Cerita mengenai cincin dalam Drama Jangan Ikut Aku.

Cerita mengenai cincin dalam Drama Jangan Ikut Aku

Cerita mengenai cincin dalam Drama Jangan Ikut Aku | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesempatan untuk menulis. Dah baca cerita mengenai Apa itu rabies dan kesannya kepada manusia? Semoga kita semua akan dijauhkan dari segala perkara yang tidak kita semua ingini. Baik! Dah tengok Drama Tv3 yang bertajuk Jangan ikut aku? Aku baru berkesempatan tengok semalam. Jadi hari ini, kita ulas ya! hehehe.

Drama Slot Seramedi TV3, Jangan Ikut Aku!


Ok. Aku bagi ringkasan jelah mengenai drama ini ya. Cerita Jangan Ikut Aku ni tentang seorang lelaki yang kena ikut dengan 4 jin. Cerita dia bermula selepas Akil (Pelakon utama kena gatal-gatal sebab buang air kecil dalam hutan). Lepas tu dia balik kampung nak berubat. Dia ada jumpa dengan seorang dukun ni, dan dukun ni pun katalah dia nak ubatkan Akil sebab katanya dan kena ganggu.

Esoknya dia datang, dia jumpa air dengan cincin dekat rumah dukun ni. Dia ingat untuk dia la benda tu, jadi dia ambil dan pakai. Dalam dia sedar tak sedar, rupanya ada 4 jin dah ikut dia. Maka bermulalah cerita si akil ni dengan jin-jin tu, ahha!

Aku tengok cerita ni dengan family aku semalam. Anak sulung aku memang sukalah dengan cerita-cerita macam ni. Ada 1 babak tu, cerita pasal si jendul nak mintak tolong dengan akil untuk ambik semula loceng yang dukun tu dah tanam. Si jendul ni, watak jin kecik tu. Dia ceritalah, dia mula berkawan (menganggu) ada seorang budak ni.

Budak ni main waktu maghrib, lepas tu dia jumpa loceng, terus dia ambik bawak balik rumah. Itulah orang tua-tua ada pesan, jangan main waktu maghrib sebab waktu inilah banyak benda tak elok kan? Lepas pada itu, terus dia kena ganggu dengan jin ni.

Aku pun cakaplah dengan anak sulung aku (baru berumur 4 tahun),

“ha, nampak tak kenapa ayah dengan ibu tak suka anak-anak ayah main waktu maghrib, sebab benda-benda macam ni la. Itu bukan kawan, itu lawan. Dia benda tak baik! Jangan sesekali berkawan dengan benda macam ni, tengok muka dia, bukan elok”

Anak aku,

“aaa.. aaa”

Bila aku tengok Drama ni, dia cerita yang jin-jin ni semua “tinggal” dalam 1 “rumah”. Orang melayu kita, yelah, orang-orang lama *termasuklah orang-orang baru* banyak yang pakai cincin, betul tak? Ada yang pakai sekadar suka-suka dan ada yang pakai bersebab. Orang kata “ada isi”. Kadang bila kita tengok orang yang pakai cincin ni, kita boleh jadi suka/selesa dengan orang ni. Kadang tu, kita boleh rasa takut pulak.

Kenapa?

Mungkin Drama Jangan Ikut aku ni ada penjelasannya. Jawapannya adalah kerana ada yang menghuninya! Pasti ada yang marah aku bila aku cakap macam ni, kerana kata mereka, drama ni tak betul. Yang tinggal di dalam cincin tu bukan berwajah macam tu. Bentuk mereka juga lain. Tu Cuma drama je.

Benar tu abang-abang semua. Cuma aku hanya memberi penjelasan yang mana bila orang kata mereka pakai cincin yang ada isi, inilah perumpaannya. Cuma yang membezakannya adalah “Khadam-khadamnya”. J

Eh! Aku pernah tengok 1 video dekat Youtube. Lama dulu. Rasanya benda tu berlaku dekat negara jiran. Lelaki ni kena tembak, tapi tak lut! Bukan sekali, tapi banyak kali! Bayangkan, manusia kena tembak, tapi tak mati, kan pelik bunyinya? Kemudian datang seorang lelaki, dia buat apa tah, lelaki ni tercedera. Lepas tu orang tangkap dia dan cabut apa tah dekat jari lelaki ni (rasa aku cincin) lepas tu video tu habis.

“Aku baca komen dekat bawah video tu, ada orang kata lelaki ni mati. Ada pula yang komen, lelaki ni kebal sebab cincin dia”

Aku jugak pernah dengar orang dulu-dulu cerita pasal cincin yang ada isi ni. Ada orang yang dapat kuasa luar biasa bila dia hadap ramai orang (bergaduh). Ceritanya, dia sorang, bergaduh dengan ramai orang tapi tak ada apa-apa. Kiranya macam ada kuasa luarbiasa.

Memang kalau kita bercerita pasal benda-benda macam ni, ada yang cakap benda mengarut, tapi itulah hakikatnya. Rasanya, kalau zaman 90an atau kebawah, benda macam ni bukan sesuatu yang pelik. Tapi sekarang, kalau kita bercerita, mesti orang akan gelak kita balik, sebab mengarut katanya. Hehehe.

Apa pun, Cuma nak beritahu, benda-benda macam ni ada je dekat negara kita ni. Cumanya susah nak jumpa dah la. Dan ada benda yang “betul” dalam drama Jangan Ikut aku ni. Bagi mereka yang faham, fahamlah kan. Bagi mereka yang tak faham dan tak percaya, aku Cuma mampu cakap, selamat menonton. Hehehehe.

Tiada ulasan