Jangan jadikan income Lynk.my Sebagai income bulanan.

Jangan jadikan income
Lynk.my Sebagai income bulanan | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah baca
ke cerita mengenai #7 Tips berhenti kerja dan memulakan perniagaan
sendiri? Kali ini aku nak kongsikan pula
cerita mengenai salah satu cara buat duit online menggunakan Lynk.my. Mungkin
ramai yang dah tahu cara ini dan mungkin juga ada yang belum tahu mengenai
perkara ini, aku akan cuba jelaskan dengan cara yang mudah agar semua senang
faham, ok.
Aku bermula buat duit dengan lynk.my pada bulan Feb 2017. Kira-kira
5 bulan yang lalu. Masih terlalu baru jika dibandingkan dengan orang lain. Dan kenapa
aku join buat duit dengan lynk ni sebabnya mudah. Ya! tersangatlah mudah buat
duit online cara ini!
Korang Cuma perlu copy URL daripada cerita-cerita viral kemudian tukarkan kepada link yang ringkas di lynk.my dan kongsikan dalam laman sosial korang. Dan korang akan di bayar bagi setiap klik yang terhasil! Mudah kan?
Ok. Kalau korang berminat nak buat duit dengan lynk.my,
korang boleh je register dekat SINI dan register secara percuma!
Ok, cukup setakat itu. Sekarang aku nak kongsikan pula
cerita mengenai Jangan jadikan income
Lynk.my Sebagai income bulanan. Kalau kita tengok dekat laman web lynk, kita
mesti akan perasan mengenai kaedah pembayaran yang mana pembayaran akan
dilakukan selepas 14 hari kita cashout. Dan atas alasan inilah, ada dari
kalangan pemain lynk ingin menjadikan income daripada lynk ini sebagai income
bulanan.
Nasihat aku, jangan sesekali berfikiran seperti itu!
Ini adalah kerana, selepas pemantauan aku, aku akan
memperolehi bayaran pada setiap 28hb. Cashout 28hb dan dapat duit pada 28hb
juga. Maknanya bukan 14 hari la kan? Ini adalah berdasarkan pengalaman aku,
ianya mungkin berbeza dengan pengalaman rakan-rakan yang lain.
Kalau kita tengok dekat page lynk.my, ada pemain-pemain lynk
yang meluahkan rasa mereka. Mungkin mereka terpaksa menunggu terlalu lama bagi
mendapatkan wang mereka. Mungkin juga ada yang meletakkan pendapatan daripada
lynk ini sebagai pendapatan bulanan mereka.
Jadi, bila duit lambat masuk, dah tentulah kita akan rasa
tertekan kan? Bohonglah kalau aku cakap aku tak tertekan kan? Duit kut! Tapi
macam yang aku ada beritahu tadi, jangan letakkan income dari lynk ni sebagai
income bulanan. Macam seorang kawan aku ni cakap la,
Buat duit dengan lynk.my ni ibarat macam suka-suka je buat duit. Tapi kalau dah income dekat 1.5k, itu bukan suka-suka lagi kan?
Apa pun, lynk.my ni memang salah satu daripada cabang buat
duit online yang mudah. Dan jangan tak percaya ya, ada pemain-pemain lynk yang
boleh hasilkan income 4 angka sebulan dengan cara ini. Dengar memang seronok
kan? Nak buat yang susah tu! Eh! Tak susah mana la, senang je. Aku boleh tolong
tunjukkan caranya, yang penting register dulu
dekat sini : lynk.my/register. Kemudian boleh email aku, aku akan cuba
ajarkan mana yang termampu ya! hehehe. J
3 Comments
camne nk email bos
ReplyDeleteboleh email saya di :
Deletepowersofman@gmail.com
bulan mei lynk sudah buat hal tidak membayar dan sudah tutup
ReplyDelete