7 lokasi hiking buat mereka yang baru ingin bermula

7 lokasi hiking buat
mereka yang baru ingin bermula. | Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, masih diberikan kesempatan untuk menulis. Dah baca cerita
mengenai 12 lokasi wajib kunjung jika datang ke Lombok, Indonesia. Kali ini Mrejoy nak kongsikan dengan korang
yang suka memanjat bukit/gunung ni,ini adalah lokasi khas untuk korang bermula!
Orang kata, sebelum bermula dengan yang besar, kita kenalah mulakan dengan yang
kecil dulu, jadi inilah lokasi khas untuk korang!
7 lokasi hiking buat
mereka yang baru ingin bermula
#1. Taman Bukit Kiara
di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
Buat mereka yang baru bermula menyertai aktiviti hiking ini,
aku sarankan korang datang ke sini. Lokasinya pun dekat je, dekat kuala lumpur.
Laluan trek di sini dikatakan mudah. Tak sesukar mana pun. Dan disini juga
terdapat laluan pejalan kaki dan berbasikal. Jadi kena sentiasa berhati-hati.
Mana tahu dalam kita menikmati keindahan alam tu, datang pula basikal daripada
atas bukit tu. Dah 1 hal. Hehehe.

#2. Bukit broga.
Rasanya tak perlu nak beritahu lagi lokasi ni, boleh
dikatakan setiap minggu penuh dengan pengunjung. Lokasi ini juga boleh
dikatakan lokasi sederhana mencabar dan sesuai buat mereka yang ingin menceburi
dunia hiking. Jarak masa daripada bawah untuk sampai ke puncak dalam anggaran
40 minit. Biasanya mereka yang panjat bukit broga ni sebab nak tengok
pemandangan matahari terbit. Jadi kenalah panjat awal-awal ye. J

#3. Rainbow Falls di
Sungai Lembing, Kuantan.
Lokasi ini agak menarik pada aku sebab ada air terjun. Agak
dah penat, boleh mandi terus, eh, boleh ke? Hehehe. Di antara tarikan dekat
sini adalah pelangi yang terhasil dan kebiasaannya pelangi akan muncul sekitar
jam 1000-1100. Tempoh untuk sampai ke puncak lebih kurang 45minit. Dan laluan
trek juga dalam kategori “easy”.

#4. Panorama Hill di
Sungai Lembing, Kuantan.
Di antara lokasi yang menjadi tumpuan pengunjung juga.
Laluan trek yang mudah untuk sampai ke puncak dan mengambil masa di antara 20
hingga 45 minit. Dan hampir sama dengan lokasi-lokasi di atas, mereka yang naik
ke atas kebanyakkan ingin melihat matahari terbit. Jadi dinasihatkan, waktu nak
mendaki awal pagi tu, bawa lampu suluh siap-siap ya! J

#5. Air Terjun Chiling di Kuala Kubu Bharu.
Ok. Lokasi sederhana sukar. Dan masa yang diperlukan untuk
sampai ke puncak adalah lebih kurang 1 jam. Waktu yang dibenarkan untuk mendaki
adalah daripada jam 0800 hingga 1800. Ada 3 tingkat air terjun dan yang paling
tinggi macam biasalah, tak ramai orang dan sesuai untuk aktiviti berkelah. Cuma
nak beritahu, ada laluan yang perlukan korang merentas sungai dan ada di
antaranya boleh mencecah hingga ke paras pinggang. Jadi gunakan kelengkapan
yang betul untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

#6. Bukit nenas.
Ini lokasi 2 dalam 1 pada aku. Mendaki sambil layan
keindahan menara kuala lumpur. Dekat sangat! Hahahha. Laluan mudah dan
pelancongan secara percuma untuk mereka yang mempunyai Dek Pemerhatian Menara
KL.

#7. Gunung Nuang di Hulu Langat, Selangor.
Selepas semua lokasi di atas dikatakan trek mudah dan sederhana,
ini aku kongsikan lokasi yang mencabar. Ala, dah “training” kan, kenalah cuba
yang mencabar pulak. Tempoh masa untuk sampai ke puncak lebih kurang 4 hingga 5
jam! Dinasihatkan untuk untuk melakukan aktiviti ini secara berkumpulan. Dan
jangan lupa untuk bawa lampu suluh ya! J
0 Comments