HANYA UNTUK MEREKA YANG BERANI! KFC ZINGER DOUBLE DOWN!
Kalau tengok pada iklan KFC DOUBLE DOWN ni, ada seorang
lelaki, bercakap dengan penuh yakin, hanya untuk mereka yang berani! Hanya ayam
tanpa roti! Sudahnya pada akhirnya, bila wife dia call, takut juga dia! hahaha.
Apa la, muka ganas, cakap garang tapi takut bini, ehh!
Oklah, selepas “termakan” dengan iklan tu, aku ajak wife
pergi restoran KFC. Haruslah kita cuba rasa kan, katanya untuk mereka yang
berani sahaja, kalau tak rasa menu baru ni, terasa macam penakut pula, eh! Ada macam
tu? Takdalah, gurau je! Hehehe.
Memang aku rasa sangat teruja nak rasa menu baru ni,
memandangkan aku memang peminat fanatic KFC! Beli double down pun guna drive
thru sebab malas nak beratur dekat restoran. Ahha! Bila dah dapat, beginilah
rupa dia KFC : DOUBLE DOWN!
Bila dah dapat, aku selak-selak juga daging ayam tu, nak
tengok apa yang ada dekat dalam. Daging ayam di lapis dengan cheese dan
kepingan ayam! Wahh! Nampak sedap kan? Maka teruslah aku dengan gigitan
pertama! Ohh!!
Ini yang mampu aku katakan
selepas mencuba KFC ZINGER DOUBLE DOWN!
Biasa sahaja! Aduh! Aku rasa biasa je menu terbaru ni, dan
maaf juga aku katakan, aku tak habis makan! Aku makan separuh dan aku bagi
dekat wife aku makan lagi separuh! Keterujaan aku habis macam tu je. Expectation
aku, menu ini akan jadi menu ulangan aku sama seperti aku cuba New KFC Wrap Hot & zesty dulu. Kalau boleh hari-hari
aku nak makan.
Kecewa memang kecewa, tapi bak kata wife aku, mungkin tak
sedap dekat tekak aku tapi sedap dekat tekak orang lain, kan? Jadinya, apa yang
aku mampu katakan, daripada pendapat aku sendiri, KFC ZINGER DOUBLE DOWN ni
biasa-biasa sahaja, tiada yang menariknya.
Apa pun, ini adalah pendapat aku semata-mata. Mungkin
berbeza dengan korang, dan kalau korang nak tahu macamana rasanya menu terbaru
daripada KFC ni, korang kenalah mencubanya dahulu ya! orait, jumpa lagi dalam
review akan datang. J
Tags:
review
3 comments
Tengok gambar nampak macam menyelerakan , CCL kena cuba nih
ReplyDeletewow sedap kan.
ReplyDeletetak sedap. hahaha
Delete