Cara paling mudah tukar template blog.

by - August 03, 2017

Cara paling mudah tukar template blog

Cara paling mudah tukar template blog | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah. Hari ini nak kongsikan di antara perkara paling kerap para blogger buat dekat blog mereka. Tukar template blog! Ahha! Ada blogger yang sebulan 2-3 kali tukar template. Harus di ingat juga ya, kerap bertukar template blog ni memang nampak cantik pada mata pemiliknya tetapi tidak pada google! Ahha! Google memang tak suka blog yang kerap bertukar template ni. ok?

Ok. Aku cuba tunjukkan cara paling mudah untuk tukar template blog. Sebelum itu, kena pastikan template yang kita nak guna tu, template responsive atau kalau yang nak main adsense tu, boleh cari template yang khas untuk adsense. Banyak sebenarnya template percuma yang disediakan dan yang paling top adalah:


Orait. Dah jumpa template yang sesuai, langkah seterusnya adalah download template tersebut dan save di computer korang. Biasanya, kalau korang download, dia akan datang dalam bentuk file zip. 

Bukak file tersebut dan copy template sahaja dan paste pada bahagian luar. Kalau tak faham, boleh rujuk turutan gambar di bawah.

Cara paling mudah tukar template blog

Contoh Template yang telah di download.

Cara paling mudah tukar template blog

Bila korang klik, korang akan nampak macam ni, jadi korang klik pada Masterpiece-slide-free tu.

Cara paling mudah tukar template blog

Bila dah klik, akan nampak pulak macam ni, ha, copy yang ni.

Cara paling mudah tukar template blog
Kemudian pastekan dekat bahagian luar macam ni.

Ok. Dah siap semuanya, buka blog korang dan pergi pada bahagian Theme (disebelah kiri blog) kemudian klik situ.

Cara paling mudah tukar template blog


Kemudian nampak tak Backup/Restore dekat bahagian atas tu, ha klik situ pula.

Cara paling mudah tukar template blog

Kemudian akan keluar kotak macam ni, ha, klik pada Choose File, dan pilih template yang korang download tadi. Kemudian klik upload.

Cara paling mudah tukar template blog

Kemudian korang akan di bawa masuk ke bahagian yang penuh dengan script! Hahaha. Kiranya ni dah siap la template blog baru korang tu. Korang boleh klik pada bahagian Save theme tu kemudian lihatlah blog korang! Pasti ada perubahan yang menarik! Hehehe.

Dan kena tahu ya, bila masuk template baru, setting lama dekat template lama korang dah takda. Contohnya description dan keyword, scripts-script yang korang pernah masukkan sebelum ni contohnya script adsense ke, analytic dan macam-macam lagi. Semua tu korang kena setting balik. Nak buat pun bukan susah mana pun, di lain hari aku akan kongsikan pula apa yang sepatutnya ada dalam template blog korang ya! oklah, selamat mencuba ya!



You May Also Like

0 Comments