Bercuti di tune hotel danga bay johor bahru. | MrEjoy

Bercuti di tune hotel danga bay johor bahru.

Bercuti di tune hotel danga bay johor bahru
sumber google.

Bercuti di tune hotel danga bay johor bahru | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ok lah, ini adalah sambungan cerita Percutian mengejut ke Johor Bahru (Part 1). Aku pilih Tune Hotel, Danga Bay johor bahru ni sebabnya aku banyak baca pasal review pengunjung pasal hotel ini selain lokasinya yang dekat dengan semua tarikan menarik di johor bahru. Di tambah pula dengan masa yang singkat untuk aku pilih hotel yang terbaik. Hehehe.

Aku checkin dah petang. Lupa dah pukul berapa. Yang pasti, selepas balik dari melawat Zoo johor. Tak susah mana pun nak cari hotel ni memandangkan lokasi di terletak bersebelahan dengan highway. Tapi buat orang macam aku ni, yang berpandukan sepenuhnya pada waze, terlepas jugaklah beberapa simpang nak masuk ke hotel ni.


Bercuti di tune hotel danga bay johor bahru

Baik. Tune Hotel, Danga Bay johor bahru. Menyediakan ruang parking secara percuma kepada pengunjung. Korang boleh parking dekat depan, kiri kanan dan belakang hotel. Semua ada parking. Dan sekali lagi, aku book hotel ini menggunakan booking.com. Mudah! Cepat! Dan senang! Sebabnya, waktu aku sampai sini, aku Cuma beritahu pin yang diberikan pihak booking dah boleh terus checkin.


Bercuti di tune hotel danga bay johor bahru

Bercuti di tune hotel danga bay johor bahru

Bercuti di tune hotel danga bay johor bahru


Ruang lobi Tune Hotel, Danga Bay johor bahru ni agak kecil pada aku. Tapi kami disambut dengan penuh mesra pekerja di sana (cun pulak tu! J). Bilik aku dekat tingkat 1. Dan ini adalah kali pertama aku bawa anak-anak tidur hotel. Jadi mereka tersangatlah excited! Biasa tidur dekat rumah sendiri dengan rumah nek mereka je, tapi hari tu tidur hotel! Memang la excited kan? hehehe.

Tapi 1 sahaja aku nak beritahu. Kalau korang jenis yang tak boleh hidup tanpa internet. Jenis yang mahukan wifi hotel, ini bukan lokasi untuk korang. Sebabnya? Waktu aku checkin, dia dah beritahu siap-siap. Boleh guna wifi di sini tetapi line tak berapa kuat ya! hahahaha. Tapi apa ada hal kan? Internet handphone kan ada, kita hotspot jelah.


Bercuti di tune hotel danga bay johor bahru

Bercuti di tune hotel danga bay johor bahru

Ruangan bilik dekat Tune Hotel, Danga Bay johor bahru ni agak kecil. Aku yang datang dengan 3 orang anak dan seorang isteri ni memang agak padat la bila berada dalam bilik tu. Tapi anak-anak kecil lagi, jadi tak menjadi masalah pun. Cuma bila mereka dah besar sikit nanti, memang tak sesuailah kalau bawa mereka datang sini. Kan?

Tiada café di sini! Cuma ada 7eleven je dekat bawah. Bila tengah malam tu, perut lapar, terpaksalah turun bawah beli maggi. Lagi satu, tiada cerek nak masak air dalam bilik. Dan kalau kita nak air panas, atau air sejuk, boleh turun ke lobi hotel dan ambil di situ. Lagi satu, pool. Dekat Tune Hotel, Danga Bay johor bahru tiada kolam renang ya.

Kadang bila kita datang hotel, mesti nak berendam dalam kolam renang kan? Anak-anak aku, bila sampai sini je, mesti tanya, ayah, ada kolam renang? Walaupun ini adalah kali pertama mereka tidur hotel, tapi mereka boleh tahu dekat hotel mesti ada kolam renang. Hahaha. Aku jawablah kolam takda. Kita buat kolam sendiri je dalam bilik air nanti. hahaha.


Bercuti di tune hotel danga bay johor bahru

Apa pun, Tune Hotel, Danga Bay johor bahru sering menjadi pilihan utama sebab dekat dengan semua tarikan menarik di johor bahru. Petang tu, kami semua ke Istana bukit serene. Kemudian malamnya ke Bazar karat JB dan last sekali ke danga bay. Lepas dah penat berjalan, balik ke hotel dan anak-anak pun tidurlah dengan lenanya. J

Waktu checkout di sini adalah tepat jam 1100 ya. Jadi jangan lewat. Aku checkout awal hari ahad tu sebab dah plan nak singgah JPO ( johor premium outlet). Dan proses nak checkout pun tersangatlah mudah. Aku kasi kad, lepas tu dia ucap terima kasih. Aku pulak jadi hairan, aiks? Macam tu mudah? Hahahaha.

Apa pun, terima kasih kepada Tune Hotel, Danga Bay johor bahru kerana melayan kami sekeluarga dengan baik dan penuh dengan senyuman (terutamanya awek cun yang sambut kedatangan aku tu). Juga kerana menyediakan penginapan yang selesa buat aku dan keluarga. Ok? J

2 comments

  1. tak pernah try tune hotel.

    teringin gak sekali nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha, kena cuba menginap di sini. hehehehe

      Delete