3 Idea buat duit online 2017

3 Idea buat duit
online 2017 | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih
diberikan kesempatan untuk menulis lagi di blog Mrejoy. Dah baca cerita
mengenai Cara paling mudah untuk dapatkan RM1,000,000 dalam masa 5 tahun? Hari ini aku nak kongsikan pula beberapa idea buat duit online 2017 yang boleh
kita semua gunakan dalam usaha mengumpul simpanan kewangan sebanyak RM1,000,000
kita yang pertama, insyaAllah.
Baiklah, bercerita mengenai buat duit online. Ada yang cakap
senang je buat duit online ni, ada yang cakap susah! Mereka yang cakap susah ni
boleh jadi tidak mahir dengan dunia online. Pada pandangan aku pulak mudah,
tahu main facebook? Kalau tahu guna facebook, tahulah buat duit online.
hehehhe. Boleh kata semua orang tahu guna facebook kan? Dari yang muda
hinggalah yang berusia.
Ok, jom kita tengok 3
Idea buat duit online 2017
#1. Jana pendapatan
online dengan blog.
Ok. No 1 adalah buat
duit dengan blog. Mungkin ramai yang melihat blog ni macam tempat luahan
perasaan atau bergosip atau lebih teruk lagi, sebarkan fitnah! Eh, bukan semua
blogger macam tu ye, ada blogger yang menyebarkan ilmu yang sangat berguna
kepada orang lain. Dan nak beritahu juga, ada blogger yang hasilkan income 4
angka atau lebih dengan blog ni tau! Macamana? Ini caranya:
1) Buat review produk
berbayar
Peniaga beri produk kepada blogger dan minta mereka tulis di
blog mereka. Blogger dapat duit dan juga produk. Lagi banyak blogger dapat
review berbayar, lebih padatlah dompet mereka. hehehe.
2) Sediakan ruang iklan
di blog.
Ada blogger yang sediakan ruang iklan di blog mereka. Dan
peniaga yang berminat akan sewa ruangan iklan tersebut. Dan blogger dapat duit
hampir setiap hujung bulan. Duit review dapat, duit sewa tapak iklan pun dapat.
3) Adsense atau iklan
berbayar yang lain.
Bila ada blog, jangan lupa apply adsense dan letak di blog. Bestnya
adsense ini adalah income dibayar dalam USD. Lagi banyak dapat, tukar pulak
dalam duit malaysia, lagi masyuk! Hehehe. Ada juga medium pengiklanan yang lain
macam innity dan sebagainya, boleh je cuba mana yang suka. Tapi aku lagi suka
adsense. hehehe.
4) Jual barangan
peribadi.
Ada blogger yang jual barang mereka yang tidak mereka
gunakan lagi. Sambil mereka menulis, mereka dapat wang!
#2. Instagram.
Rasanya dah ramai yang tahu buat duit dengan Instagram ni.
Lebih ramai pengikut korang, lebih besarlah peluang korang jana income online.
Ikut pada minat juga ya, jangan ikut orang. Yang terbaru, yang aku baru perasan
la, ada rakan-rakan yang buat duit dengan narratrs. Aku sendiri pun tak pernah
cuba tapi melihat kepada rakan-akan yang dah cuba, income mereka lumayan juga.
korang? tak nak cuba buat duit dengan narratrs?
#3. Buat duit dengan
facebook.
Ini aku paling suka. Sebabnya dalam pada kita berseronok dekat
FB tu, kita boleh jana income yang besar! Ada 2 jenis jana income dengan FB,
satu yang gunakan modal dan satu lagi percuma. Aku tak nak bercerita mengenai
benda berbayar, aku nak cerita yang percuma sahaja. hehehe. Macamana nak buat duit dengan facebook?
Ini caranya:
Pertama sekali korang kena tengok apa minat korang. Kalau aku,
aku minat jam. Dan jam yang aku paling minat Audemars Piguet ( 2-3 tahun
dapatlah sebiji jam ni,hehehe). Dah jumpa apa yang korang minat, korang cari
peniaga yang ada buat dropship. Kalau boleh cari yang percuma, ada je, kena
rajin cari la.

Bisnes dropship di
facebook.
Mesti ramai yang tertanya-tanya dropship tu apa. ahha! Ikut
kata mudahnya, katakan peniaga jual jam harga RM100. Kemudian korang nak jadi
dropship, korang jual jam tu pada harga RM120. Pembeli akan bankin wang ke
dalam akaun korang. Korang ambil RM20, kemudian korang bankin ke dalam akaun
peniaga tadi RM100. Urusan pos kepada pembeli, peniaga tadi yang akan uruskan. Korang
dapat RM20 hanya bermodalkan internet. Kalau korang jual 5 biji jam 1 hari? dah
dapat RM100 sehari. ha! Mudahkan?
2) Sewa group besar.
Katakan korang ada group besar di facebook. Ambil contoh ada
1j member. Kemudian korang setkan di group, mana-mana rakan yang nak berniaga,
kena bayar RM10 sebulan. Itu kira paling murah la tu. Kalau ada 100 orang yang
nak sewa, korang dah dapat RM1000 sebulan. Hehehe. Lain-lain tu pandai-pandai
sendiri la ye. J
3) Jual barangan peribadi.
Mungkin baju yang kita ada tu dah tak cantik pada mata kita,
tapi cantik pada mata orang lain. Mungkin ada kasut yang dah tak pakai kat
rumah, boleh je jual dekat rakan-rakan facebook. Sambil main facebook, sambil
jana income, memang best!
4) Jual page atau group.
Ada group besar? Ada page yang banyak followers? Boleh je
jual pada rakan-rakan facebook. Eh! Ramai yang mencari tau page-page yang
banyak followers ni. Aku pernah tengok orang jual page dengan harga RM3xxx! Tak
percaya? Silalah percaya. Atau mungkin korang boleh buat. Bila dah cuba, baru
korang nampak yang buat duit dengan facebook ni memang mudah!
Oklah ye, aku kongsikan dengan korang dahulu 3 Idea buat duit online 2017 ni. Rasanya, ini yang paling mudah dan berjaya!
Dengan 3 cara ni je dah mampu ubah kewangan kita. Tak percaya, cuba dulu. Nak bercerita
dengan lebih detail, takut jadi 3000 patah perkataan nanti, hehehe. Apa pun,
aku doakan semua akan berjaya jana income secara online dan menjadi manusia
yang berjaya ya! amin. J
Tags:
Thinkbig
1 comments
macam2 boleh buat secara online
ReplyDelete