Kalau dulu 70jam sebulan, sekarang nak dapat 1 jam pun susah..

Kalau dulu 70jam sebulan, sekarang nak dapat 1 jam pun susah.. | Assalamualaikum dan selamat pagi. Alhamdulilah, hari ini diberikan kesempatan untuk menulis sedikit di blog mrejoy.com. Lama juga rasanya “bercuti” daripada menulis ni. Semuanya disebabkan kesibukan pada perniagaan online. Alhamdulilah rezeki semakin bertambah selepas join 1 bisnes dropship ni. Alhamdulilah. Baiklah, hari ini aku nak kongsikan sedikit perihal kerja hakiki aku. Ianya sekadar perkongsian kosong sahaja.
Ceritanya, kalau dulu, aku mampu buat kerja overtime
sehingga 70jam sebulan. Hari-hari buat overtime. Hujung minggu pun masuk kerja.
Hinggakan kena curi-curi masa dengan anak-anak. Keluar kerja pagi, anak-anak
masih tidur. Pulang kerja malam, anak-anak pun dah masuk tidur, macam tu lah
rutin kerja aku sebelum ini.
Bukan tak biasa dengar anak-anak cakap, ayah tu asyik kerja je.
Kadang tu memang rasa sedih pun ada. Yelah, mereka nak
membesarkan. Kita takda depan mata diarang. Kalau kita nak beritahu yang kita
kerja ni pun untuk diarang, bukan diarang tahu pun kan. Yang diarang tahu,
diarang nak kita depan mata diarang, duduk tengok diarang main pun takpa. Anak-anak
macam itulah kan?
Tapi tak tahu kenapa, 2-3 bulan ni, aku nak ambil overtime 1
jam pun teramat lah susah. Bukanlah kata kerja tu tiada. Ataupun bajet overtime
tahunan syarikat dah kena potong. Tapi sebab aku yang malas nak buat kerja
overtime. Bayangkan, kalau sebelum ni, memang maintain 70jam sebulan, tapi
sekarang nak buat 1jam pun susah. Tak ke mendadak turunnya tu? Kan?
Semua ini berlaku kerana aku dah semakin malas!
Ya! Aku rasa tertekan! Pada aku, masa kerja yang bermula
pagi sampai petang tu pun dah cukup lama. Habis je kerja, aku kena cepat-cepat
keluar! Tak boleh duduk lama, nanti aku stress! Macam dah tak boleh terima lagi
apa yang ada dekat sini, rasa muak pun ada! huhuhuhu.
Kata orang, ini symptom dah malas kerja makan gaji.
Memang pun, aku rasa macam dah mula bosan dengan kerja makan
gaji ni. Di tambah lagi dengan basic gaji yang kalau aku beritahu pun, korang
tak akan percaya! Yelah, syarikat besar! Terkemuka dunia. pujian demi pujian di
terima pengguna. Hakikatnya kami di sini sahaja yang tahu. Pasrah!
Kawan-kawan baik pun dah beri nasihat. Katanya, sebelum
semuanya jadi lebih parah, aku kena buat sesuatu. Yelah, anak bukan sorang
walaupun isteri sorang je, eh!. Rumah dan kereta serta tanggungan lain. Semua kena
fikir juga tu.
InsyaAllah, bumi Allah itu luas. Rezeki itu ada di
mana-mana, asalkan kita rajin berusaha dan melihat peluang yang ada sebaik
mungkin. Ada usaha pasti ada kejayaan. InsyaAllah. Harapan aku juga, adalah
juga doa dari korang semua untuk aku ya! J
0 Comments