11 lokasi menarik jika anda berkunjung ke Yogyakarta, Indonesia

by - August 07, 2017

lokasi menarik di Yogyakarta, Indonesia

11 lokasi menarik jika anda berkunjung ke Yogyakarta, Indonesia | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, kali ini aku ingin meneruskan penulisan mengenai lokasi percutian menarik di Indonesia iaitu Yogyakarta. Jika sebelum ini, jika sebut negara Indonesia, aku lebih memikirkan mengenai bali, tetapi selepas menonton filem AADC 2, wah! Yogyakarta tidak kurang hebatnya! Terima kasih pada cinta! J

Baiklah, buat mereka yang merancang percutian disini, aku senaraikan 11 lokasi menarik jika anda berkunjung ke Yogyakarta, Indonesia. Ianya sebagai panduan buat semua agar percutian korang lebih bermakna dan memberikan 1001 kenangan manis dalam hidup korang, insyaAllah.


lokasi menarik di Yogyakarta, Indonesia

#1. Taman Wisata Alam Kalibiru.

Lokasi ini sangat sesuai buat mereka yang sukakan suasana semulajadi dan ingin lari daripada hiruk pikuk kota. Suhu dekat sini lebih sejuk dan udaranya masih segar dan tenang! Terletak di kulon progo, Yogyakarta pada ketinggian 450m dari aras laut.

Antara aktiviti menarik di sini adalah melalui jambatan gantung dan menikmati pemandangan gunung ganang yang cukup indah. Dan ada 1 port dekat atas pokok tu yang sangat cantik dan menjadi antara port paling top untuk pengunjung ambil gambar! Kalau buat kulit album berlatarbelakang pemandangan indah di sini memang menarik!


lokasi menarik di Yogyakarta, Indonesia

#2. Menyusuri laut menggunakan kereta gantung di Pantai Timang.

Jika sampai ke Yogyakarta, apa kata singgah ke sini. 1 pengalaman yang memang korang tak akan pernah lupakan. Aku sendiri pun tak pasti nak sebut alat tu apa. Kereta ka, bakul ka tapi yang pasti, ianya akan membawa korang ke bahagian di hujung sana.

1 perkara yang korang kena tahu. Ianya diperbuat daripada kayu dan tali yang digunakan adalah tali biasa! Waaaargh! Tengok memang best tapi bila baca, aku rasa macam taknak mencuba pula kalau sampai ke sana. Hehehe.


lokasi menarik di Yogyakarta, Indonesia

#3. “Padang pasir” di Parangkusumo.

Kalau di Melaka terkenal dengan “Padang pasir” di klebang, di Yogyakarta juga ada tarikannya yang tersendiri. Jom bermain luncur pasir di Parangkusumo! Kalau tengok pada gambar, rasa macam berada dekat negara arab pulak kan? Aku suka tengok orang main luncur pasir tu. Teringat ada 1 rancangan tv ni, pengacara dia main luncur pasir dekat Australia.

Ha! Kalau nak rasa pengalaman ni, datang je ke Parangkusumo, Yogyakarta. Murah pun murah. Nak lagi murah? Datang Melaka. Tapi tak pasti la boleh main luncur pasir ni ke tidak. Hehehe.


lokasi menarik di Yogyakarta, Indonesia

#4. Menjelajah hutan di Goa jomblang.

Kalau ikut pada peta yang ada dekat google maps, lokasi ini terletak di gunung kidul. Aku sekali baca, nampak macam “gua jembalang” tapi bukan ya, hehehe. Yang sebenarnya, Goa jomblang. Kalau di malaysia kita ada Gua mulu di Sarawak, tapi di Yogyakarta, mereka ada Goa jomblang. Apa yang menariknya di sini?

Kalau dari pandangan mata kasar aku, lokasi ini memang sesuai buat pencinta alam semulajadi. Sebab dekat dalam gua ni, ada 1 lubang besar dekat atas dia. Cahaya matahari masuk ikut situ. Kemudian ada 1 batu tu, orang suka berdiri atas tu pastu suruh member dia ambil gambar. Lepas tu upload dekat Instagram dengan caption “WELCOME TO THE NEW WORLD” Hahahahhahaha.


lokasi menarik di Yogyakarta, Indonesia

#5. Gua langse.

1 lagi lokasi dengan pemandangan yang pada mata aku menarik tetapi tidak digalakkan pergi, kenapa? Sebab nak ke sini korang kena lalu laluan yang sangat sukar! Dan kena juga beritahu, dah banyak yang terkorban waktu nak datang sini!

Tapi kenapa orang datang jugak ke Gua Langse kalau banyak nyawa terkorban?

