Apa yang ada dekat atas Bukit St Paul Melaka?

by - August 23, 2017

Apa yang ada dekat atas bukit st paul Melaka

Apa yang ada dekat atas bukit st paul Melaka? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini adalah kesinambungan cerita Jalan Jalan Melaka (Istana Kesultanan Melaka & Bukit St. Paul) aku. Lepas je abis pusing-pusing dekat istana kesultanan Melaka, aku terus ajak wife panjat bukit St Paul. Yang sebenarnya, waktu awal-awal nikah dulu, kerap juga aku naik atas ni. Tapi bila anak dah ramai ni, masa tu dah kurang nak datang ke tempat-tempat macam ni sebab memikirkan anak-anak. Tapi alang-alang dah sampai bandar hilir ni, memanjatlah kita apa lagi kan? hehehe.

Kalau sebelum ni, aku panjat bukit St Paul ni berdua je dengan wife, tapi sekarang kami naik berlima! Dengan tambahan beban pada aku! Bila keluar berjalan dengan anak-anak ni, kena bawa semua kelengkapan mereka. Semua tu wife aku masukkan ke dalam beg, dan beg tu dia suruh aku bawa. Sebagai seorang ayah dan suami yang mithali, aku bawakan juga.

Tapi bukan itu sahaja! Aku kena dukung anak no 2 aku. Wah! Panjat bukit st paul sambil bawak beg yang penuh dengan barangan anak-anak sambil dukung anak. Memang best! Hahaha. Kalau sebelum ni, selamba je aku panjat, tapi kali ni, aku berhenti-henti. Hahaha. Bukan apa, dulu muda-muda, stamina banyak, dah tua sikit ni, jogging pun dah malas, stamina memang ke laut klebang la. Hahaha.

Orait! Apa yang ada dekat atas bukit st paul Melaka?


Apa yang ada dekat atas bukit st paul Melaka

Daripada aku kecil hinggalah sekarang, rasanya apa yang ada di atas bukit ini sama sahaja. Cumanya, inikan tempat bersejarah. Jadi, segala bentuk peninggalan haruslah dikekalkan, betul tak? Sepanjang jalan kita nak naik bukit st paul ni, korang akan nampak banyak peniaga yang menjual barang-barang sejarah seperti gambar-gambar lama.

Dan kalau korang gemar mengumpul gambar-gambar lama Melaka ni, korang bolehlah beli ya! murah je pun! hehehe.

Oklah, dekat atas bukit ni ada bangunan yang dulunya adalah gereja. Ada banyak batu-batu besar yang memang sampai ke sudah aku tak faham apa yang di tulis. Memang orang dulu-dulu suka tulis kat batu-batu besar ye? Dalam banggunan ni kosong je, tapi memang cantik kalau ambil gambar berlatarkan bangunan ni. J


Apa yang ada dekat atas bukit st paul Melaka


Apa yang ada dekat atas bukit st paul Melaka

Apa yang ada dekat atas bukit st paul Melaka

Kalau jalan terus, akan nampak macam penjara bawah tanah ni. Biasanya orang yang datang sini, mereka akan campak duit dalam tu dengan niat yang terbuku dekat hati mereka. Dan aku! Ya! Aku dulu pun sama! Aku tengok orang masukkan duit, aku pun sama nak masukkan duit tanpa aku faham apa fungsi sebenarnya. Hahaha.

Dan bila aku sampai ke sini dengan anak-anak aku, aku tak ajar pun mereka untuk letak duit dekat sini. Adalah lebih elok jika mereka letak duit dalam kocek aku! hahahha.

Dekat sebelah bangunan ni ada rumah gabenor, tapi aku tak masuk pun. Sebab penat dan malas waktu tu! Hahaha. Dekat depan bangunan ni ada kawasan lapang. Daripada sini kita boleh nampak laut dan menara taming sari. Ada patung lelaki putih yang kudung sebelah tangannya. Hehehe.


Apa yang ada dekat atas bukit st paul Melaka

Apa yang ada dekat atas bukit st paul Melaka

Apa yang ada dekat atas bukit st paul Melaka

Agak lama jugalah aku dekat atas ni walaupun tiada apa-apa yang menarik pada mata aku (hehehe) tapi aku suka dengan udara dekat atas ni. Nyaman dan segar! Hehehe. Waktu tu tiba-tibalah datang berangan aku nak ada rumah dekat tempat tinggi macam ni, mengadap laut, uhh!


Apa yang ada dekat atas bukit st paul Melaka

Habis je dekat atas bukit st paul ni, aku turun bawah dan menuju ke dataran pahlawan Melaka. Waktu tu perut tengah lapar dan dalam kepala waktu tu Cuma nampak Johhny restaurant je. Dan selepas makan, semua pun dah kepenatan, maka pulanglah kami beramai-ramai ke rumah. hehehe. Apa pun, kalau korang datang ke Melaka, antara tempat wajib yang korang kena datang mestilah istana kesultanan Melaka dan Bukit St Paul ini! Melawat Melaka bererti melawat malaysia! Ok, jumpa lagi dalam cerita akan datang ya! J



You May Also Like

1 Comments