Jana income USD dengan media sosial

Jana income USD
dengan media sosial | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah,
masih diberikan kesempatan untuk menulis di sini. Dah baca ke cerita mengenai
seorang rakan blogger yang kekurangan dana untuk kes beliau? Semoga Alllah membantu beliau dalam semua hal yang
diperlukan ya. Baiklah, hari ini aku ingin bercerita pula bagaimana kita boleh
jana income USD hanya dengan menggunakan medium media sosial.
Baiklah, kalau dalam cerita aku ni, aku menggunakan medium
blog. Tapi bukan sekadar blog sahaja yang boleh jana income dengan USD ni, tapi
dengan media sosial yang lain pun boleh, contohnya facebook dan Instagram.
Yang sebenarnya, benda ni dah lama dah orang buat, cumanya
masih belum meluas dan ramai yang tak percaya. Mungkin mereka cakap benda ni
tipu je. Tapi bila sekali mereka dah dapat income USD, barulah mereka akan
percaya yang jana income USD dengan media sosial ni tersangatlah mudah! Ya!
Sangat mudah!
Ok! Aku nak bercerita mengenai cara buat duit dengan blog. Di
lain hari, mungkin aku akan kongsikan pula cara buat duit dengan facebook dan Instagram
pula ya. baiklah! Ayuh lanjutkan bacaan korang! J
Aku pernah dapat income USD hanya dengan menulis di blog. Walaupun
jumlahnya tidak mencecah 4 angka, tapi memang berbaloi. Rasa seronok sangat
waktu tu. Ha, sebelum tu, kalau korang nak main duit USD ni, korang kenalah ada
paypal. Nak buat account paypal ni senang je, tak susah mana pun. J
Di antara cara untuk buat duit dengan blog adalah dengan
menggunakan adsense. Rasanya, kalau sebut adsense dengan mana-mana blogger,
semua akan tahu benda ni. Nak buat duit dengan adsense memang best tapi nak
apply account adsense yang susah tu.
Ada yang 3 hari dah lulus, ada yang 3 bulan pun tak lulus-lulus, jadi bersabarlah ye. Bak kata kawan aku, Allah belum nak bagi rezeki lagi tu. Hehehe.
Ada yang tanya, buat duit dengan adsense tu macamana? Nak kena
promote ke? Eh! Tak perlu, korang apply dan letak je dalam blog. Biarkan iklan
tu bergerak dengan sendirinya. Kemudian, jika ada pembaca yang klik iklan
adsense korang, korang akan dapat duit dari situ. Lagi banyak orang klik, lagi
banyaklah korang dapat, macam tu.
Trik buat duit dengan adsense.
Ahha! Bercakap memang mudah, letak iklan kemudian dapat
duit, tapi kalau orang tak klik, dah letak iklan berbulan lamanya, tapi income
USD dengan adsense takda juga, macamana? Mesti rasa kecewa kan? Sebenarnya, ada
trik nak buat duit dengan adsense ni.
Trik yang banyak dikongsikan para pemain adsense seluruh
dunia. Dan apakah trik tersebut?
Mudah sahaja, kenal pasti apakah High Paying Keyword For adsense.

Bila kita dah kenal pasti apakah High CPC for adsense tu,
kita tulis la pasal benda tu. Ambil contoh, insurance. Keyword ini antara
keyword termahal adsense. Buat 1 blog pasal insurance. Dan letak iklan adsense.
1 klik iklan tu boleh sampai 0.80USD. Itu kira sikitlah, kalau korang tengok
dalam carta, ada yang dapat lebih daripada tu! Bayangkan 1 klik sahaja, korang
dah dibayar dengan jumlah macam tu.
Kalau 10 klik sehari? Kalau 50 klik sehari? Bayangkan pula sebulan, dah berapa?
Bila kita tahu dan fokus pada bagaimana nak jana income USD
dengan adsense ni, barulah kita faham betapa mudahnya nak dapat duit USD ni.
Ada rakan-rakan blogger yang mengeluh, kata mereka tersangatlah susah nak buat
duit dengan adsense ni sebab duit tak naik-naik. Kena tahu juga, nak cashout
adsense, minimum kena ada USD100. Bukan sikit kan?
Nasihat aku, nak jana income dengan Adsense, blog kena ada
niche. Dan niche tu mestilah daripada High CPC adsense. Bila korang menulis
menggunakan keyword yang “MAHAL” sudah pastilah korang juga akan dibayar dengan
mahal. Sekarang dah jelas kan? Aku doakan semua akan berjaya jana income
USD dengan media sosial dan berjaya
dapat akaun adsense termasuklah aku. hehehhe. Amin. J
2 Comments
Perkongsian yg menarik :)
ReplyDeletePernah buat adsense ni. Memang menarik.
ReplyDelete