Dapat upah lipat sejadah di masjid

Dapat upah lipat
sejadah di masjid | Assalamualaikum dan selamat pagi. Alhamdulilah masih di
berikan kesempatan untuk menulis. Kali ini aku nak ceritakan pengalaman aku
sewaktu sekolah dulu. Waktu itu, memang tak rasa nak cari duit pun, Cuma suka-suka
je. Tapi dapat RM3 waktu itu pun dah cukup seronok dah. Yelah, tahun 1998-1999,
nilai RM3 pada budak-budak waktu itu dah cukup banyak dah.
Cerita dia, setiap kali selepas solat jumaat, akan ada
banyak sejadah di luar masjid. Aku dengan beberapa orang, akan tunggu lepas
semua orang selesai solat. Bila dah kosong, aku dengan beberapa rakan akan
memulakan kerja. Kami akan gulung semua tikar dan sejadah yang ada.
Al-maklumlah, solat jumaat kan ramai orang, jadi banyaklah sejadah dan tikar
yang digunakan.
Jadi aku dengan beberapa rakan lain akan lipat dan susun
semua tikar yang dah digunakan tu dan letak dengan baik dekat tempat dia. Tikar
jenis gulung tu bukan kecil, sebab bila kita dah gulung dia, dia akan jadi
besar. Jadi teringatlah aku waktu tu, badan aku waktu tu kecil je, ada hati nak
angkat tikar besar, confirmlah tak terangkat kan? hahaha.
Jadi semuanya kena buat secara berpasukan, macam tu. Hahahha.
Bila dah siap kumpulkan semua tikar dan sejadah, kami akan
berkumpul dalam ruangan masjid. Beratur panjang-panjang. Kalau ramai, ramailah
kan. kalau sedikit, tak payah beratur pun. Cumanya, kalau ramai, dapatlah
sedikit sorang, kalau sedikit, dapatlah kami lebih sikit.
Biasanya, kalau tak ramai orang, kami akan dapat dalam RM3
sorang. Dapat duit syiling emas tu, yang nilai RM1 tu. Ingat tak? Siapa ada
simpan lagi duit tu? Hehehe. Kalau ramai orang, dapatlah dalam RM2 macam tu.
Bila dah dapat duit tu, apa lagi, ke kedailah kami. Budak-budak,
mana ada rasa nak menyimpan duit kan. eh! RM3 waktu itu, macam-macam boleh
beli. memang kenyang perut makan. Tapi, yelah, budak-budak kan, apa je yang
terfikir nak beli waktu tu, cuba budak-budak sekarang kita tanya, kalau mereka
ada duit mereka nak beli apa, dah tentulah jawapan mereka kadang-kadang buat
kita tergelak, kadang-kadang buat kita rasa malas nak dengar, hahahha.
Apa pun, kenangan macam inilah yang kadang-kadang memang
susah kita nak lupakan. Dan pastinya setiap daripada kita mesti ada kenangan
yang menarik waktu kecil kan? Dan sekarang, bila kita dah ada anak-anak kecil,
mesti kita akan tergelak bila tengok anak-anak kita membesar dengan macam-macam
perkara, kan? Indahnya waktu kecil dulu. Hmmm.
Tags:
Cerita MrEjoy
0 comments