#7 Tips berhenti kerja dan memulakan perniagaan sendiri. #3 Sangat penting!

#7 Tips berhenti kerja dan memulakan perniagaan sendiri. #3 Sangat penting! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesempatan untuk menulis. Hari ini, aku nak menulis pula mengenai Tips Berhenti Bekerja Dan Berniaga. Sudah pasti mereka yang sudah lama makan gaji samada bekerja dengan swasta mahupun kerajaan, pasti akan memasuki zon di mana, rasa hati tu membuak-buak je nak berhenti. Ianya mungkin kerana mereka sudah terlalu bosan dengan kerja mereka ataupun bosan dengan tangga gaji yang langsung tidak menampakkan kesan yang positif.
Kenapa aku cakap tangga gaji yang tidak menampakkan kesan yang positif?
Cuba bayangkan, kalau korang dah memberikan perkhidmatan
bertahun lamanya. Ambil contoh, 15 tahun!
Tapi tangga gaji korang lebih kurang sama dengan mereka yang bekerja 10 tahun
atau lebih rendah daripada itu. Apa perasaan korang? Sudah tentu rasa tertekan
bukan? Dan pastinya jalan yang terbaik adalah dengan cari kerja lain ataupun
memulakan perniagaan.
Tapi antara sedar atau tidak, hampir kebanyakkan mereka yang
berhenti kerja dengan alasan ini (yang pada mulanya ingin memulakan perniagaan)
akan mencari kerja makan gaji semula. Kenapa? Sebabnya mereka tak buat
perancangan yang teliti terlebih dahulu sebelum berhenti kerja. Bila dah
tersilap langkah, jalan terbaik adalah dengan kerja makan gaji semula.
Dan hari ini, ahha! Aku nak kongsikan panduan dan #7 Tips berhenti kerja dan memulakan perniagaan sendiri. #3 Sangat penting! yang
mungkin akan membantu kita semua termasuklah aku kalau-kalau ada rancangan nak
berhenti kerja makan gaji ya.
#1. Selesaikan hutang
terlebih dahulu.
Benda pertama yang kita kena buat adalah, selesaikan hutang
terlebih dahulu. Korang percaya tak, antara sebab kenapa ramai yang berfikir
banyak kali sebelum berhenti kerja adalah kerana hutang-hutang yang mereka ada.
Contohnya hutang kereta. Bila nak berhenti kerja je, mesti fikir,
Kalau berhenti kerja makan gaji nanti, nak bayar hutang macamana? Hutang rumah, kereta, macam-macam lagi.
Jadi adalah dinasihatkan untuk kita selesaikan hutang
terlebih dahulu sebelum buat keputusan berhenti kerja. Bukanlah kata kena
selesaikan semua hutang yang ada. Contohnya hutang rumah. Bukan sikit-sikit
kan? Jadi selesaikan hutang yang termampu dahulu contohnya hutang kereta dan
lain-lain.
Bila hutang kurang, kita nak berhenti kerja pun mudah sebab
tak perlu fikir apa-apa. kan? Bukanlah kata semua hutang tu tak bagus. Ada hutang
yang boleh jadikan kita jadi lebih kaya tau! Untuk tajuk itu, di lain hari aku
tulis ya! hehehe.
#2. Rendahkan
komitmen kewangan bulanan.
Kalau sewaktu makan gaji, komitmen kewangan bulanan kita
lebih kurang RM3k, ianya mungkin kerana belanja-belanja yang ada. Mungkin
selepas berhenti kerja, kita boleh kurangkan belanja bulanan kepada RM2k atau
lebih rendah daripada itu. Mungkin kena kurangkan makan luar atau jalan-jalan
di bandar sambil shopping.
Bila kos sara hidup rendah, kita tak adalah tertekan sangat
nak cari duit ketika berniaga kan? Hidup di bawah kemampuan kata orang. Bila semuanya
cukup stabil, dunia umpama milik anda! J
#3. Perlu ada
simpanan kewangan setahun.
Ini paling penting. Kalau nak berhenti kerja, kena ada
simpanan kewangan setahun. Paling kurang pun 6 bulan, kenapa? Ini jawapannya.
