Anak Pantang letak? Asyik menangis? Baca 7 Tips Ini!

Anak Pantang letak?
Asyik menangis? Baca 7 Tips Ini! | Assalamualaikum & salam sejahtera.
Syukur alhamdulilah, masih dikurniakan kesihatan yang baik dan boleh menulis.
Alhamdulilah. Tajuk hari ini berkaitan kekeluargaan. Yang sebenarnya, ada
sebabnya aku nak menulis mengenai anak yang pantang letak, menangis ni. Dan
pastinya semua pun dah tahu kenapa, ya! Sebab anak bongsu aku! Tak boleh letak
langsung! Tak mahu dengan orang lain, nak berkepit dengan dengan wife aku. Maka
dari itu, lahirlah Anak Pantang letak?
Asyik menangis? Baca 7 Tips Ini.
Yang sebenarnya, aku sendiri hairan dan pelik. Apa pun, aku
bersyukur, alhamdulilah, aku dikurniakan 3 orang anak yang sihat-sihat dan
tentunya comel. Alhamdulilah. Anak pertama dan kedua tiada masalah. Kita letak
dia dan kita boleh buat kerja lain, Cuma perlu kerap jengah je. Tapi yang no 3
ni, tak boleh letak langsung! Confirm menangis. Eh! Kita duduk depan dia pun,
dia boleh menangis. Nak kena dukung! Dah kenapa? Itu yang datang pelik. Hmm.
Bila jadi macam ni, memang lah datang rasa kesian pada wife
aku. Yelah, nak juga memasak untuk anak yang 2 orang lain. Nak juga buat kerja
lain. Nak mandi semua. Tapi kalau dah melekat je 24jam dengan anak bongsu aku
tu, memang yang lain pun boleh jadi terabailah kan? Kiranya kalau rumah bersepah
pun, dah tak boleh kata apa, sebab memang kena fokus pada anak bongsu kami tu.
Melalui pembacaan aku di SirapLimau.com, rupa-rupanya benda ini adalah “separation anxiety”!
Dan berlaku pada bayi seawal 7 bulan! Eh! Betullah! Usia anak aku memang dalam
lingkungan ni pun. Dan yang tak bestnya baca, ianya boleh berlarutan sehingga
ke peringkat kanak-kanak! Ha? Biar kebenaran?
Kenapa anak suka berkepit?
Ada banyak sebab kenapa anak suka berkepit ni. Antaranya
adalah dia rasa selesa! Ha, yelah, anak kecil, memang kita akan lebih banyak
fokus pada dia kan? Bila benda macam ni berlaku, anak akan rasa selesa dan pada
fikiran mereka, kita perlu sentiasa ada dengan dia. Kiranya dia takut
kehilangan kita la. Macam tu.
Dan ada sesuatu yang mengembirakan aku daripada penulisan
tersebut. Katanya jangan risau, ianya hanya bersifat sementara. Perkara yang
paling penting untuk kita tahu adalah, kenapa pasti apa yang menyebabkan anak
kita jadi macam tu. Bila dah kenal pasti, kena mula ajar dia. eh! Walaupun masih
kecil, kita dah boleh ajar anak-anak kita hidup berdikari tau! Berdikari dalam
erti kata lainnya, tak perlulah berkepit memanjang. Macam tu. J
7 Tips berhadapan
dengan anak yang pantang letak mesti menangis.
#1. Memanggil atau
menyanyi lagu kegemaran mereka.
Ketika berada di dapur, cuba kerap panggil nama mereka. Ini
supaya mereka tahu kita ni tak kemana pun. Jangan diam terlalu lama. Jadikan suasana
seperti kita ni ada bersebelahan anak kita. Nampak macam biasa sebenarnya, tapi
ini adalah cara permulaan untuk kita mula “berengang” dengan anak kita.
Boleh juga kalau nak main “cak-cak” dengan anak. Cara ni pun
sebenarnya buat mereka gembira dan lupa seketika rasa takut kehilangan tu. J
#2. Kendong atau guna
stroller.
Ahha. Bila letak dia asyik menangis kan? Cuba ambil kain dan
buat kendong anak tu. Bawaklah dia kemana sahaja. Asal jangan bawa mandi atau
buang air besar sudah! Hehehe. Boleh juga, kalau nak memasak tu, letak anak tu
dalam stroller. Bila dia nampak kita, dia akan diam. Kadang anak ni, dia nak
kita ada depan dia je. Nak nampak muka.
#3. Berikan mereka “hiburan”
Hiburan yang macamana? Berikan mereka mainan yang boleh
buatkan mereka “lupa” seketika pada kita. Biar mereka terhibur! Bila hati
mereka seronok, rasa ketakutan itu pasti hilang. Cumanya, benda ni perlulah di
didik. Kena buat perlahan-lahan. Bukan buat sekali terus menjadi ya.
Kena ingat juga, jangan beri mereka mainan yang kecil-kecil.
Takut mereka masuk dalam mulut pulak nanti. Dah jadi cerita lain pulak!
#4. Berikan mereka
haruman bauan kita.
Ha! Faham tak apa yang aku maksudkan tu? Cuba letakkan
pakaian kita yang ada bau kita. Bukan yang dah basuh tu, yang masih ada bau
kita. Janganlah letak baju yang kotor pulak. Kadang budak-budak ni, dia selesa
dengan bau kita. Mungkin tidak pada orang lain, tapi ya pada mereka. Tak
percaya, cubalah. Pasti menjadi. J
#5. Print gambar muka
ibu.
Hahahha. Aku pernah suruh wife aku buat macam ni. Printkan
muka dia dalam pelbagai reaksi, kemudian letak dekat sekeliling. Bukanlah niat
nak menipu anak-anak kita, tapi dah dia nak kita ada depan dia je, kita buat
jelah macam ni kan? hehehe. Kalau nak tampal 1 rumah pun takpe. Biar anak
nampak kita di mana-mana. Hahahaha.
#6. Panggil guru
agama datang rumah.
Tips ni aku baca dekat 1 blog ni. Kata dia kadang budak
menangis ni sebab ada benda ganggu. Jalan penyelesaiannya, panggil guru agama
datang rumah, minta dia doakan yang baik-baik. Kadang tu kita tak nampak, tapi
anak-anak nampak. Itu yang mereka takut je tu.
Tak salah sebenarnya gun acara ini. Alang-alang nak panggil
mereka datang tu, buatlah sedikit kenduri dekat rumah tu kan. Berkat sikit kata
orang. J
#7. Mohon pada Allah.
Dan akhir sekali, berdoalah kepada Allah agar dipermudahkan
segala urusan. Anak yang diberi ini juga amanah daripada Allah. Rezeki yang
tidak ternilai. Oleh yang demikian, mohonlah kepada yang maha esa agar
dipermudahkan segala urusan. Kena faham, setiap anak yang dikurniakan itu, ada
keunikkannya yang tersendiri yang tidak ada pada diri anak-anak yang lain, ok? J
1 Comments
Salam..macam mna ank mrejoy sekarang..ada perubhn ke pada ank bongsu tu..sy sekrgni pun mengalami nasib yg sma dgn wife mrejoym.stress dibuatny.smpi sy tiada msa untuk dri sendri.petua2 diats semua sy memg dh buat dri sblom sy terbca blogni..tpi msih sma..skrg ank sy pndai berdiri..asal sy bgun jer die dh tarik kki sy.msk pun berdukung..buntu rasa sy..
ReplyDelete