Benarkah lelaki yang berambut panjang tidak boleh ikat rambut? - MrEjoy

Post Top Ad

ad

Jul 31, 2017

Benarkah lelaki yang berambut panjang tidak boleh ikat rambut?

Hukum Lelaki Ikat Rambut Panjang

Benarkah lelaki yang berambut panjang tidak boleh ikat rambut? | Assalamualaikum dan selamat petang. Kali ini nak sentuh topik lelaki berambut panjang pula. Sebab ada rakan yang beritahu, lelaki yang berambut panjang tak boleh ikat rambut dia. Persoalannya sekarang, Benarkah lelaki yang berambut panjang tidak boleh ikat rambut?  Dan apakah Hukum Lelaki Berambut Panjang Menurut Islam. Jom kita selidik dan fahami bersama-sama.

Bila bercerita mengenai lelaki yang berambut panjang, pasti ramai yang mengaitkan ia dengan lelaki paling agung di dunia, Nabi Muhammad S.A.W. Dikatakan rambut Nabi Muhammad S.AW panjang hingga ke bahu dan apabila pendek sampai ke cuping telinganya. Dan kalau dipanjangkan tidak apa-apa.

Dan bila masuk bab lelaki yang berambut panjang, ramai sebenarnya yang tidak suka. Katanya persis seperti wanita! Jadi adalah lebih elok lelaki berambut pendek supaya nampak lebih kemas. Persoalannya sekarang, apakah salah seorang lelaki itu berambut panjang? Jawapannya sudah tentu tidak kan?

Apabila seseorang lelaki itu berambut panjang, ramai yang menafsirnya sebagai salah seorang daripada pemain alat muzik, atau mungkin bekerja sendiri, atau mungkin kerja kilang, atau mungkin tak kerja! Menganggur! Sebabnya? Kalau kerja baik-baik, tiadanya yang berambut panjang, betul tak? Persoalan lagi, salah ke lelaki berambut panjang?

Kalau tengok fashion sekarang, lelaki dengan gaya rambut top knot dan manbun. Gaya ini memerlukan seorang lelaki tu berambut panjang. Dan mereka kena ikat rambut tu. Dan persoalan lagi, apakah Hukumnya Lelaki Ikat Rambut Panjang? Ini yang aku dan mungkin semua mesti faham. Kita belajar sama-sama dan betulkan jika ada salah silapnya pada diri kita ya.

Hukum Lelaki berambut panjang

Hukum Lelaki Ikat Rambut Panjang.


Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas r.a bahawasanya ia melihat 'Abdullah bin al-Harits sedang mengerjakan solat sementara rambutnya terikat kebelakang. Segera Ibnu Abbas bangkit dan menguraikan ikatan rambutnya. 

Lepas solat Abdullah pergi ke Ibnu Abbas dan berkata ; "ada apa dengan rambutku ?"

Ibnu Abbas berkata sesungguhnya aku mendengar Rasullulah bersabda, " Sesungguhnya perumpamaanya adalah seperti orang yang solat dengan tangan terikat".

Banyak sebenarnya cerita mengenai hukum lelaki yang mengikat rambut panjang. Dan setelah aku benar-benar faham, Rasullulah sendiri tidak mengemari mana-mana lelaki yang mengikat rambut panjang mereka.

Dalam Kitab Mukhtasar Shamail Tirmizi ada membincangkan tentang rambut Rasullullah S.A.W. Dalam kitab tersebut ada menyebutkan bahawa Rasullullah biasanya berambut panjang dan adalah haram bagi orang lelaki untuk membuat tocang (mengikat rambut) seperti orang perempuan.

Rasullullah telah melaknat orang lelaki yang melakukannya iaitu cuba menyerupai wanita. Jadi, tidak dibenarkan bagi orang lelaki untuk membuat tocang (mengikat rambut) seperti orang perempuan.

Hukum Lelaki Ikat Rambut Panjang

Hukum lelaki yang mengikat rambut mereka ketika bersolat.


Daripada Ibnu 'Abbas bahawasanya sabda Rasullulah S.A.W :

"Aku telah diperintahkan(oleh Allah) untuk sujud tujuh anggota tubuh yg utama termasuk dahi. dan beliau pada masa yg sama menunjukkan ke arah hidung, tapak tangan, kaki, dan jari jemari kaki. serta (diperintahkan) untuk tidak mengikat rambut serta tidak mengumpulkannya(menggulung/melipat) pakaian."

Kata ustaz Azhar idrus, sunat untuk melepaskan di dalam dan luar solat. Ini adalah kerana, sewaktu kita sujud, rambut tersebut akan turut sama bersujud. Dan sekali lagi dia ingatkat, rambut lelaki yang panjang hanya sekadar di paras bahu dan jangan sesekali menyerupai wanita.

Jadinya sekarang semuanya dah jelas kan dengan hukum lelaki yang berambut panjang serta hukum lelaki yang mengikat rambut mereka? Supaya dengan perkongsian ini, dapatlah kita faham. Jangan hanya kerana fashion, kita abaikan segala hukum hakam yang lain. J

2 comments:

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here