
sumber google.
Bercuti di tune hotel
danga bay johor bahru | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ok lah, ini
adalah sambungan cerita Percutian mengejut ke Johor Bahru (Part 1). Aku pilih Tune Hotel, Danga Bay johor bahru ni
sebabnya aku banyak baca pasal review pengunjung pasal hotel ini selain
lokasinya yang dekat dengan semua tarikan
menarik di johor bahru. Di tambah pula dengan masa yang singkat untuk aku
pilih hotel yang terbaik. Hehehe.
Aku checkin dah petang. Lupa dah pukul berapa. Yang pasti,
selepas balik dari melawat Zoo johor. Tak susah mana pun nak cari hotel ni
memandangkan lokasi di terletak bersebelahan dengan highway. Tapi buat orang
macam aku ni, yang berpandukan sepenuhnya pada waze, terlepas jugaklah beberapa
simpang nak masuk ke hotel ni.
Baik. Tune Hotel,
Danga Bay johor bahru. Menyediakan ruang parking secara percuma kepada
pengunjung. Korang boleh parking dekat depan, kiri kanan dan belakang hotel. Semua
ada parking. Dan sekali lagi, aku book hotel ini menggunakan booking.com. Mudah!
Cepat! Dan senang! Sebabnya, waktu aku sampai sini, aku Cuma beritahu pin yang
diberikan pihak booking dah boleh terus checkin.
Ruang lobi Tune
Hotel, Danga Bay johor bahru ni agak kecil pada aku. Tapi kami disambut dengan
penuh mesra pekerja di sana (cun pulak tu! J).
Bilik aku dekat tingkat 1. Dan ini adalah kali pertama aku bawa anak-anak tidur
hotel. Jadi mereka tersangatlah excited! Biasa tidur dekat rumah sendiri dengan
rumah nek mereka je, tapi hari tu tidur hotel! Memang la excited kan? hehehe.
Tapi 1 sahaja aku nak beritahu. Kalau korang jenis yang tak
boleh hidup tanpa internet. Jenis yang mahukan wifi hotel, ini bukan lokasi
untuk korang. Sebabnya? Waktu aku checkin, dia dah beritahu siap-siap. Boleh guna
wifi di sini tetapi line tak berapa kuat ya! hahahaha. Tapi apa ada hal kan?
Internet handphone kan ada, kita hotspot jelah.
Ruangan bilik dekat Tune
Hotel, Danga Bay johor bahru ni agak kecil. Aku yang datang dengan 3 orang
anak dan seorang isteri ni memang agak padat la bila berada dalam bilik tu. Tapi
anak-anak kecil lagi, jadi tak menjadi masalah pun. Cuma bila mereka dah besar
sikit nanti, memang tak sesuailah kalau bawa mereka datang sini. Kan?
Tiada café di sini! Cuma ada 7eleven je dekat bawah. Bila tengah
malam tu, perut lapar, terpaksalah turun bawah beli maggi. Lagi satu, tiada
cerek nak masak air dalam bilik. Dan kalau kita nak air panas, atau air sejuk,
boleh turun ke lobi hotel dan ambil di situ. Lagi satu, pool. Dekat Tune Hotel, Danga Bay johor bahru tiada
kolam renang ya.
Kadang bila kita datang hotel, mesti nak berendam dalam
kolam renang kan? Anak-anak aku, bila sampai sini je, mesti tanya, ayah, ada
kolam renang? Walaupun ini adalah kali pertama mereka tidur hotel, tapi mereka
boleh tahu dekat hotel mesti ada kolam renang. Hahaha. Aku jawablah kolam
takda. Kita buat kolam sendiri je dalam bilik air nanti. hahaha.
Apa pun, Tune Hotel,
Danga Bay johor bahru sering menjadi pilihan utama sebab dekat dengan semua
tarikan menarik di johor bahru. Petang
tu, kami semua ke Istana bukit serene. Kemudian malamnya ke Bazar karat JB dan
last sekali ke danga bay. Lepas dah penat berjalan, balik ke hotel dan
anak-anak pun tidurlah dengan lenanya. J
Waktu checkout di sini adalah tepat jam 1100 ya. Jadi jangan
lewat. Aku checkout awal hari ahad tu sebab dah plan nak singgah JPO ( johor
premium outlet). Dan proses nak checkout pun tersangatlah mudah. Aku kasi kad,
lepas tu dia ucap terima kasih. Aku pulak jadi hairan, aiks? Macam tu mudah? Hahahaha.
Apa pun, terima kasih kepada Tune Hotel, Danga Bay johor bahru kerana melayan kami sekeluarga
dengan baik dan penuh dengan senyuman (terutamanya awek cun yang sambut
kedatangan aku tu). Juga kerana menyediakan penginapan yang selesa buat aku dan
keluarga. Ok? J