit anjing gila dan kesannya kepada manusia?
Rabies adalah sejenis penyakit zoonotic yang disebabkan oleh
jangkitan virus dari genus lyssavirus yang boleh menjangkiti semua jenis
mamalia. Maknanya, jika seekor anjing terkena penyakit ini, lepas tu dia gigit
manusia, penyakit ini boleh berjangkit pula kepada manusia. Dan symptom yang
kerap dikesan adalah melibatkan perubahan kelakuan, kerosakan saraf, lumpuh dan
yang lebih teruk lagi, akan menyebabkan kematian!
Penyakit ini boleh berjangkit melalui luka gigitan, luka
yang terbuka pada kulit, cairan atau tisu tubuh yang terjangkit. Dan daripada
bacaan singkat aku, tempoh inkubasi boleh cecah sampai 6 bulan dan ianya akan
berakhir bilamana haiwan/manusia yang terjangkit itu mati. Seram kan?
Lepas tu, anjing yang kena rabies ni ada tahap dia pulak. Kena
yang tahap kritikal/agresif, dia akan gigit semua haiwan lain (mungkin dia rasa
tertekan sebab dia kena rabies & nak semua haiwan lain juga terjangkit! Mungkin
J), manusia dan juga
benda bergerak yang ada dekat sekeliling dia. Lepas tu dia akan lumpuh dan
akhirnya mati.
Terfikir juga aku, kalau dia nampak kereta yang sedang bergerak, mungkin dia akan kejar dan gigit juga! mungkin. J
Yang sebenarnya, wabak ini boleh dikawal dengan kerjasama
dari semua pihak. Bagi mereka yang ada membela anjin, pemiliknya perlu membawa
haiwan mereka ke klinik veterinar dan dapatkan suntikan vaksin rabies untuk haiwan
peliharaan mereka.

Selain itu, pemilik juga harus mengurung atau mengawal
haiwan peliharaan mereka. Jangan dibiarkan bercampur dengan anjing liar yang
mungkin ada daripadanya telah terjangkiti rabies. Kalau dia kena gigit kemudian
dia balik rumah, dia gigit pulak tuan dia, dah jadi lagi teruk, kan?
Dan bagi orang awam pula, boleh melaporkan kepada pihak
berwajib jika terdapat banyak anjing liar berdekatan rumah atau kawasan anda.
Aku pun rasa macam nak buat aduan bila secara tiba-tiba aku nampak banyak
anjing dekat area taman perumahan aku. Serius weh! Tetiba banyak anjing. Sungguh
aku pelik!
Kena faham ya, walaupun penyakit rabies/anjing gila ni boleh
dicegah 100% melalui kaedah perubatan yang betul, tapi lebih daripada 55,000
orang terutamanya daripada Africa dan asia maut setiap tahun dengan purata
kematian adalah 10minit seorang. Dan kanak-kanak adalah mereka yang berisiko
tinggi dijangkiti penyakit ini.
Dan apa yang lebih penting sekarang ni adalah, kita kena
sama-sama menjaga. Kalau nampak ada anjing yang macam tak betul je, terus buat
aduan. Jangan sampai dah tergantuk baru nak tergandah. Sebabnya, penyakit
rabies ini boleh dikatakan sama bahaya dengan penyakit kencing tikus! Semoga kita
semua dijauhkan dari segala macam perkara yang tidak kita semua ingini ya!
amin.
0 Comments