Kembali menulis di blog Mrejoy.com.

Kembali menulis di
blog Mrejoy.com | Alhamdulilah. Setelah bercuti lebih kurang 11 hari atau
lebih! Hari ini, aku berkesempatan menulis kembali di blog ini. Ramai juga
bertanya pada aku (ramai ke? J)
apa sudah jadi dengan blog sebelum ini, kenapa dah hilang dari radar? Jawapannya
mudah sahaja, kerana ada perubahan yang aku inginkan. Ada sesuatu yang perlu
aku lakukan demi masa depan yang lebih cerah. Eh? Hehehe.
Baiklah. Kenapa aku semakin kurang menulis di blog ketika
ini? Banyak sebenarnya jawapan kepada persoalan itu. Nak senaraikan satu-satu aku
malas, jadi aku cuba terangkan secara ringkas mungkin ok. Baiklah, kenapa aku
semakin kurang menulis di blog ketika ini? jawapannya aku adalah:
Aku terlalu sibuk dengan perniagaan online! ahha! itu
jawapan paling tepat sebenarnya. Sungguh aku sekarang ni lebih fokus pada
bisnes online aku. alhamdulilah, selepas serius menceburi perniagaan online,
rezeki dari Allah itu melimpah ruah. Bukan nak kata apa, kalau sebelum ini, nak
keluarkan duit untuk sesuatu perkara tu, aku kena fikir banyak kali, tapi
sekarang alhamdulilah. Sentiasa ada rezeki dengannya.
Nak belanja anak isteri makan, adik beradik rasa mudah je,
tidak seperti sebelum ini. Benarlah ajaran islam itu, kalau kita mahu rezeki
kita luas, perbanyakkanlah sedekah. Bukanlah aku kata aku ni tidak bersedekah
sebelum ni, ada juga, tapi tidak seperti sekarang. Semua ini hanya kerana
perniagaan online yang sedang aku buat sekarang, alhamdulilah. Dan atas sebab
itulah aku semakin kurang di blog dan lebih banyak di facebook dan juga Instagram.
Dan atas kesempatan yang Allah berikan pada aku juga, aku
berniat untuk bantu mereka-mereka yang nak buat bisnes online tapi tak mahu
keluar modal! Seperti mana peluang yang aku dapat, seperti itulah aku nak beri
pada orang lain. Cuma masanya belum tiba lagi kerana aku sedang mengukuhkan lagi
perniagaan ini dan bila sampai masanya nanti, aku akan kongsikan dengan
mereka-mereka yang berminat, insyaAllah.
Rasanya setakat itu sahajalah perkongsian aku buat masa ini.
Aku doakan agar rezeki korang juga akan bertambah dari hari ke hari,
insyaAllah. Dan nak juga pesan, jika mahukan rezeki yang tidak putus-putus,
rajin-rajinlah bersedekah ya. J
Tags:
Cerita MrEjoy
0 comments