Kalau korang ada simpanan kewangan selama setahun. Ini bermakna korang boleh hidup tanpa bekerja selama setahun! Kalau 6 bulan, maka korang akan bertahan tanpa sebarang kerja selama 6 bulan.
Bukanlah kata, tak perlu kerja. Dah niat nak berhenti sebab
nak berniaga, jadi perlulah berniaga kan? Cumanya, bila ada simpanan setahun,
korang ada masa, juga selama setahun untuk kukuhkan perniagaan korang tanpa
rasa sakit kepala nak hadap itu ini. Ha, korang faham tak apa yang aku cuba
sampaikan ni? hehehe.
#4. Mulakan perniagaan
terlebih dahulu.
Jangan berhenti kerja dan baru berfikir nak berniaga. Kebanyakkan
orang tersilap langkah dekat sini. Nak berhenti kerja makan gaji dan berniaga,
tapi tak tahu nak meniaga apa. Jadi bila dah berhenti kerja, tak tahu nak buat
apa. Akhirnya kerja makan gaji semula.
Jadi, pastikan korang jalankan perniagaan terlebih dahulu
dan pastikan juga, pendapatan perniagaan
korang lebih tinggi daripada pendapatan kerja makan gaji korang. Ini sangat
penting!
#5. Kena ada
perancangan/ hala tuju bisnes yang teliti.
Sebelum berhenti kerja dan memulakan perniagaan sendiri,
korang kena tahu, apakah hala tuju korang dalam bisnes. Kena tahu step-step
yang diperlukan untuk berjaya dalam perniagaan. Dan apa yang lebih penting
adalah, kena tahu matlamat korang dengan lebih jelas! Bila ada matlamat yang
jelas, insyaAllah, korang pasti berjaya (Termasuklah aku) J
#6. Sediakan backup
plan.
Orang cakap, sediakan payung sebelum hujan. Kalau korang dah
merancang untuk melakukan plan A, jika ianya suatu masa nanti mengalami
masalah, korang boleh teruskan pula dengan Plan B. Pendek kata, kena persiapkan
diri dengan pelbagai ilmu. Nak bagi korang faham dengan konsep ini cukup
mudah.
Kalau sebelum ni, jenama nokia cukup gah! Semua pakai nokia. Tapi sekarang ni dah cukup susah nak jumpa orang pakai nokia. Banyak pakai Oppo. Dan tak mustahil suatu hari nanti, orang dah tak pakai Oppo, orang akan pakai jenama lain. Jadi, kena persiapkan diri dengan pelbagai ilmu.
#7. Bina networking
yang luas.
Bila kita buat keputusan untuk berhenti kerja, ini bukanlah
bermakna hubungan kita dengan rakan-rakan sekerja juga putus. Hubungan yang
baik itu perlu di teruskan. Sebabnya, sewaktu bekerja makan gaji dulu, kita ada
masa berbual dengan rakan-rakan, ada masa bersukan dengan rakan-rakan tapi
lepas berhenti kerja, masa kita akan banyak di rumah.
Nak bersukan kurang, apa semua pun kurang. Jadi dalam sedar
tak sedar, hidup kita akan terasing. Dan dalam sedar tak sedar juga, akan
sampai masanya, motivasi kita akan menurun. Lagi pulak, jika kita berniaga
offline. Bila kawan hilang, kita terpaksa cari kawan-kawan baru dan terpaksa
buat networking baru.
Dan akhir sekali Tips
Berhenti Bekerja Dan Berniaga yang aku boleh kongsikan adalah, rapatkan
diri dengan yang maha Esa. Apa pun yang kita usahakan di dalam dunia ini,
haruslah kita sentiasa kembali kepada sang pencipta. Bertawakal. Kita mahukan 1
kehidupan yang diredhai Allah. Kita pasti mahukan kehidupan yang aman. Jadi sentiasa
ingat Allah dalam apa jua keadaan. Ok? Baiklah, rasanya, ini sahaja tips yang
aku boleh kongsikan untuk semua. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada
semua ya!
0 Comments