Mangsa ragut masuk lokap langgar peragut sampai mati!

Mangsa ragut masuk lokap langgar peragut sampai mati! | Assalamualaikum dan selamat pagi. Alhamdulilah, masih diberikan kesempatan untuk menulis hari ini. Dah baca tips untuk elakkan demam selepas cabut gigi geraham? Oklah, hari ini nak menulis mengenai Mangsa ragut yang masuk lokap selepas melanggar mati perangut yang meragutnya! Aduh! Yelah, siapa yang tak sakit hati kan, senang-senang je nak ambil duit orang. Dengan keadaan ekonomi kita yang semakin mencengkam ni.
Tapi bila masuk bab mati ni, memanglah bukan satu isu
main-main walaupun yang mati itu adalah peragut! Kalau kita tengok Kes Ragut Di Malaysia ni semakin hari
semakin menjadi-jadi. Mungkin juga si peragut ni “terkesan” dengan ekonomi
ataupun mereka ini terlahir daripada manusia pemalas! Nak cara mudah je cari
duit! Merompak! Kalau terlepas memang best sebab dapat duit! Kalau tertangkap,
boleh jadi itu hari terakhir mereka.
Sama lah dengan Kes
Ragut Terkini ni. Katanya peragut ni dah ambil beg mangsa. Kemudian mangsa
kejar guna kereta. Di langgarnya motor peragut. Peragut terbabas kemudian
cedera parah dikepala dan meninggal! Dalam kes ni, kalau kita baca dekat sosial
media, hampir 90% netizen menyokong tindakan mangsa.
Rangkuman daripada komen-komen di sosial media adalah Buat apa
nak simpan peragut? Menyusahkan orang! Kalau kita tak bunuh mereka, mereka akan
bunuh kita! Sebabnya manusia macam ni, akan buat apa sahaja. Bukan tiada kes mangsa ragut meninggal dunia. Dan sebab
itulah, mangsa ragut akan buat apa sahaja. Dibunuh atau membunuh!
Yang terbaru, melalui perkongsian di sosial media juga, Video Ragut Terbaru yang mana mangsa
adalah penunggang motosikal. Yang ragutnya juga adalah penunggang motosikal. Mangsa
ni pakai “pouch bag”. Datang di peragut ni daripada belakang, dia tekan klip
pouch bag tu dan tarik beg lepas tu pecut! Mangsa ragut ni memang tak boleh
buat apa la, tengok je beg dia orang bawak lari.
Kalaulah dia perasan si peragut ni datang daripada belakang dan sempat tendang motor peragut ni. Dah tentu si peragut ni akan terbabas dan mungkin terjatuh di tengah jalan dan mungkin juga akan di langgar oleh kereta lain! Kalau Tak cedera, meninggal!
Aku sempat tanya seorang rakan aku. Seorang anggota polis. Kata
dia mudah,
Bila mana ianya melibatkan kematian, pihak polis akan ambil serius perkara itu walaupun si mati itu adalah seorang penjenayah! Kertas siasatan akan dibuka. Dan siasatan akan dijalankan!
Dia beri contoh mudah juga pada aku supaya aku lebih faham.
- Katakan perompak masuk rumah. Kemudian tertangkap dengan pemilik rumah. Perompak ni tiada senjata. Kemudian kita ambil senjata dan bunuh dia, kita salah.
- Perompak masuk rumah. Ada senjata. Kemudian tertangkap dengan tuan rumah. Perompak taknak menyerang dan akan keluar dari rumah (kira perompak baik la ni, hmm). Kita tak bagi muka, terus serang dan bunuh dia, kita salah.
- Perompak masuk rumah dan ada senjata. Dia juga dengan niat menyerang kita! Kita lawan dengan senjata. Perompak mati! Bila buat pemeriksaan, ada 18 kesan tikaman pada badan mangsa! Kita salah! Sebabnya? Kata kawan aku, kalau terlalu banyak tikaman pada badan mangsa, itu datang niat nak membunuh bukan lagi mempertahankan diri.
Dan soalan terakhir aku mudah, perompak masuk rumah lagi nak
bagi muka? Memang kita akan buat apa sahaja untuk melindungi diri dan keluarga
kita. Tikam banyak kali sebab nak pastikan dia mati, hati tengah marah, memang
akan buat apa sahaja! Betul tak?
Dan jawapan sahabat aku ini mudah, ya! Semua orang akan buat
benda yang sama dan mereka tetap akan bukak kertas siasatan berdasarkan apa
yang dia sebutkan tadi. Dalam kes ini, memang aku sedikit berbalah pendapat. Tapi
fikirkan balik, apa-apa pun, kita akan berbalik semula pada pihak polis.
Dalam kes Mangsa ragut
masuk lokap langgar peragut sampai mati ni, aku tak boleh nak cakap apa.
Sebabnya, aku sendiri tak pasti kalau ianya berlaku pada aku, atau keluarga
aku. Mungkin juga aku akan buat perkara yang sama. Mereka buat kerja gila, jadi
kita pun sama-sama kena gila! Apa pun, aku doakan kita semua akan dilindungi
daripada perkara yang tidak diingini dan dijauhkan daripada manusia-manusia
yang bersifat jahat ni, insyaAllah, amin.
1 Comments
hmm kalau di tempat mangsa pun akan buat benda sama jugak kat pergaut tu. haishh
ReplyDeleteJemput Singgah : Permohonan Ke Kolej Matrikulasi 2018 / 2019