Anak berbohong? Penakut? Ini 9 sikap anak-anak dan penyebabnya.

Anak berbohong? Penakut?
Ini 9 sikap anak-anak dan penyebabnya | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesempatan untuk menulis. Pastinya,
mereka yang sudah bergelar ibubapa berhadapan dengan pelbagai kerenah anak-anak
yang sedang membesar. Pastinya berlaku juga pertengkaran kecil di antara
pasangan yang menyangka salah seorangnya “tersilap” mengajar anak. Hari ini,
mrejoy nak kongsikan 9 sikap anak-anak
dan penyebab kenapa mereka berkelakuan seperti itu.
Biasanya, bila anak-anak menipu, atau menjerit pastinya kita
akan cakap, itu perangai sewaktu kita kecil. Sekarang anak kita buat pula. Tapi
tahukah korang, yang sebenarnya tidak! Ramai yang mungkin tidak perasan,
anak-anak berkelakuan seperti ini kerana berpunca daripada diri kita sendiri. Samada
percaya atau tidak, sila teruskan bacaan korang, dan pastinya di akhir nanti,
korang akan tersedar yang semuanya boleh dielak jika kita “tersedar” dari awal.
#1. Anak menganggu
tanpa henti.
Biasa tak anak kerap datang pada kita dan menggangu kita.
Ditariknya tangan kita. Ditariknya baju kita. Macam-macam sehinggakan kita rasa
rimas dan mula marah mereka. Samada kira sedar atau tidak, anak-ana kita berkelakuan
seperti itu adalah kerana kita kurang memberikan perhatian pada mereka. Bagi
pasangan yang bekerja, sudah pastinya masa siang mereka sibuk di tempat kerja,
jadi anak-anak Cuma ada masa pada waktu malam.
Namun ada ibubapa yang lebih mementingkan masa sosial mereka
berbanding masa bersama anak-anak. Lebih kepada menonton TV atau bermain
handphone. Jadi jangan salahkan anak-anak jika mereka mula menganggu anda ya!
#2. Anak mula membohong.
Bila anak melakukan kesilapan, ada ibubapa yang memberikan
hukuman kepada mereka. Mungkin juga ada hukuman yang “berat”. Bila anak-anak
takut, mereka akan memikirkan cara bagaimana untuk mengelak daripada kena
marah. Dan jalan yang terbaik adalah berbohong! Jadi elakkan hukuman yang terlalu
berat untuk mereka. Anak nakal tu biasa la! J
#3. Kerap cakap “tak
tahu”.
Asal tanya semua tak tahu. Ajar mereka makan guna sudu, tak
tahu. Pendek kata semua tak tahu. Kenapa anak-anak berkelakuan seperti ini?
Bila anak-anak kita berkelakuan seperti ini, ini bermakna mereka kurang tunjuk
ajar daripada kita. Atau dalam kata mudahnya, kita belum cukup beri tunjuk ajar
kepada mereka.
Kadang kita fikir yang kita dah tunjuk semua benda pada
anak-anak kita, hakikatnya:
Kita lebih kepada memberi nasihat daripada membantu mereka!
#4. Suka ambil barang
orang lain.
Kita dah belikan mereka mainan sendiri, tapi mereka nak juga
ambil mainan orang lain. Kenapa anak-anak bersikap seperti ini? Bila ini
berlaku, yang sebenarnya adalah, kita tidak beri mereke ruang dan peluang untuk
membuat keputusan mereka sendiri. Contohnya mainan. Anak-anak ingin beli mainan
kereta, tapi kita nak mereka beli mainan kapal terbang.
Kita sebenarnya sedang memaksa mereka untuk menerima apa
sahaja pilihan kita dan bukannya keputusan mereka.
#5. Anak-anak penuh
dengan rasa cemburu.
Kenapa anak-anak kuat cemburu? Jawapannya adalah, mungkin
kita kerap membanding mereka dengan orang lain atau sesama adik beradik. Mungkin
kita ada anak yang lebih kecil dan tumpuan diberikan hampir semuanya kepada
mereka. Jadi si abang atau kakak pastinya akan mula cemburu.
#6. Anak-anak jadi
penakut?
Kenapa anak-anak jadi penakut? Apa yang mereka takutkan? Dari
segi faktanya, apabila perkara ini berlaku, ini bermakna kita kerap
menghulurkan bantuan ketika mereka berhadapan dengan masalah atau kesukaran. Apa
kata selepas ini, korang cuba biarkan mereka berhadapan sendiri dengan masalah
mereka.
#7. Mudah marah dan
panas baran.
Anak-anak suka lempar barang? Asal menangis suka campak
barang sana sini? Ada yang suka menjerit-jerit. Kenapa anak-anak jadi macam ni?
Sebabnya adalah kita kurang memuji mereka atau menghargai mereka ketika mereka
berkelakuan baik. Bila ini terjadi, mereka akan bersikap berlawanan. Semuanya dengan
1 tujuan, supaya kita memberikan perhatian kepada mereka.
#8. Terlalu berahsia.
Kadang tu semua benda mereka nak rahsiakan. Semua benda
mereka pendamkan. Bila ini terjadi, cuba tengok balik diri kita, ada tak kita
kerap membesarkan perkara yang menyentuh hati mereka. Jika ada, masih belum
terlambat untuk membetulkannya.
#9. Sikap anak-anak
yang biadap.
Kadang kita tak perasan, bila kita memandu, ada pemandu lain
yang tak betul, mulut kita ni cepat je bercakap yang bukan-bukan. perkara ini
menjadi perhatian anak-anak kita. Mereka akan melihat perkara ini sebagai
sesuatu yang elok dan menirunya. Itu yang kadang-kadang, terkeluar daripada
mulut mereka perkataan-perkataan yang tidak elok. Bila ini berlaku, cuba tengok
semula pada diri kita.
2 Comments
Bila baca semua penyebab memg ada betulnya.kadang kadang kita sebagai ibu bapa tanpa sedar jadi punca anak anak jadi pembohong dan penakut
ReplyDeleteNice info nih. Berguna utk masa depan uyul.
ReplyDeleteUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan