Indahnya beraya di desa.
Indahnya beraya di
desa | Bila sebut hari raya aidilfitri, sudah pastinya ianya amat terkesan
pada anak-anak perantauan seperti aku. Maklumlah, aku hanya berkesempatan untuk
pulang ke kampung waktu musim perayaan panjang macam cuti hari raya aidilfitri
ni. Kalau nak balik hari-hari biasa rasa tak best pula sebab perjalanan dari Melaka
ke kedah tu bukan sekejap. Kiranya sampai naik boringlah atas lebuhraya tu. Hehehe.
Yang sebenarnya, agak lama juga aku tidak pulang ke kampung
ni. Aku ada sebab aku yang tersendiri kenapa agak lama aku tidak pulang ke
kampung. Tapi, syukur alhamdulilah, kali ini, kami beraya dengan tambahan
seorang lagi rezeki daripada yang maha esa. Kiranya penutup lah. Alhamdulilah,
syukur padamu ya Allah kerana kurniakan kepada aku dan isteri 3 orang anak yang
sihat-sihat belaka. J
Oklah. Indahnya beraya di desa! Aku sebenarnya suka balik
kampung arwah mak aku. Sebabnya 1 adalah lokasinya yang menarik dan keduanya,
aku memang rapat dengan sedara mara sebelah arwah ibu aku. Orang kata kalau nak
buat filem dekat sini pun cantik. Dengan pemandangan sawah yang terbentang luas,
memanglah tenang mata ni memandang kan?
Yang sebenarnya, bila sampai usia-usia macam ni, keseronokan
tu dah berkurang dah. Lebih kepada anak-anak je yang seronok. Tapi yelah,
anak-anak sekarang kan, bukan macam anak-anak dulu. Aku dulu kalau balik kampung,
dalam sawah diamnya. Tapi sekarang, duduk rumah jelah diarang. Tengok TV, main
game. Adeh.
Aku mulanya memang nak ajar anak-anak aku ni. Main dekat
sawah, mancing ikan dekat tali air, mandi sungai, tapi yelah, mereka pun kecil
lagi kan. Macam tak sesuai pula nak ajar buat tu semua, jadi kita tunggulah
mereka semua ni besar sikit barulah aku dedahkan mereka dengan
aktiviti-aktiviti menyeronokkan dekat kampung.
1 Comments
Cantiknya view.
ReplyDeleteKampung kat mana tu?