Main buih sabun di Pantai klebang, Melaka - MrEjoy

Post Top Ad

ad

Jul 20, 2017

Main buih sabun di Pantai klebang, Melaka

Main buih sabun di Pantai klebang, Melaka

Main buih sabun di Pantai klebang, Melaka | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah masih diberikan kesempatan untuk menulis lagi. Dah baca ke cerita mengenai cincin dalam drama Seramedi terbaru TV3, Jangan Ikut Aku? Baiklah, hari ini aku nak cerita sedikit mengenai aktiviti hujung minggu aku bersama keluarga. Yang sebenarnya hari tu, tak terfikir pun nak Main buih sabun dekat pantai klebang Melaka ni, tapi disebabkan aktiviti tu je yang aku rasa sesuai, jadi aku layankan jelah anak-anak aku main.

Memang nampak cantik je kan kalau banyak buih sabun dekat pantai. Lagi pulak kalau yang besar-besar. Kalau buat background gambar perkahwinan ke atau gambar album ke, memang cantik. Mulanya aku Cuma melayan anak aku je. Jenis mereka, kalau si abang dapat 1, si adik pun nak 1, tak mahunya diarang berkongsi! Bab itu aku tension!

Jadinya, kenalah aku bagi kedua-duanya. Si abang dan si adik main buih sabun yang kecil. Harganya RM5. Dapatlah 1 mangkuk sabun yang pada aku boleh main banyak kali dan puas pada mereka. Mulanya agak susah sikit nak jadi sabun tu sebab yelah, budak-budak, bukan dia tahu sangat. Puas jugaklah aku nak mengajarnya.

Main buih sabun di Pantai klebang, Melaka

Main buih sabun di Pantai klebang, Melaka

Kemudian dalam pada mengajar tu, jadi seronok pulak! Bila dah seronok apa lagi, terpaksalah aku beli untuk orang dewasa pulak! Yang sebenarnya ada 3 jenis bentuk buih sabun yang kita beli (lupa pulak aku nak ambil gambar).

  • Bentuk kecil, sesuai untuk budak-budak. (Harga RM5)
  • Boleh keluar sabun banyak-banyak. Kiranya sekali korang angkat je tali tu, boleh keluar sampai 5 atau lebih buih sabun! Jadi memang cantik sebab banyak kan? (Harga RM7)
  • Bentuk besar! Kiranya besar dia tu, korang boleh masuk dalam dia lah! Ha, besarkan? Aku ambil yang inilah! Memang best. Hehehe. (Harga RM10)

Main buih sabun di Pantai klebang, Melaka

Main buih sabun di Pantai klebang, Melaka

Bila mula main buih sabun dekat pantai klebang ni, memang tak jadi. Puas jugak adik yang jual ni ajar aku buat buih sabun yang besar, tapi bila dah banyak kali buat, baru menjadi! Hahahaha! Lepas jadi je, aku pulak yang melebih daripada anak-anak aku, sampaikan aku ambil air sabun diarang! Wahahahaha!

Mulanya nak bagi anak-anak seronok, sudahnya semuanya seronok termasuklah wife aku yang tengah dukung anak bongsu aku tu. Adeh! Penuh sabun dekat kepala dia sebab kejarkan buih sabun yang besar tu pastu pecahkan, hahaha. Terus teringatkan waktu kecik-kecik dulu, yang kita beli buih sabun dalam botol kecil pastu tiup-tiup tu, ha, korang mesti ingatkan? Hehehe.

Bila semua air sabun dah habis, aku pun apa lagi, cepat-cepat kemas dan ajak anak aku balik. Sebabnya, benda-benda macam ni memang leka dibuatnya. Kalau dilayan, mahu sampai ke malam jadinya kang (tapi ada ke orang main sabun buih waktu malam?). Apa pun, kalau korang datang ke Melaka, apa kata singgah ke pantai klebang kemudian layan main buih sabun, memang best! Hehehe.

6 comments:

  1. bestnya anak- ank main kat sini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best. ada gambar yang anak-anak saya siap bukak baju. tapi tak ada la saya masukkan dalam blog. hehehe.

      Delete
  2. Best ni tempat picnic ngan keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. kalau hujung minggu memang ramai orang dekat sini. hehehe

      Delete

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here