Hanya kerana dia kekurangan dana..

Hanya kerana dia kekurangan dana.. | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah baca ke perkongsian cerita aku sewaktu kecil dulu, jika belum, boleh baca cerita mengenai Dapat upah lipat sejadah di masjid. Di waktu ini, aku nak kongsikan sedikit cerita mengenai seorang rakan blogger, yang telah di saman oleh 1 jenama produk kecantikan kerana 1 perkongsian dalam blog dia lama dulu.
Dekat sini, apa yang
aku nampak kenapa kita semua perlu jadi kaya.
Ya! Bercakap sahaja memang mudah. Tapi jika dengan usaha
yang gigih dan dengan cara yang betul, pasti berhasil. Pada aku, tiada salahnya
dengan penulisan rakan blogger ni. Dia pun ambil daripada sumber lain dan
dikongsikan dalam blog beliau. Yang menghairankan kami adalah, kenapa tidak
syarikat kecantikan ini menyaman sahaja akhbar yang menulis cerita tu? Kenapa saman
blogger pula?
Dekat sini dah boleh nampak pengaruh blogger dalam bidang penulisan di malaysia.
Jadi apa kaitan kena jadi kaya dengan cerita blogger ni? Kaitannya
adalah bila kau ada duit, kau boleh lawan orang yang ada duit. Dalam kes ini,
rakan blogger ini kekurangan dana. Dan jumlah saman yang dikenakan kepada
beliau bukan sedikit, makan juta jugak!
Itulah siapa suruh tulis benda-benda macam ni lagi.
Dia menulis bukan sebab dia mereka-reka cerita, tapi ada
kebenarannya. KKM sendiri dah keluarkan kenyataan, jika rasa semua ini salah,
saman sahajalah KKM kan? Kenapa perlu saman rakan blogger ni, betul tak? Sampai
ke sekarang ini sebenarnya aku berfikir, kenapa perlu saman blogger yang kongsikan
cerita daripada sumber yang lain?
Kalau korang follow fb rakan blogger ni, korang pasti perasan
dengan luahan rasa daripada blogger ni. Yelah, kena datang mahkamah yang jauh
daripada rumah, kemudian dengan anak dia lagi, dengan belanja lain lagi,
macam-macam. Dan macam biasa orang akan cakap,
Siapa suruh tulis lagi, sekarang rasakan!
Sekali lagi aku nak ulang, dia tulis berdasarkan sumber yang
ditulis di akhbar dan juga kenyataan yang dikeluarkan oleh KKM. Jadi, jika rasa
kenyataan itu salah, boleh kemukakan saman pada pihak ini. Apa pun, benda dah
jadi kan, rakan blogger ni sedang mencari pelbagai bentuk bantuan untuk
membantu beliau berhadapan dengan kes saman ni.
Bila melibatkan kes duit yang banyak, sudah pastilah
lawannya juga duit. Tiada masalah sebenarnya kalau rakan blogger ni ada banyak
duit. Dia di pihak yang benar, jadi boleh je lawan. Lantik mana-mana peguam
terbaik untuk mewakili dia, kemudian lawan. Tapi, dia kekurangan dana. Jadi agak
susah jugak dia dalam kes ini.
Apa pun, Kami rakan-rakan blogger sudah pasti menyokong
beliau. Dan sudah pasti doa kami mengiringi dia. Jangan risau sis! Anda berada di
pihak yang benar. Allah pasti membantu anda! insyaAllah. Amin.
0 Comments