Jawapannya adalah kepuasan! Lagi satu, dekat sini ada ruang khas untuk mereka yang nak bermeditasi atau dalam bahasa mudah kita, bertapa! Kalau korang suka tempat yang sunyi, meh datang sini, lepak kat sini sehari dua ke. Hehehe.


lokasi menarik di Yogyakarta, Indonesia

#6. Candi Borobudur.

Rasanya tak perlu bagitau lagi kut pasal Candi Borobudur ni. Ini kiranya lokasi wajib kalau korang berkunjung ke Yogyakarta. Selain melihat tinggalan sejarah, kebanyakkan pengunjung yang panjat candi ni hanya untuk melihat keindahan matahari terbit! Memang cantik! Dan Candi Borobudur juga termasuk dalam salah satu warisan dunia oleh UNESCO ya! J


lokasi menarik di Yogyakarta, Indonesia

#7. Kebun Buah Mangunan

Atau lebih dikenali dengan jolokan negara atas awan. Kenapa? Sebab waktu awal pagi, tempat ni nampak seperti di atas awan kerana lokasinya yang tinggi. Jadi, kalau korang nak feling-feling duk atas awan, mari datang ke sini. Selain daripada pemandangan yang cantik, dekat atas ni pun ada kebun buah tau! Wah! Menarik kan? Sambil menikmati pemandangan yang cantik, boleh lepak-lepak makan buah. Hehehe.


lokasi menarik di Yogyakarta, Indonesia

#8. Istana lama Taman Sari.

Sebuah istana lama yang dibangunkan khas untuk isteri-isteri penguasa Yogyakarta ketika itu. Dekat sini ada banyak bilik rahsia. Ada banyak tangga dan lorong bawah tanah. Katanya ada masjid bawah tanah juga. Dan kalau imam sedang memimpin solat, suara imam tu boleh dengar dekat setiap penjuru istana ni.


lokasi menarik di Yogyakarta, Indonesia

#9. Keraton Ratu Boko.

Kalau korang naik ke puncak Bukit Boko, korang akan berjumpa dengan kompleks bangunan yang cukup besar! Cukup luas! Katanya, ini merupakan keraton tempat tinggal para bangsawan jawa. Keraton tu kiranya istana la. Dekat sini ada 3 candi, dan air kolam yang dipercayai banyak khasiatnya. Tentang apa khasiatnya itu, kenalah datang ke sini ya.

Ada 1 kepuasan bila datang kesini. Bila dah sampai ke “puncak” dia, kita boleh menikmati pemandangan Yogyakarta termasuklah candi prambanan dan candi kalasan di arah utara serta latar belakang gunung merapi. Menarik bukan? J


lokasi menarik di Yogyakarta, Indonesia

#10. Gunung Api Purba Nglanggeran.

Apa yang menariknya di sini adalah apabila aku terbaca mengenai kisah lagenda 7 keluarga. Katanya dekat sini, hanya 7 kepala keluarga sahaja yang dibenarkan tinggal. Maknanya, jika ada ahli keluarga yang berkahwin, mereka perlu keluar daripada kawasan ini dan kalau mereka terus tinggal di sini, sesuatu yang buruk bakal berlaku! Ini yang aku baca la. Hehehe.

Orait. Gunung Api Purba Nglanggeran dikatakan terjadi selepas letusan gunung berapi yang kuat! Katanya gunung ini adalah gunung di dasar laut! Bayangkan, gunung ini terangkat ke darat kerana letusan gunung berapi, menarik kan?

Dan ada 1 kolam air yang besar dekat atas tu. Aku sebenarnya cukup takut bila tengok kolam besar macam ni. Kepala aku ni fikir yang bukan-bukan je! Aku selalu bayang, ada hidupan besar dekat dasar dia! aduh! Parah!


lokasi menarik di Yogyakarta, Indonesia

#11. Jalan Malioboro

Dan akhir sekali, Jalan Malioboro. Ini lokasi khas buat mereka yang suka shopping. Ada bermacam benda yang dijual disini. Kalau korang jenis yang pandai tawar menawar, korang boleh datang kesini. 1 yang menarik bila aku dapat tahu mengenai lokasi ini, nak tahu apa?

Korang mesti pernah dengar nasi ayam kan? Tapi confirm tak pernah dengar nasi kucing kan? hahaha. Jangan tanya aku macamana rupa dia! Aku taknak fikir! Hahaha. 



You May Also Like

3 Comments

  1. Alhamdulillah dah pernah sampai Yogyakarta.. best sangat... :)

    ReplyDelete
  2. Wahh indahnya panorama dan kawasan pelancongan di sana

    ReplyDelete